BERITA AGRIKOMODITI 2021




KUALA LUMPUR: Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) yang dilancarkan hari ini, akan memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan berkata konsortium yang ditubuhkan bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi mekanisasi dan automasi perladangan sawit akan turut memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi seperti dron, robot serta sensor bagi operasi bersepadu dan sistematik.



PETALING JAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini merangka beberapa perancangan strategik bagi menghadapi ketidaktentuan harga kelapa sawit tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, rancangan tersebut merangkumi aspek untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama komoditi itu melalui platform antarabangsa.