BERITA AGRIKOMODITI 2021




ALHAMDULILLAH! Saya hadir mengiringi Pengerusi MTC, Puan Norrida Yusoff bagi majlis penyerahan tersebut. Turut hadir Puan Noraihan Abdul Rahman dan Encik Azmir Husni Mohamed Nor iaitu Pengarah dan Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat MTC dengan menyumbangkan set sofa dan perabot kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk kegunaan frontliners.



PETALING JAYA: Minyak kelapa sawit terus mendominasi perdagangan sektor pertanian sejak 1990 apabila menyumbang 40.7 peratus daripada perdagangan sektor itu pada 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada tahun tersebut juga, Malaysia menyumbangkan masing-masing 25.8 peratus dan 34.3 peratus kepada pengeluaran dan eksport minyak kelapa sawit dunia.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 37
6 DISEMBER 2021

PADANG TERAP - Sebanyak 2,000 pusat pemprosesan getah krip akan dibangunkan untuk membantu mempertingkatkan tahap sosioekonomi 459,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.