LATARBELAKANGOBJEKTIFFUNGSIPIAGAM PELANGGANCARTA ORGANISASIPELAN AKTIVITI TAHUN 2021PENCAPAIAN

LATARBELAKANG

Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) telah ditubuhkan pada tahun 2000 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. UAD ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha, MPIC.

Peranan dan tanggungjawab UAD telah dikaji semula dan disesuaikan dengan perkembangan semasa selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013. Audit dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

OBJEKTIF

Objektif UAD adalah untuk membantu MPIC mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.

FUNGSI

UAD bertanggungjawab menjalankan pengauditan pengurusan kewangan dan prestasi.

Pengauditan Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan serta arahan yang berkaitan.

Pengauditan prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti organisasi yang dipilih untuk menentukan matlamatnya telah dicapai serta sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun.
  2. Mengemukakan Laporan Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun berikutnya.
  3. Jawatankuasa Audit hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
  4. Salinan minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan Malaysia setiap suku tahun iaitu selewat-lewatnya pada 15 April, 15 Julai, 15 Oktober dan 15 Januari tahun berikutnya.
  5. Melaksanakan pengauditan secara professional dan berkualiti berpandukan kepada piawaian pengauditan yang diterima umum.


CARTA ORGANISASI

CARTA BARU

 

PELAN AKTIVITI TAHUN 2021

1. Pengauditan Kewangan

  • Pengesahan Akaun Belum Terima Setakat 30 Jun 2021 – MPI
  • Pengesahan Akaun Belum Terima Setakat 31 Disember 2020 – MPIC
  • Verifikasi Baki Aset Setakat 30 Jun 2021 – MPIC
  • Verifikasi Baki Aset Setakat 31 Disember 2020 – MPIC
  • Pengauditan Pemeriksaan Mengejut – MPIC
  • Pengauditan Susulan
  • Pengauditan Terhadap Pengurusan Peruntukan Kepada Agensi
  • Pengauditan Pengurusan Kewangan - MPIC

2. Pengauditan Perolehan

  •  Pengurusan Pembelian Peralatan – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)

3. Pengauditan Prestasi

  • Projek Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang Kerja Kayu SME Bumiputra
  • Pembinaan Pusat Pemprosesan Getah Termaju Bersepadu di Kota Tinggi

4. Pengauditan ICT

  • Pembangunan Platform Perkongsian Data Komoditi - MPIC


KPI DAN PENCAPAIAN

  • Pada tahun 2020, UAD MPIC telah berjaya melaksanakan 8 daripada 14 aktiviti pengauditan mengikut rancangan yang diluluskan. Manakala 6 aktiviti pengauditan lain telah ditangguhkan ke tahun 2021kerana wabak koronavirus (Covid-19).
  • Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan  penghantaran Rancangan Tahunan UAD 2021 dan Laporan Tahunan UAD 2020 masing-masing pada 14 Januari 2021 dan 31 Mac 2021 kepada pihak Perbendaharaan.
  • UAD juga telah berjaya mengadakan Mesyuarat JKA pada tahun 2020 sebanyak empat (4) kali seperti berikut:

        MESYUARAT  JAWATANKUASA  AUDIT  TAHUN 2020

BMJAD JKA