PENGENALANAGENSI / MAJLISPERKHIDMATANPERKHIDMATAN ATAS TALIANAPLIKASI MUDAH ALIHSENARAI AKTAPROGRAM & INSENTIFKERJASAMA ANTARABANGSAKEPERLUAN & PEMATUHANPRESTASI INDUSTRISOALAN LAZIMHUBUNGI KAMI

Picture13

PENGENALAN

Dikenali sebagai “Raja Rempah”, lada atau Pepper Nigrum adalah salah satu komoditi utama yang bernilai tinggi dan didagangkan secara global di Malaysia. Industri lada merupakan salah satu komoditi penting dalam sektor Agrikomoditi yang dipelopori oleh pekebun kecil. Lada Malaysia telah dieksport untuk digunakan sebagai ramuan masakan di seluruh dunia. Terkenal dengan keunikan dan kenaikan rasa yang tersendiri, Lada Sarawak telah menjadi bahan utama yang dicari dari seluruh dunia. Kini, Malaysia berada di kedudukan kelima sebagai pengeluar lada terbesar di dunia.

Pengeluaran lada negara mencatatkan pertumbuhan yang ketara berikutan hasil peningkatan produktiviti. Pengeluaran lada mencapai 30,804 tan pada tahun 2020 berbanding 24,227 tan pada tahun 2010. Hasil pengeluaran per hektar telah meningkat dari 6.4 tan per hektar daripada 4.4 tan per hektar pada tahun 2010. Ini didorong dari peningkatan permintaan di pasaran dunia dan tahap penggunaan domestik yang semakin menggalakkan yang turut memberi kesan terhadap harga yang lebih tinggi.

KELEBIHAN LADA PUTIH BERKRIM SARAWAK

Lada Putih Berkrim (Creamy White Pepper - CWP) adalah lada berkualiti premium yang dihasilkan khusus oleh pekebun kecil lada pada peringkat ladang. CWP dihasilkan melalui proses semula jadi tanpa menggunakan bahan pengawet atau tambahan:

  1. Biji lada yang telah matang sepenuhnya dituai dan dipilih dengan teliti
  2. Biji lada yang dipilih direndam di dalam tangki dengan air yang mengalir dalam keadaan terkawal untuk menghilangkan perikarp. CWP juga dapat dihasilkan dengan merendam biji lada yang matang di aliran air gunung yang bersih dan jernih.
  3. Pemantauan peredaran air yang berterusan menghasilkan CWP berkualiti tinggi yang seragam. Proses ini juga membolehkan CWP memperoleh aroma dan rasa yang khusus.

CWP mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna tempatan dan antarabangsa termasuk pengimport, terutamanya dari industri makanan dan hospitaliti di Amerika Syarikat, Jepun, China dan Singapura. CWP juga dijual pada harga premium, iaitu hampir 2.5 kali ganda daripada harga lada putih biasa.

                                                                                        AABBBB

Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006. Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak. MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek R&D, produktiviti, pemasaran serta perdagangan.

 1. Penyelidikan

  • Lembaga Lada Malaysia adalah organisasi utama yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan kajian intensif ke atas lada (Piper nigrum L.) ke arah pembangunan industri lada Negara yang mampan melalui penyelidikan Bioteknologi, Agronomi, Kimia dan pembangunan produk tambah nilai lada.

  • Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran lada serta mentransformasikan struktur pengeluaran dari pengeluaran bahan mentah kepada pengeluaran produk tambah nilai.

    • Fungsi:

      1. Menjalankan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti pembangunan yang akan mencetuskan pembangunan industri lada secara menyeluruh;
      2. Membangunkan kemudahan dan infrastruktur untuk menyokong penyelidikan dan aktiviti-aktiviti pembangunan lada;
      3. Membangunkan pusat germplasm lada;
      4. Meningkatkan hasil tambah aktiviti hiliran dalam industri lada melalui pembangunan dan penggunaan hasil sampingan produk;
      5. Menjalankan pengumpulan maklumat saintifik kepada para pelanggan;
      6. Menerbit dan menyebarkan maklumat saintifik kepada para pelanggan;
      7. Menyediakan khidmat nasihat dan penasihat teknikal;
      8. Membekalkan bahan penanaman berkualiti bagi memenuhi keperluan dan pembangunan perladangan lada; dan
      9. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dari semasa ke semasa.
    • Sektor Huluan:

      1. Penyelidikan bioteknologi untuk membangunkan varieti baru lada yang dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan rintang terhadap jangkitan penyakit serta perosak;
      2. Penghasilan/pembangunan kaedah alternatif dalam pengawalan penyakit dan perosak selain daripada penggunaan racun kimia;
      3. Penghasilan amalan penanaman lestari;
      4. Penghasilan teknologi mesra alam.
    • Sektor Hiliran:

      1. Penyelidikan dan pembangunan produk makanan;
      2. Penyelidikan dan pembangunan produk bukan makanan.
    • Aktiviti utama adalah seperti berikut:

      1. Pengekstrakan minyak dan bahan bioaktif daripada lada.
      2. Penghasilan sebatian kimia baru yang berasaskan bahan bioaktif lada;
      3. Mengenalpasti potensi lada melalui ujikaji biologi;
      4. Penghasilan pelbagai produk tambah nilai yang berasaskan lada.

 2. Kawalan Kualiti

  • Cawangan Kawalan Kualiti di bawah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti Lembaga Lada Malaysia menawarkan perkhidmatan analisis makmal untuk lada keluaran Malaysia. Makmal-makmal analisis MPB telah mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.

  • Memastikan kualiti eksport lada negara terjamin dan memenuhi piawaian keselamatan makanan di peringkat antarabangsa.

    • Fungsi:

      1. Menyediakan khidmat ujian yang segera dan boleh dipercayai serta bertaraf tinggi, mengenai kualiti serta parameter-parameter keselamatan lada dan produk-produk yang berkaitan, kepada industri lada/rempah-ratus;
      2. Bekerja secara rapat dengan industri lada/rempah-ratus dalam membangunkan / memperbaiki produk-produk lada/rempah-ratus yang ditambah nilai;
      3. Memindahkan pengetahuan dan kepakaran teknikal yang berkaitan terhadap industri lada/rempah-ratus agar industri lada lebih berdaya bersaing di pasaran global; dan
      4. Penambahbaikan khidmat teknikal secara berterusan untuk kepentingan industri lada/rempah-ratus.
    • Skop Analisis:

      1. Mekanikal (Fizikal) – merangkumi analisis untuk menggred / memantau sampel lada seperti kelembapan, bendasing, biji ringan, ketumpatan pukal, kulapuk lada, biji hitam bagi lada putih serta saiz serbuk bagi serbuk lada;

      2. Mikrobiologi – analisis bagi menentukan kandungan mikro-organisma tertentu di dalam sampel lada. Ini termasuk analisis seperti Aerobic Plate Count, Yeasts &/Moulds Count serta Bakteria Kolifom dan Patogen seperti Escherichia coli dan Salmonella spp;

      3. Kimia Intrinsik – analisis bagi bahan kimia semulajadi lada seperti piperine, minyak mudah meruap/minyak pati lada (VO), non-volatile ether extract (NVEE), crude fibre, total ash, acid insoluble ash (AIA) serta profil rasa dan aroma lada; dan

      4. Kimia Ekstrinsik – analisis bagi bahan kimia yang bukan dihasilkan secara semulajadi oleh lada. Ini merangkumi bahan kimia seperti racun makhluk perosak, logam surih (trace/ultra-trace heavy metal) dan mikotoksin.

 3. Perkhidmatan Tanaman

  • Bahagian Perkhidmatan Tanaman bertanggungjawab untuk meningkatkan pengeluaran lada negara melalui penglibatan orang ramai terutamanya golongan sasar dalam bidang penanaman dan pengeluaran lada.

  • Aspirasi untuk meningkatkan pengeluaran lada negara ini dapat direalisasikan dengan meningkatkan keluasan tanaman dan produktiviti lada melalui aktiviti pemberian input pertanian, pembangunan modal insan, pengeluaran lada premium / tambah nilai dan perlindungan tanaman.

  • Pembangunan Penanaman Lada:
    • Fungsi:

    •  Merancang, melaksana, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah Program Pembangunan Huluan Industri Lada:

      1. Membangunkan kawasan tanaman lada baharu
      2. Menyelenggara kawasan penanaman lada sedia ada
      3. Menyalurkan bantuan input pertanian kepada golongan sasar.
      4. Menggalakkan pengeluaran lada premium / tambah nilai melalui penyaluran alat pemprosesan dan kemudahan infrastruktur ladang.
      5. Meningkatkan kemahiran pekebun bagi peningkatan produktiviti disamping menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) di kalangan pekebun.
         
    • Aktiviti:

      • Skim Tanaman Lada Baharu;
      • Skim Tanaman Lada Matang;
      • Pengeluaran Lada Premium / Tambah Nilai;
      • Pembangunan Modal Insan Pekebun Lada;
      • Pengumpulan Data Di Lapangan; and
      • Perlindungan Tanaman

4. Pembangunan Pasaran dan Perniagaan

  • Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan terdiri daripada Unit Promosi Pasaran dan Unit Kawal Selia Pasaran yang terlibat dalam membangunkan pelan promosi untuk destinasi pasaran berdasarkan potensi tawaran, permintaan, gelagat pasaran, keutamaan dan strategi tertentu mengikut senario perniagaan lada dalam serta luar negara.

  • Turut terlibat dalam merancang, menyelia, menunjuk cara dan memantau pematuhan peraturan-peraturan berkaitan di kalangan pedagang lada bagi meningkatkan daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa.

    • Fungsi:

      1. Mengikuti perkembangan semasa dan bertindak seiring isu-isu ekonomi, pemasaran, statistik dan data berkenaan pasaran lada;
      2. Mengadakan promosi pasaran lada domestik dan antarabangsa;
      3. Menjalin hubungan perdagangan antarabangsa pasaran lada; dan
      4. Kawal selia pasaran.
    • Aktiviti:

      1. Mengumpul, mengurus, menganalisa dan proces data dan maklumat berkenaan industri lada untuk disalurkan kepada pihak kementerian, agensi, penggiat indutri dan pihak-pihak yang berkaitan;
      2. Koordinat, menganjurkan dan mengambil bahagian dan aktiviti promosi pasaran dan meningkatkan penggunaan lada di dalam dan luar negara;
      3. Terlibat dengan penyertaan mesyuarat di peringkat antarabangsa seperti International Pepper Community (IPC), hubungan dua-hala ASEAN, penyediaan nota ikhtisas perdagangan dan sebagainya;
      4. Menganjurkan kursus-kursus berkaitan jenama, produk, perkhidmatan, komunikasi, harga dan saluran pengedaran untuk program keusahawanan lada; dan
      5. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan berlandaskan Akta 656 dan peraturan-peraturan berkaitan seperti pelesenan, permit dan penggredan untuk tujuan eksport serta pasaran lada dalam negara.

5. Khidmat Perkilangan

  • Bahagian Perkhidmatan Perkilangan Lembaga Lada Malaysia merupakan bahagian yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan lada kepada penggiat industri lada di Malaysia disamping memberi khidmat teknikal kejuruteraan kepada pembangunan industri lada secara keseluruhannya.
  • Aktiviti pemprosesan lada yang dilaksanakan ialah:

    1. Pembersihan fizikal (Pembersihan kering dan basah) - mengasingkan dan mengurangkan cemaran fizikal pada produk lada – Lokasi: Kuching, Sarikei & Sibu;
    2. Rawatan haba stim - mengurangkan kandungan mikroorganisma pada produk lada – Lokasi: Kuching & Sibu;
    3. Pengisaran - mengisar biji lada bagi menghasilkan produk lada serbuk pelbagai saiz – Lokasi: Kuching; dan
    4. Penyisihan Warna - digunakan untuk menghasilkan produk lada putih krim – Lokasi: Kuching

 

 

Sistem Permohonan Jawatan Kosong (e-jawatan)

http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/

E-Penggredan & Permit Lada (ePP)

https://grading.mpb.gov.my/SPPGL/logmasuk.php

Sistem Maklumat Industri Lada (SMIL)

https://info.mpb.gov.my/mpbsys/logmasuk.php

Sistem Pangkalan Data Genetik Lada(MPTS)

https://mpts.mpb.gov.my/mpgd/login_user.php

Purata Harga Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/purata-harga-lada

Harga Harian Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/page/2

Statistik Industri Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/page/38

Brosur

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/media4/penerbitan/brosur

Resepi Berasaskan Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/media4/penerbitan/resepi-berasaskan-lada

Amalan Pertanian Yang Baik (GAP)

https://www.mpb.gov.my/mpb/images/penerbitan/gap/GAP-BM.pdf

Manual Penanaman Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/media4/penerbitan/manual-penanaman-lada

Pemegang Taruh Industri Lada dan Orang Awam

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/pemegang-taruh-industri-lada/page/5

Borang Pendaftaran Pedagang Lada 

http://www.mpb.gov.my/mpb/images/pengguna/pemegangtaruh/BorangPendaftaranPedagangLadaVersi28112019.pdf

Borang Skim Bantuan

http://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/perkhidmatanmpb/lain-lain/borang-skim-bantuan

Borang Maklum balas dan Aduan

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/hubungikami/maklum-balas-aduan

Tawaran Tender dan Sebut Harga

https://www.mpb.gov.my/mpb/index.php/ms/tawaran-tender-sebut-harga

Borang Pendaftaran Usahawan Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/images/pengguna/pemegangtaruh/BORANGPENDAFTARANUSAHAWAN28Nov2019.docx

Borang Permohonan Pembiayaan

https://www.mpb.gov.my/mpb/images/pengguna/pemegangtaruh/BORANGPERMOHONANPEMBIAYAAN28Nov2019.docx

Borang Permohonan Pedagang Lada

https://www.mpb.gov.my/mpb/images/pengguna/pemegangtaruh/Permohonan_Pedagang_Lada_04022021BM.docx

XD4364

  • IPC telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah naungan United Nations Economics and Social Commission for Asia and the Pasicific (UN-ESCAP) dan merupakan sebuah organisasi antara kerajaan di kalangan negara-negara pengeluar lada dunia. IPC terdiri daripada lima (5) buah negara ahli penuh iaitu India, Indonesia, Malaysia (menyertai IPC pada 22 Mac 1972), Sri Lanka dan Vietnam manakala Papua New Guinea dan Filipina adalah merupakan associate member.

  • Mesyuarat IPC diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan secara bergilir-gilir di kalangan negara anggota. Giliran negara penganjur ini ditentukan berdasarkan kepada Rules 1, Rules of Procedures of the IPC, yang menyatakan bahawa “The Community shall meet in regular session at least once in each financial year. The Executive Director, in consultation with the Chairman, shall at each session decide the date and place of the following session of the Community”.

  • Setiap mesyuarat IPC dan mesyuarat jawatan kuasa yang berkaitan akan melibatkan pihak yang berurusan dalam industri lada seperti pengeluar, pengeksport, broker dan juga pihak Kerajaan dengan jumlah anggaran 400 orang delegasi dan peserta.

 

KPI LADA 2021

SARASAPICE 2021

 

Apakah Visi Kami?

  • Menjadi organisasi yang berwibawa, unggul dan cemerlang dalam pembangunan industri lada di peringkat antarabangsa.

Apakah Misi Kami?

  • Meningkatkan sumbangan industri lada kepada pembangunan negara melalui program dan aktiviti yang berkesan serta perkhidmatan yang cemerlang. 

Apakah Matlamat Strategik Kami?

  • Meningkatkan pengeluaran dan pendapatan penggiat industri Lada.
  • Memperkukuhkan pengeluaran dan daya saing dalam industri
  • Memastikan kemampanan industri lada negara

Apakah Objektif Penubuhan MPB?

  • Untuk menggalakkan penanaman lada;
  • Untuk membangunkan dan menggalakkan industri lada;
  • Untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada hitam dan industri lada;
  • Untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada Malaysia yang teratur; dan
  • Untuk mengawal selia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.

Apakah Fungsi Kami?

  • Untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia;
  • Untuk terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada hitam dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain;
  • Untuk menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada;
  • Untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah untuk mendapatkan lada, keluaran lada dan rempah-rempah lain yang berkualiti tinggi;
  • Untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada;
  • Untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggarakan rekod semua perkara yang relevan yang berhubungan dengan industri lada;
  • Untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada; dan
  • Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Industri Lada, sila hubungi:

 

    2020 jata mpic 2 20200407 1701486500

Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL)

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
Aras 5, Menara Tulus
Persiaran Perdana, Presint 3,
61200 PUTRAJAYA
Telephone No : 603-88921673
Email :