PENGENALANAGENSI / MAJLISPERKHIDMATANAKTAPROGRAM & INSENTIFKERJASAMA ANTARABANGSAKEPERLUAN & PEMATUHANPRESTASI INDUSTRISOALAN LAZIMHUBUNGI KAMI

Industri koko secara keseluruhannya meyumbang sebanyak RM1.64 billion kepada KDNK pada tahun 2020. Bagi separuh pertama tahun 2021, industri Koko telah menyumbang sebanyak RM0.85 billion kepada KDNK. Keluasan kawasan penanaman koko pada tahun 2021 adalah seluas 5,955 hektar. Hasil pengeluaran biji koko bagi tahun 2021 adalah sebanyak 361 tan. Malaysia merupakan antara pusat pemprosesan dan pengisaran biji koko terbesar berada pada kedudukan keenam di dunia. Sasaran pengisaran biji koko kering Malaysia pada tahun 2021 adalah sebanyak 335,000 tan.

Produk berasaskan koko Malaysia telah berkembang pesat di pasaran global dan mempunyai liputan pasaran yang meluas ke lebih daripada 100 destinasi di seluruh dunia. Pendapatan eksport daripada koko dan produk berasaskan koko adalah sebanyak RM6.29 bilion pada tahun 2020. Pada separuh pertama 2021, pendapatan eksport dari koko adalah sebanyak RM3.37 billion. Lemak koko kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah pendapatan eksport sebanyak 37.2% diikuti dengan serbuk koko (23%) dan eksport semula biji koko kering (17.3%).

Pada tahun 2021, terdapat 53 syarikat coklat dan konfeksioneri di Malaysia serta 232 usahawan coklat telah berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia. Secara keseluruhannya, eksport bersih industri coklat menyumbang sebanyak RM0.49 bilion sehingga Jun 2021.

Program Bantuan/Subsidi (Insentif Kewangan/Cukai Dan Bukan Kewangan) Bagi Sektor Koko

Jenis-Jenis Insentif / Bantuan Bagi Sektor Koko

1.Tanaman Baru koko

2.Program Peningkatan Produktiviti Koko (PPP) One-Off

3.Program Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan LKM

International Cocoa Organization (ICCO)

¡Malaysia merupakan anggota tetap ICCO dan menghadiri mesyuarat yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun selaras dengan kepentingan dan fungsi pertubuhan iaitu untuk:

a)menggalakkan pembangunan dan pengukuhan kerjasama antarabangsa bagi perkembangan perdagangan koko dunia;

b)menggalakkan penyelidikan saintifik dan pembangunan dalam bidang koko; dan

c)menyediakan forum bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ekonomi koko dunia

¡Kehadiran Malaysia sebagai negara anggota dalam Mesyuarat  ICCO ini adalah bagi mengikuti perkembangan terkini industri koko dunia serta memastikan kepentingan industri koko negara tidak terjejas dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat, di samping mengekalkan hubungan kerjasama dengan negara-negara ahli yang lain. Selain itu, pelantikan Malaysia sebagai ahli Jawatankuasa Administration & Finance Committee ICCO dapat memastikan pentadbiran dan kewangan  dilaksanakan secara telus dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh negara-negara anggota. Malaysia perlu terus diwakili dalam mesyuarat-mesyuarat ICCO yang akan datang bagi menjamin kesinambungan peranan Malaysia selaku negara anggota ICCO

¡Malaysia telah menjadi ahli ICCO sejak tahun 1994 dan telah memperbaharui keahliannya sebagai negara pengeluar ICCO dengan menandatangani dan meratifikasi Perjanjian Koko Antarabangsa 2010 masing-masing pada 5 Ogos 2013 dan 30 Ogos 2013. Melalui mesyuarat ke-99 The International Cocoa Council And Its Subsidiary Bodies dan Mesyuarat Ad Hoc Panel On Fine Or Flavour Cocoa dari 8 hingga 13 April 2019 di Abidjan, Côte d’ivoire dan mesyuarat ke-100 The International Cocoa Council And Its Subsidiary Bodies dari 9 hingga 12 September 2019 di Abidjan, Côte d’Ivoire, Malaysia berpeluang untuk terus mengekalkan hubungan antara negara-negara pengeluar dan pengimport koko dan mengikuti perkembangan industri koko dunia.

Mesyuarat ASEAN Cocoa Club (ACC)

¡Malaysia merupakan focal point bagi Kerjasama ASEAN dan pendekatan bersama dalam Skim Promosi Produk Pertanian dan Perhutanan (ASEAN Cooperation and Joint Approaches in Agriculture and Forest Products Promotion Scheme). Pendekatan ini bertujuan untuk berkerjasama dan perkongsian pemindahan teknologi antara negara anggota ASEAN dengan pertubuhan-pertubuhan serantau serta sektor swasta di peringkat antarabangsa.

¡ASEAN Cocoa Club (ACC) telah ditubuhkan berdasarkan Memorandum Persefahaman (MoU) ASEAN Cooperation and Joint Approaches in Agriculture and Forest Products Promotion Scheme yang ditandatangani oleh Menteri-Menteri Pertanian ASEAN pada tahun 1994. Melalui MoU tersebut, 11 kumpulan kerja telah diwujudkan, merangkumi kumpulan kerja sektor koko, perhutanan dan minyak sayuran. Kumpulan-kumpulan kerja ini bertujuan meneroka pasaran di peringkat antarabangsa dan ASEAN di samping menyelesaikan isu-isu berkaitan produk-produk tersebut secara collective.

¡Lanjutan daripada itu, ACC telah dilancarkan pada Julai 1996, di Kota Kinabalu, Sabah dengan keahlian negara-negara ASEAN iaitu negara Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Mesyuarat ACC ini akan melibatkan pihak-pihak yang berurusan dalam industri koko seperti pengusaha tanaman koko, pengisar, pengeksport, pengilang, pengeluar coklat dan produk-produk koko dan juga pihak Kerajaan.

koko

koko1

koko 2

koko 3

 

1.   Apakah aktiviti-aktiviti Lembaga Koko Malaysia?

  • Penanaman Koko - Menasihati petani tentang tanaman koko & peralatan, nurseri anak benih koko, pelindung & sistem tanaman, penyediaan tapak penanaman, baja, kawalan lalang, pemangkasan, rehabilitasi, pengurusan serangga perosak, pengurusan penyakit koko, penyemburan racun serangga, pengurusan binatang vertebra, penuaian dan pemecahan pod, kawalan kualiti biki koko, pemasaran dan juga sebagai rujukan tentang jumlah kos dan keuntungan dalam penanaman koko.
  • Pembangunan Produk Pembersihan Tubuh – Penemuan
  1. Antibakteria koko sabun tangan,
  2. Antibateria koko sabun mandi,
  3. Antibacteria skrub badan; dan
  4. Antibacteria krim badan.
  • Penyelidikan "Anti-Cancer" - Membuat penyelidikan "tisu koko" untuk dijadikan sebagai penyembuh penyakit kanser.
  • Bioteknologi Makanan - Menghasilkan kualiti koko yang tinggi dan seterusnya mencegah keselamatan produk koko.

2.   Apakah insentif yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia kepada pengusaha-pengusaha tanaman koko?

  • Pembersihan Kebun, 1000 anak benih koko untuk satu hektar- (disediakan oleh LKM dan usahawan nurseri), baja, racun serangga, pokok pisang sebagai pelindung, perkakas(pemangkasan, penuaian), kursus dan lain-lain.

3.  Apakah insentif yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia kepada usahawan coklat buatan tangan?

  • Kursus, acuan, "scraper", "apron" dan jemputan ke pameran/jualan coklat.

4.  Apakah jenis-jenis coklat yang dihasilkan oleh Lembaga Koko Malaysia?

  • Coklat "Prebiotik" - Nutrisi yang tinggi, tidak mempunyai kandungan gula (sesuai untuk pesakit diabetik) dan berfungsi dalam pembersihan usus.
  • Coklat "Anti-Oksida" - Rasa seperti "dark chocolate". "Anti-Aging", mengurangkan kolesterol, menyeimbangkan kandungan glukos dalam badan, mencegah toksin dalam hati dan juga bertindak sebagai mekanisma pertahanan badan (antibodi).
  • Coklat "Pralin" - Disediakan dari coklat blok kouverture, blok prebiotik , blok anti-oksida dan blok kompaun susu.

5.  Apakah kursus-kursus yang dikendalikan oleh Lembaga Koko Malaysia?

  1. Kursus Asas Teknologi Koko - ( 3 hari 2 malam) – Percuma
  2. Kursus Lanjutan Teknologi Tanaman Koko - ( 3 hari 2 malam) – Percuma
  3. Kursus Pengenalan Coklat Buatan Tangan - ( 1 hari) – Percuma
  4. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan - ( 2 hari) -RM250
  5. Kursus Coklat Lanjutan - ( 4 hari) - RM1900 (Potongan harga untuk usahawan di bawah seliaan Lembaga Koko Malaysia)

6.  Bilakah Kursus Coklat diadakan?

  • Sila lihat jadual kursus di laman web rasmi Lembaga Koko Malaysia.

7.  Bilakah tarikh Program Khidmat Sokongan Pemasaran Domestik (KSPD) di adakan   setiap bulan?

  • Sila lihat senarai tarikh KSPD di laman web rasmi Lembaga Koko Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Industri Koko, sila hubungi:

LKTN

Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL)

Kementerian Industri Utama (MPI)
Aras 5, Blok B, Menara Tulus
Persiaran Perdana, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA
Telephone No : 603-88921621
Email :