FUNGSICARTA ORGANISASISOALAN LAZIM

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN

UNIT DASAR DAN STRATEGIK

SEKSYEN DASAR

  • Perancangan, penggubalan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar, strategi dan pelan tindakan berkaitan agrikomoditi seperti Dasar AgriKomoditi Negara  (DAKN) dan Pelan Strategik, Pelan Pengurusan Risiko dan perkara-perkara berkaitan; dan 
  • Focal point dalam Rancangan Malaysia, pelan induk dan pelan tindakan.

 SEKSYEN KERJASAMA ANTARA AGENSI

  • Perancangan dan penyelarasan dasar/strategi berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian bagi sektor agrikomoditi selaras dengan dasar-dasar semasa yang berkaitan;
  • Penyediaan ulasan, laporan dan input berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian bagi sektor agrikomoditi yang diperlukan oleh Kementerian/Agensi lain;
  • Penyediaan dan penyelarasan maklum balas/nota iktisar/brif KPPK bagi mesyuarat/jawatankuasa/majlis peringkat kebangsaan berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian;
  • Penyediaan ulasan KPPK kepada Memorandum/Nota Jemaah Menteri daripada Kementerian/Agensi lain yang berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian;
  • Penyediaan dan penyelarasan input kepada national focal point bagi persidangan atarabangsa berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian; dan
  • Perancangan dan penyelarasan penglibatan KPPK dalam persidangan/ mesyuarat luar negara berkaitan alam sekitar/perubahan iklim/biodiversiti/sumber asli/kelestarian.

 SEKSYEN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

  • Penyelarasan dan pemantauan KPI YB Menteri;
  • Penyelarasan dan pemantauan KPI PPTPA bagi Tier 1, Tier 2, Tier 3 dan ke atas;
  • Penyelarasan dan pemantauan OBB Kementerian;
  • Penyelarasan Kamus bagi setiap Senarai KPI terlibat;
  • Penyelarsan pelaksanaan dasar, strategi dan program berkaitan pembangunan Usahawan Agrikomoditi, Bumiputera dan Gerakan Koperasi di bawah Kementerian;
  • Penyelarasan pengemaskinian Sistem MyMPI, MyKPI, MyResult, Sistem Penilaian 360, Sistem SMEIPA, Sistem SCENIC-SME Corp.;
  • Penyelasan Program Pemukiman/Retreat Kementerian; dan
  • Penyelarasan Pengumpulan Data Pelaburan Swasta Dalam Sektor-Sektor Ekonomi Negara di bawah seliaan MIDA.

 

UNIT KERJASAMA ANTARABANGSA

SEKSYEN DUA HALA

  • Penyelarasan pendirian negara mengenai isu berkaitan komoditi dalam rundingan perdagangan antarabangsa (FTA);
  • Pemantauan isu berkaitan komoditi di dalam FTA yang sedang dilaksanakan;
  • Penyelarasan pendirian dan isu-isu  berkaitan komoditi di peringkat serantau;
  • Urus setia bagi Jawatankuasa bagi menangani isu-isu negatif berkaitan komoditi;
  • Penyelarasan penyediaan memorandum persefahaman dan perjanjian-perjanjian antarabangsa mengenai kerjasama dalam bidang komoditi;
  • Penyediaan Nota Iktisar/ Brif perdagangan komoditi dua hala;
  • Penglibatan dalam mesyuarat dan rundingan antarabangsa dua hala  yang berkaitan komoditi;
  • Urusetia kepada rundingan/ mesyuarat di peringkat antarabangsa;
  • Penyelarasan misi-misi ekonomi/ teknikal, lawatan kerja tahunan dan Mesyuarat bagi YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan KSU ke luar negara; dan
  • Penyelarasan isu-isu berkaitan komoditi dalam pertubuhan-pertubuhan  antarabangsa.

 SEKSYEN PELBAGAI HALA

  • Penyediaan Nota Iktisar / Brif perdagangan komoditi;
  • Penglibatan dalam mesyuarat dan rundingan antarabangsa pelbagai hala yang berkaitan komoditi;
  • Urus setia kepada rundingan / mesyuarat di peringkat antarabangsa; dan
  • Penyelarasan isu-isu berkaitan komoditi dalam pertubuhan-pertubuhan  antarabangsa.

 

UNIT PENYELARASAN DAN STATISTIK

  • Penyelarasan hal-ehwal Parlimen dan jawapan Parlimen bagi Kementerian;
  • Penyelarasan Mesyuarat-mesyuarat Pasca Kabinet/ Pengurusan Tertinggi/ Pengurusan termasuk penyediaan maklum balas bagi mesyuarat-mesyuarat (Majlis Raja-raja / Jemaah Menteri / Menteri Besar - Ketua Menteri / KSU-KP;
  • Pengurusan hal-ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan kualiti Bahagian;
  • Pengumpulan dan penyebaran data statistik agrikomoditi; dan
  • Penyelarasan data bagi sistem Pangkalan Data Pekebun Kecil (PDPK) Kementerian. 

 

 

 Carta Organisasi Bahagian PSA kemaskini 20 120

 

SOALAN LAZIM

  • Apa itu Nationally Determined Contribution (NDC)?

NDC adalah komitmen setiap negara anggota kepada   Pertubuhan Persidangan   Rangka Kerja   Pertubuhan Bangsa-  bangsa Bersatu (UNFCCC) dalam melaksanakan usaha-  usaha   mitigasi   melalui pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan   adaptasi   perubahan iklim seperti   mana yang   telah ditetapkan   dalam Perjanjian Paris pada 2015.   Melalui NDC, Malaysia   komited untuk   mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca   sebanyak 45% menjelang   2030 berbanding   intensiti pelepasan pada 2005. Sektor   agrikomoditi turut memainkan   peranan penting dalam   menyumbang kepada   pencapaian   NDC negara melalui   pelaksanaan pelbagai program dan   inisiatif mitigasi   seperti program biobahan api,   pemerangkapan biogas daripada efluen kilang sawit,   skim pensijilan komoditi mampan seperti   Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim   Pensijilan Kayu   Malaysia (MTCS)   serta   menghadkan keluasan tanaman komoditi.

  •  Bagaimana sektor agrikomoditi menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan [Sustainable Development Goals (SDGs)] negara?

Sektor agrikomoditi menyumbang kepada pencapaian SDGs negara melalui pelaksanaan   skim pensijilan komoditi mampan seperti Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk   mencapai sebahagian daripada Matlamat 2 SDGs (Kelaparan Sifar) dan Skim Pensijilan   Kayu   Malaysia (MTCS) untuk mencapai sebahagian daripada Matlamat 15 SDGs   (Kehidupan di   Darat). Sektor agrikomoditi juga menyumbang kepada pertumbuhan   tahunan Keluaran   Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk mencapai sebahagian   daripada Matlamat 8 SDGs   (Pekerjaan yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi). 

  • Apakah itu RCEP?

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah perjanjian yang   dicadangkan antara negara-negara anggota   Persatuan Negara-  negara Asia   Tenggara   (ASEAN) dan rakan   kongsi perjanjian   perdagangan bebas (FTA).   Perjanjian itu   bertujuan untuk meliputi perdagangan barang dan perkhidmatan,  harta intelak dan   lain-lain.

RCEP adalah inisiatif yang didorong oleh ASEAN yang bertujuan untuk   mengintegrasikan ekonomi 16 negara di   negara Asia dan Oceania.   Pemimpin 16   negara peserta RCEP   bersetuju bahawa RCEP akan   melibatkan penglibatan yang   lebih luas dan lebih mendalam dengan   penambahbaikan   ketara ke atas   Perjanjian   Perdagangan Bebas   ASEAN (FTA)   dan Perjanjian Perkongsian   Ekonomi Komprehensif (CEPs) dengan negara-negara ini. 

  • Bilakah RCEP diperkenalkan?

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau diperkenalkan semasa pertemuan   Asean ke -19 yang diadakan pada November 2011. Rundingan  RCEP telah bermula   pada Sidang   Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom  Penh, Kemboja pada November   2012. 16 negara peserta meliputi 10 negara ASEAN, Australia, China,   Jepun,   Korea,   India dan New Zealand. 

  • Kenapa RCEP penting?

16 negara yang terlibat di dalam rundingan RCEP adalah penyumbang satu pertiga   daripada   Keluaran   Dalam Negara Kasar Dunia (KDNK) dan ini meliputi hampir   separuh penduduk dunia.

Gabungan KDNK China dan India sahaja menyumbang lebih daripada KDNK Dunia.   Pemilikan   RCEP   dalam ekonomi dunia boleh menyumbang separuh daripada   anggaran $ 0.5  quadrillion global (KDNK,   PPP) menjelang 2050.  

  • Apakah objektif RCEP?

RCEP bermatlamat untuk mewujudkan pasaran bersepadu dengan 16 negara,   menjadikannya   lebih   mudah untuk produk dan perkhidmatan dari setiap   negara-negara ini boleh diperolehi   di rantau ini.

Rundingan tertumpu kepada perkara berikut: Perdagangan barangan dan   perkhidmatan,   pelaburan,   harta intelektual, penyelesaian pertikaian, e-dagang,   perusahaan kecil dan   sederhana, dan kerjasama   ekonomi. 

  • Peranan China dalam RCEP

RCEP telah digerakkan oleh Kerajaan China pada tahun 2012 untuk mengatasi FTA   lain yang   wujud pada   masa tersebut di antaranya adalah Perkongsian Trans-  Pasifik (TPP). TPP yang   diterajui AS tidak termasuk   China.

Bagaimanapun, pada 2016 Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik   negaranya dari   terus   menyertai TPP. Sejak itu, RCEP telah menjadi alat utama   bagi China untuk menentang usaha   Amerika   Syarikat untuk menghalang   perdagangan dengan China. 

  • Adakah Dasar AgriKomoditi Negara sama dengan Dasar Agromakanan Negara?

Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) digubal   selepas Dasar Pertanian Negara tamat pada tahun 2010. Dasar Agrikomoditi Negara   merangkumi teras dasar dan strategi  bagi industri agrikomoditi  seperti sawit, getah,    kayu-kayan, lada, koko dan  kenaf termasuk komoditi-komoditi  lain yang akan   dikenalpasti manakala Dasar Agromakanan Negara digubal khusus   kepada   industri   agromakanan seperti ternakan, tanaman dan perikanan.