LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI & PENCAPAIAN

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah di tubuhkan pada tahun 2004. Pada awal penubuhannya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada 26 Julai 2016, bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi menyesuaikan skop fungsi dan tanggungjawab bahagian ini.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan ICT kepada semua bahagian di Kementerian dan semua agensi dan majlis di bawah kementerian.

Di samping menyediakan kemudahan ICT dan membangunkan sistem aplikasi yang cekap dan berkesan, bahagian ini juga bertanggungjawab mempertingkatkan keupayaan dan penggunaan ICT dari masa ke semasa sebagai satu usaha menyokong kementerian dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.

Bahagian Pengurusan Maklumat KPPK mempunyai seramai 14 kakitangan yang terdiri daripada 5 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 9 orang daripada Kumpulan Pelaksana.

 

VISI

  • ICT sebagai pemangkin pemodenan pengurusan sektor agrikomoditi. 

MISI

  • Memperkasa dan membudayakan penggunaan ICT dalam pendigitalan maklumat komoditi ke arah pemodenan sektor agrikomoditi

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi-fungsi utama BPM adalah seperti berikut:

  • Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) bagi KPPK;
  • Menyedia, melaksana, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat (DKICT);
  • Merancang, menyedia dan mengawal peruntukan belanjawan mengurus dan pembangunan ICT;
  • Merancang dan mengurus e-mel Kementerian;
  • Melaksanakan tugas keurusetiaan kepada Mesyuarat ICT Kementerian seperti berikut:
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian (JTICT)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web Kementerian
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ISMS
  • Membangun, mengemaskini dan menyelenggara laman web Kementerian;
  • Membangun, mengemaskini dan menyelenggara sistem aplikasi;
  • Mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi maklumat;
  • Mengurus perkhidmatan komunikasi dan rangkaian;
  • Menguruskan Bilik Server KPPK;
  • Mengurus perolehan keperluan teknologi maklumat;
  • Menyedia perkhidmatan bantuan teknikal dan khidmat nasihat (helpdesk);
  • Membangunkan produk multimedia;
  • Menguruskan latihan teknologi maklumat;
  • Menguruskan sidang video; dan
  • Penyelaras, urusetia dan pelaksana ISMS Kementerian.

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

BPM 15042021

AKTIVITI BAHAGIAN 2021

MEMPERKUKUHKAN KEMUDAHAN WORK FROM HOME KEPADA WARGA KPPK

  • Menyediakan kemudahan perisian telesidang seperti Zoom dan Google Meet
  • Menyediakan kemudahan laptop kepada pegawai P&P
  • Menyediakan Sistem e-WFH bagi kemudahan pelaporan dan kedatangan kepada warga KPPK
  • Memastikan sistem dalaman KPPK dapat digunakan diluar rangkaian internal dengan selamat
  • Memantau ketersediaan server, sistem dan pangkalan data secara 24jam sepanjang tempoh WFH bermula Mac 2021

MEMPERGIATKAN IMPLEMENTASI PERKHIDMATAN  ONLINE SECARA END-TO-END (E2E) DI KPPK, AGENSI DAN MAJLIS

  • Sebanyak 141 iaitu 97.2% Perkhidmatan di Kementerian dan Agensi adalah End-To-End Online (E2E) berbanding 145 Perkhidmatan online yang disediakan.

MENGAKTIFKAN ONE STOP CENTER MELALUI LAMAN WEB KPPK

  • Pengaktifan Laman Web KPPK sebagai One-Stop-Centre (OSC) telah dilaksanakan pada 8 November 2021 dan dijangka selesai pada Disember 2021.

PENYEDIAAN DATA RAYA 2015 - 2025

  • Menggiatkan aktiviti pengumpulan data Sektor Agrikomoditi secara terpusat
  • Menempatkan data di dalam database
  • Mengembangkan kluster data Sektor Agrikomoditi secara berperingkat

PLATFORM DATA KOMODITI (PDC)

  • Platform Perkongsian Data Komodit (PDC) merupakan satu platform khas yang disediakan untuk memaparkan data Sektor Agrikomoditi secara dashboard
  • PDC merangkumi kluster maklumat perdagangan, pekebun kecil, biobahan api, pelaburan dan tenaga kerja
  • Dijangka dibuka kepada orang awam pada Mei 2022

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KPPK 2021-2025

  • Dijangka siap pada Disember 2021

PEMBANGUNAN LAMAN WEB MYKOMODITI SEMPENA MINGGU AGRIKOMODITI

  • Laman Web MyKomoditi merupakan laman web khas yang mengandungi sesi webinar, kuiz, live facebook, bahan pameran maya dll yang terdiri daripada pelbagai jenis media.
  • Ia dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman KPPK dalam tempoh masa dua minggu.
  • Digunakan sepanjang tempoh Minggu Agrikomoditi pada 25 - 29 Oktober 2021