LATARBELAKANGPERANAN & FUNGSICARTA ORGANISASIKPI & PENCAPAIAN

 LATARBELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Akaun MPIC ditubuhkan pada 1 Oktober 2013 adalah selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/2013 Perlaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan berikutan dengan pelaksanaan Transformasi Perakaunan Tunai Ubah Suai kepada Perakaunan Akruan.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

 Objektif Bahagian Akaun :

  • Membantu pengurusan atasan membuat keputusan bagi menambahbaik prestasi Kementerian melalui penggunaan sumber kewangan secara optimum
  • Memberikan perkhidmatan perakaunan dan kewangan, perundingan serta khidmat nasihat yang berkualiti dan memenuhi ekpektasi pelanggan
  • Memastikan ketepatan maklumat kewangan kementerian dan seterusnya meningkatkan integriti maklumat Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan
  • Mengurangkan risiko penyelewengan dan kehilangan wang awam

 

VISI DAN MISI BAHAGIAN

 Visi 

  • Peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perakaunan dan kewangan sektor awam yang mematuhi piawaian perakaunan Malaysia dan Antarabangsa.

 

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan kewangan yang terbaik serta memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan kehendak pelanggan.

 

PERANAN DAN FUNGSI BAHAGIAN

Peranan

  • Bertanggungjawab sebagai Pejabat Perakaunan kepada Kementerian.

Fungsi

  • Menguruskan semua pembayaran bagi vot Mengurus, Pembangunan dan Amanah
  • Menyemak dan mengurus pembayaran gaji kakitangan
  • Menguruskan Akaun Terimaan dan menyemak dokumen terimaan bagi Pejabat Pemungut
  • Menyediakan Laporan Akaun Bulanan dan Tahunan  kepada pihak berkepentingan termasuk pengurusan atasan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara
  • Memberi  latihan dan khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan
  • Mengumpul dan menganalisis maklumat kewangan bagi mengesyorkan penggunaan sumber dan prosedur yang berkesan dan memberi cadangan strategik.

 

CARTA ORGANISASI

 

carta web BA

 

KPI DAN PENCAPAIAN

1.   Penyata Kewangan

Penyata Kewangan Kementerian akan dikemukakan atau dibentangkan kepada Pegawai Pengawal pada setiap bulan. Penyediaan penyata ini diwajibkan bermula tahun pertama pelaksanaan Perakaunan Akruan iaitu pada tahun 2018 dan Penyata Kewangan Kementerian mempunyai 6 komponen utama iaitu:

 

Penyata Kewangan

 

2.   Pengurusan Bayaran

KPI bagi melaksanakan larian bayaran di dalam sistem iGFMAS adalah 2 hari bekerja dari tarikh baucar diluluskan. Bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, sebanyak 2799 baucar telah diterima untuk diproses ke bank berjumlah  RM 551,514,282.60

 Proses Pembayaran Sempurna 2

3.   Pengurusan Gaji

Dengan pelaksanaan Sistem iGFMAS, pada tahun 2018 modul pembayaran gaji telah berintegrasi dan boleh dikunci masuk oleh PTJ. Bahagian Akaun bertanggungjawab untuk membuat larian bayaran gaji mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Bagi tahun 2020 sejumlah RM20,357,480.86 pembayaran gaji telah dilaksanakan.

 Pembayaran Gaji

4.   Pengumpulan dan Migrasi Data Baki Awal

 Aktiviti pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti merupakan satu proses permulaan bagi pelaksanaan perakaunan akruan. Ia melibatkan komponen Penyata Kedudukan Kewangan dan akan dimigrasi sebagai data baki awal bagi Aset Tak Alih, Aset Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar.

Setiap data yang menepati tafsiran MPSAS akan dikumpul oleh Bahagian Akaun dan dihantar kepada Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian untuk diverifikasi. Hasil dari Verifikasi tersebut seterusnya diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara untuk tindakan migrasi. Data yang disahkan tepat akan ditandatangani (sign-off) oleh pegawai Bahagian Akaun yang terlibat sebelum dimuatnaik sebagai data baki awal.

Berikut adalah senarai aset dan liabiliti yang berjaya dimuatnaik sebagai data baki awal di dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kementerian sehingga tahun 2020.

Data Baki Awal

5.   Pelaksanaan Naziran

a)   Skop Belanja

Naziran dijalankan ke atas pengurusan perbelanjaan bertujuan meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan agar mencapai prestasi tinggi dalam aspek kawalan dalaman dan pematuhan peraturan ditetapkan. Lawatan naziran ini telah dilaksanakan pada 15 hingga 28 Julai 2020.

Secara keseluruhannya, berdasarkan semakan terhadap dokumen kewangan yang dijalankan dan matriks penilaian risiko [Risk Control Matrix (RCM)], tahap pengurusan perbelanjaan di Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan adalah CEMERLANG. Penilaian ini meliputi aspek pematuhan pekeliling, prosedur dan arahan kewangan berkaitan pengurusan perbelanjaan sepanjang tempoh tersebut.

b)   Skop Aset

Naziran ini dijalankan ke atas pengurusan aset adalah untuk memastikan setiap transaksi perbelanjaan mematuhi prinsip perakaunan akruan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa . Selain itu, ianya bagi memastikan aset alih kerajaan diuruskan dengan baik dan cekap serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa iaitu meliputi pematuhan kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) AM2 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

6.   Penganjuran Latihan / Kursus Kewangan dan Perakaunan

Sejajar dengan peralihan asas perakaunan tunai ubahsuai kepada asas akruan, beberapa kursus, program dan aktiviti telah diadakan sepanjang tahun 2020 bagi memberi pendedahan kepada semua peringkat pegawai dan kakitangan MPIC.

7.   Pengurusan Capaian Pengguna

Pengurusan Capaian Pengguna Sistem iGFMAS adalah bertujuan menguruskan pewujudan ID Pengguna Baharu dan Penetapan Capaian Peranan (kemaskini/hapus).  Capaian peranan pengguna  akan diujud atau dikemaskini berdasarkan Penetapan Kuasa Dan Tugas Pegawai Pengawal kepada Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya seperti mana Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2018 yang dikeluarkan oleh JANM. Dua orang Pentadbir  dari Bahagian Akaun telah dilantik sebagai Local Admin bagi menguruskan aktiviti ini. Sehingga Disember 2020, sebanyak 53 permohonan capaian pengguna telah diproses.

8.   Pengurusan Aduan/Pertanyaan Melalui iGFMAS Servis Desk

Pengurusan aduan / pertanyaan bagi Sistem iGFMAS adalah dibuat melalui iGFMAS Servis Desk di Portal iGFMAS dan ia merupakan aplikasi berasaskan web. Aduan yang dilaporkan dinamakan sebagai Insiden dan nombor Insiden akan dijana secara automatik sebagai rujukan aduan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2020, sebanyak 85 Insiden telah diterima dari End User (PTJ) dan Pejabat Perakaunan (AO). Dari jumlah tersebut, 33 Insiden telah dipanjangkan kepada Ibu Pejabat JANM untuk tindakan manakala selebihnya diselesaikan oleh Bahagian Akaun.

 

9.   Pelaksanaan Perakaunan Pengurusan

Perakaunan Pengurusan berperanan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat kewangan bagi mengesyorkan penggunaan sumber dan prosedur yang berkesan dan memberi cadangan strategik.

Tahun 2020 adalah merupakan satu penanda aras kepada pelaksanaan perakaunan pengurusan.  Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah melaksanakan satu inisiatif baharu dalam pengurusan wang awam dengan memperkenalkan Strategic  Management Accounting and Reporting (SMARt).

SMARt merupakan satu mekanisme berstruktur yang mengenalpasti, mengukur, menganalisis, mentafsir dan menyampaikan maklumat kewangan dan bukan kewangan secara komprehensif kepada pembuat keputusan.

SMARt menggunakan pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up approach) yang merangkumi setiap peringkat Kementerian meliputi Bahagian, Jabatan dan PTJ. Empat elemen utama SMARt ialah Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Risiko, Pengkosan, Pengukuran Prestasi dan Analisis Sumber.

Pelaksanaan elemen pengkosan memerlukan setiap Kementerian menggunakan sistem MyCost. Di dalam MyCost terdapat modul PTJ Based Costing bagi pengkosan peringkat PTJ, modul Outcome Based Costing bagi pengkosan peringkat Kementerian. Manakala Microcosting adalah modul pengkosan bagi sesuatu projek/aktiviti tertentu.

 

MyCost