FUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITIPELAN/KALENDAR AKTIVITI 2021/2022


Latar Belakang Bahagian

Bertanggungjawab memantau dan menyelaraskan dasar, prosedur, peruntukan dan isu-isu yang melibatkan pembangunan sektor huluan dan hiliran industri sawit serta pembangunan industri sagu disamping memantau dan menilai kemajuan pelaksanaan dasar dan arahan kerajaan oleh MPOB, MPOC dan MPOCC.

 

Objektif Bahagian

Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago bertanggungjawab terhadap pembangunan industri sawit negara merangkumi:

- meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor sawit bagi memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa;

- menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi industri sawit;

- meningkatkan sumbangan sektor sawit dalam pembangunan sosio-ekonomi serta pertumbuhan ekonomi negara; dan

- membangunan industri sawit yang mampan dan mesra alam.

Fungsi dan Peranan

- Menggubal dasar, menyelaras strategi dan memantau pelaksanaan program pembangunan daya saing industri sawit Negara

- Menyelaras dan menangani isu isu yang melibatkan sektor huluan dan hiliran sektor sawit serta berkerjasama dengan Kementerian/ Jabatan / Ageni Kerajaan dan Kerajaan Negeri

- Mengawal selia, menyelaras dan memantau hal ehwal berkaitan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit (MPOCC)

- Mengurus perlaksanaan program-program khas berkaitan pembangunan industri sawit negara

- Memantau dan menangani isu-isu berkaitan kemampanan dan pensijilan industri minyak sawit, konservasi dan alam sekitar

- Menguruskan hal ehwal pentadbiran industri sawit dan sago

  

CARTA ORGANISASI

   CARTA ORGANISASI 11

 

KPI DAN PENCAPAIAN - sektor sawit

Jumlah nilai eksport tahun 2020 = RM73.2 billion

Sasaran nikai eksport tahun 2021 = RM75 billion

Pencapaian Jan-Jun 2021 = RM47.5 billion; (sumber: DOSM)

 

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

 (2020)

-Kawasan tanaman sawit dipersijilkan: 5.207 juta hektar

-Kilang buah sawit dipersijilkan: 428

-7 Program Jelajah MSPO bersama pekebun sawit dijalankan

 

SAWIT ANUGERAH TUHAN (SAT)

(2021)

  • Sehingga 12 Okt 2021, laman web ini telah mencatat 576,748 pengunjung

  • Penyertaan untuk pertandingan dalam talian dari 10 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021 telah mencatatkan 131,623 peserta pada 30 September

  • Pemasangan dan poster maya dilakukan di sisi pintu masuk dan lengkungan dan 12 pintu lif dipasang dengan poster baru

  • Program TV Senduk Kuali yang disiarkan setiap hari mempunyai 411,000 tontonan; dan jumlah tontonan Ramadhan ialah 12 juta 

  •  MPIC Multi-Comodities Raya TVC Mendapat 258,000 tontonan

  • Sebanyak 73 papan iklan bakal diletakkan di seluruh negara

  • Program antarabangsa telah dijalankan di Asia Selatan, Asia Pasifik dan Timur Tengah

 

 Pelan/Kalendar Aktiviti 2021/2022

International Palm Oil Economic Colloquium (IPEC) 2021

11 November 2021

Palm Oil Economic Review & Outlook (R&O) Seminar 2022

13 Januari 2022

 

Akan dikemaskini dari masa ke semasa