PENGENALAN


Bangunan MPI editedPada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan dikenali sebagai MPIC. Pada tahun 2018, MPIC telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Industri Utama (MPI). Pada tahun 2020, MPI telah dinamakan semula kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

agrikomoditi

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bertanggungjawab dalam prestasi sektor agrikomoditi dari pengeluaran, pemprosesan dan dari pembuatan sehingga ke pemasaran. Sektor ini telah berkembang dari pengeluaran dan pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan produk separa proses, produk yang telah diproses dan produk akhir, seterusnya menjana lebih banyak produk bernilai tambah dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Subsektor agrikomoditi yang merangkumi minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf menjadi antara pemacu ekonomi negara yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan dalam masa yang sama menjana pendapatan terutamanya kepada pekebun kecil. Enam agensi di bawah kementerian bergerak seiring dalam perkembangan sektor komoditi. Antaranya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Lima majlis turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan sektor agrikomoditi negara di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Antaranya Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Getah Malaysia, Majlis Kayu Kayan Malaysia, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia.

 

Diagram Sejarah Kementerian

 

Sejarah MPIC

 

FUNGSI


 

AGENSI

AgensiMPIC

Melaksana dasar dan program pembangunan

Menjalankan dan menggalak aktiviti penyelidikan dan pembangunan 

 

MAJLIS

MajlisMempromosikan sektor komoditi berkaitan 

 

 

ANAK SYARIKAT

Menjalankan aktiviti berunsurkan keuntungan dalam sektor komoditi berkaitanAnakSyarikat

 

 

INSTITUT

Menjadi unit latihan pusat bagi institusi latihan semua Agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditiimpac logo 4

 

 

YAYASAN

yayasanMenggalakkan kajian keberkesanan usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar dan kepelbagaian biologi

 

 

PENERAJU KEMENTERIAN


 

MENTERI
Minister
TIMBALAN MENTERI 
Deputy Minister
TIMBALAN MENTERI
Deputy Minister
KETUA SETIAUSAHA
Secretary General

 YBMZ

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
30 Ogos 2021 hingga kini

YBTMWAM

YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
30 Ogos 2021 hingga kini

YBTMWJ 

YB Datuk Willie Anak Mongin
30 Ogos 2021 hingga kini

KSU

YBhg. Datuk Ravi Muthayah
23 Disember 2019 hingga kini

 

SEJARAH PENERAJU KEMENTERIAN DARI TAHUN 1981


 

MENTERI TIMBALAN MENTERI KETUA SETIAUSAHA

YBM 
YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin
Bin Aman Razali
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021

YBTM 
YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021

YBTM2 
YB Datuk Willie Anak Mongin
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
KSU YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong
7 Januari 2019 – 23 Disember 2019
201905160957570.YBM NewYB. Puan Teresa Kok
2 Julai 2018 – 25 Februari 2020
201905170657540.YBTM New.jpgYB. Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj Mohd Akin
2 Julai 2018 – 25 Februari 2020
 ZURI
YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh
2 Julai 2018 – 6 Januari 2019
MAH
YB. Datuk Seri Mah Siew Keong
28 Jun 2016 – 9 Mei 2018
DATU
YB. Datuk Datu Nasrun Datu Mansur
28 Jun 2016 – 9 Mei 2018
YOGE
YBhg. Datuk K. Yogeesvaran
9 Ogos 2017 – 31 Mei 2018
DOUG
YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas
16 Mei 2013 – 12 Mei 2016
NORIAH
YB. Tan Sri Noriah Kasnon (Allahyarhamah)
16 Mei 2013 – 5 Mei 2016
NAGA
YBhg. Datuk M. Nagarajan
16 Mei 2016 – 24 Jun 2017
BERN
YB. Tan Sri Bernard Dompok
10 April 2009 – 5 Mei 2013
HAMZ
YB. Dato’ Hamzah Zainudin
10 April 2009 – 5 Mei 2013
Sundaran
YBhg. Datuk Dr. Sundaran Annamalai (Mendiang)
16 Disember 2015 – 5 Mei 2016
PETER
YB. Datuk Peter Chin Fah Kui
27 Mac 2004 – 9 April 2009
PALA
YB. Dato’ G. Palanivel
3 Mei 2010 – 12 Julai 2011
HIMMAT
YBhg. Datuk Himmat Singh
21 Julai 2014 – 15 Disember 2015
kosong
YABhg. Tun Lim Keng Yaik (Mendiang)
11 Ogos 1986 – 26 Mac 2004
kosong
YB. Senator A. Kohilan Pillay
2008 – 2009
NIRM
YBhg. Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim
25 Februari 2011 – 18 Ogos 2014
YB. Dato’ Paul Leong Khee Seong
28 Julai 1978 – 10 Ogos 1986
YB. Datuk Anifah Hj. Aman
1999 – 2007
YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh
26 Mei 2008 – 24 Februari 2011
TYT. Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud
1 Januari – 27 Julai 1978
YB. Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein
1997 – 1999
YBhg. Datu Dr. Michael Dosim Lunjew
16 Mei 2005 – 24 Mei 2008
YABhg. Tun Musa Hitam
5 September 1974 – 31 Disember 1977
YB. Puan Siti Zainab Abu Bakar
1995 – 1997
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Abdullah Moh Tahir
30 Disember 2000 – 11 Februari 2003
TYT. Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud
1 Januari 1972 – 4 September 1974
YB. Tengku Dato’ Hj. Mahmud Mansor
1990 – 1994
YBhg. Dato’ Haron Siraj
13 September 1996 – 29 Disember 2000
  YB. Dato’ Alias Md. Ali
1987 – 1990
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Othman Yeop Abdullah
21 April 1993 – 12 September 1996
  YB. Dato’ Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
1986
YBhg. Tan Sri Dato’ Wong Kum Choon
1 September 1985 – 20 April 1992
  YB. Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (Allahyarham)
1984 – 1986
YBhg. Tan Sri Dato’ G.K. Rama Iyer
1 Mac 1981 – 31 Ogos 1985
  YB. Tuan Hj. Bujang Hj. Ulis
1981 – 1984
YBhg. Datuk Wong Yoke Meng
2 Januari 1979 – 28 Februari 1981
  YB. Dato’ Paul Leong Khee Seong
1975 – 1977
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Arshad Ayob
16 Oktober 1978 – 1 Januari 1979
    YM Tengku Tan Sri Ngah Mohamed
21 Januari 1974 – 15 Oktober 1978
    YBhg. Dato’Abdul Aziz Ismail
1 Januari 1972 – 20 Januari 1974