Agensi Nama Pengerusi Ketua Pengarah Fungsi
sawit
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Encik Jugah Anak Muyang @ Tambat

kp mpob
Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Ghulam Kadir

  • MPOB adalah sebuah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab menerajui dan membangunkan industri sawit negara. Aktiviti teras MPOB adalah penyelidikan dan pembangunan merangkumi aktiviti pengeluaran huluan hingga pemprosesan produk hiliran sawit dan disokong oleh aktiviti kawal selia industri sawit. 
  • MPOB juga menyediakan khidmat nasihat teknikal untuk menyokong kemajuan industri sawit melalui kemudahan loji rintis, makmal, kajian saintifik, khidmat nasihat teknikal, perundingan teknikal, penerbitan saintifik, latihan teknikal, persidangan dan seminar, pemindahan teknologi dan khidmat pengembangan.

  • https://www.mpob.gov.my

sawit
Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Encik Lee Chin Cheh

kp lgm
Dato’ Dr. Zairossani bin Mohd Nor

  • Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 94 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

  • Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.

  • https://www.lgm.gov.my

sawit
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Datuk Hishamuddin bin Abdul Karim  

kp mtib
Tuan Haji Kamaruzaman bin Othman

 

  • Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

  • https://www.mtib.gov.my

sawit Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Puan Rahimah Majid

kp lkm
Dr. Hj Ramle Kasin

  • Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

  • https://www.koko.gov.my

sawit
Lembaga Lada Malaysia (MPB)

Tuan Haji Baharuddin bin Dato’ Mokhsen

 

  • Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007.

  • bu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.

  • https://www.mpb.gov.my

sawit Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN)

Tuan Haji Ab Aziz Ab Kadir

kp lktn
Tuan Hj. Idris bin Mohd Salleh

  • Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ditubuhkan pada 1 April 2010 melalui penguatkuasaan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] bagi merealisasikan objektif, dasar dan keutamaan negara dalam membangun serta mentadbir industri kenaf secara teratur selaras dengan pengukuhan polisi pembangunan industri kenaf sebagai sumber pertumbuhan baharu negara. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Pemerbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran dan peralihan fungsi LTN kepada LKTN. Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berkaitan dengannya.

  • https://www.lktn.gov.my

sawit Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)

Encik Larry Sng Wei Shen 

kpe mpoc
Puan Wan Aishah Wan Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif

  • MPOC ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.  Ditubuhkan pada 1990, MPOC berperanan meningkatkan pasaran minyak sawit Malaysia dan produk-produknya. Usaha ini dilaksanakan dengan menambah baik imej dan permintaan terhadap minyak sawit Malaysia menerusi program kesedaran tentang pelbagai kelebihan tekno-ekonomi dan kelestarian komoditi ini.

  • MPOC telah menubuhkan rangkaian sepuluh pejabat di seluruh dunia iaitu di China (Shanghai), India (Mumbai), Pakistan (Lahore), Bangladesh (Dhaka), rantau Timur Tengah (Istanbul dan Kaherah), Eropah (Brussels dan Moscow), Afrika Selatan (Johannesburg) dan Amerika (Washington, D.C.), untuk mempromosi minyak sawit Malaysia dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

  • Industri minyak sawit Malaysia merupakan salah satu tunggak utama ekonomi negara. Pada 2020, industri ini menyumbang sejumlah RM72.8 bilion kepada pendapatan eksport negara dan masing-masing 26% dan 34% kepada jumlah pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia. 

  • https://mpoc.org.my/

sawit Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) Dr. Shathiskumar Govindaraju

kpe mpocc
Datuk Hj. Daud Amatzin
Ketua Pegawai Eksekutif

 
  • Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) merupakan sebuah organisasi bebas tanpa keuntungan yang ditubuhkan pada Disember 2014. Ia ditubuhkan untuk membangunkan dan mengendalikan Skim Minyak Sawit Mampan (MSPO). MPOCC diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan sebuah syarikat dengan jaminan terhad. MPOCC ditadbir oleh Ahli Pemegang Amanah dan mula beroperadi pada Disember 2015.

  • https://www.mpocc.org.my

sawit Majlis Getah Malaysia (MRC) 

Dr. Daroyah binti Alwi

kpe mrc
Encik Nor Hizwan Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif

  • MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MRC ditugaskan untuk menjalankan promosi pasaran produk getah Malaysia yang berkualiti di pasaran dunia, dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui usaha promosi domestik.

  • MRC mempunyai pejabat luar negara di Amerika Syarikat, Eropah, China dan India.

  • https://www.myrubbercouncil.com/

mtc Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)

Puan Hajah Norrida Yusoff

kpe mtc 
Encik Muhtar Suhaili 
Ketua Pegawai Eksekutif

  •  Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) ditubuhkan pada Januari 1992 untuk mempromosikan produk kayu di pasaran antarabangsa. MTC diperbadankan sebagai sebuah syarikat Berhad menurut jaminan di bawah Akta Syarikat 1965, MTC diselia oleh Lembaga Pemegang Amanah yang ahli-ahlinya dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
  • https://mtc.com.my/

sawit Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)

Encik Kamaruzaman Mohamad

kpe mtcc
Puan Siti Syaliza Mustapha
 
Ketua Pegawai Eksekutif

  • Ditubuhkan pada tahun 1998, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan untuk membangun dan mengendalikan Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS). Skim pensijilan kayu nasional secara sukarela ini menjalankan penilaian bebas ke atas amalan pengurusan hutan dan audit bagi pengeluar produk kayu atau pengeksport untuk memastikan bahawa produk kayu dihasilkan atau dieksport diperoleh daripada hutan yang diurus secara mampan. Ini adalah untuk memastikan hutan asli dan ladang hutan di Malaysia diurus secara mampan, dan juga bagi memenuhi permintaan bagi produk kayu yang bersijil.

  • MTCS telah diiktiraf oleh Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC), program pensijilan hutan yang terbesar, merangkumi lebih 300 juta hektar hutan bersijil di seluruh dunia. MTCS juga merupakan skim pensijilan kayu tropika yang pertama di rantau Asia Pasifik yang memperoleh pengiktirafan dari PEFC.

  • Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 5.27 juta hektar hutan telah disijilkan di bawah MTCS, meliputi 22 unit pengurusan hutan asli (Forest Management Unit atau FMU) dan lapan unit pengurusan ladang hutan (Forest Plantation Management Unit atau FPMU), manakala 386 buah syarikat telah disijilkan di bawah pensijilan rantaian jagaan (Chain of Custody atau CoC).

  • MTCC telah melakar sebuah sejarah pencapaian pada tahun 2020 apabila dianugerahkan Sijil Penghargaan daripada PEFC diatas kejayaan di dalam peningkatan terbesar di kawasan hutan bersijil PEFC pada Majlis Penganugerahan yang berlansung secara maya pada 11 November 2020. Pengiktirafan itu adalah di atas kejayaan MTCC menambah 957,583 hektar lagi kawasan hutan bersijil MTCS/PEFC sepanjang September 2019 sehingga September 2020.

  • https://mtcc.com.my/

sawit Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC)

Datuk Zunaidah Idris

 

 

  • Menjadi institusi latihan induk kepada institut latihan agensi di bawah MPIC
  • Mengoptimakan sumber latihan sediada di bawah MPI dan agensi.
  • Menawarkan kursus umum dan spesifik mengenai sesuatu komoditi.
  • Melahirkan tenaga kerja terlatih di sektor perladangan dan komoditi.
  • Menyelaras dan memperluaskan liputan/skop latihan kemahiran
  • https://www.impac.edu.my
sawit Malaysia Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF)    
  • To encourage Reforestation Program in areas identified as degraded in Malaysia
  • To encourage Research and Study on the effectiveness of endangered Wildlife and Biodiversity conservation efforts in Malaysia;
  • To assist NGOs in funding Wildlife Conservation activities, Biodiversity and best Sustainability Practices in Malaysia;
  • To encourage and Promote Conservation Initiatives and Best Sustainability Practices in oil palm plantations in Malaysia;
  • To enhance Conservation, Biodiversity and Sustainability efforts that benefit Malaysian palm oil producers and consumers worldwide
  • https://www.mpogcf.org/
sawit LGM Properties Corporation (LGMPC)

Hjh. Haniza Mohamed Talha

Encik Mohd Zamry Sulaiman

  • Menguruskan tanah dan harta kepunyaan Lembaga.
  • Menguruskan dan memberikan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada Lembaga.
  • Menguruskan harta dan perkhidmatan juru runding pengurusan harta kepada orang atau badan yang terlibat dalam getah atau berhubung dengan industri getah.
  • https://www.lgmpc.com.my
sawit Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) Encik Paul Yong Choo Kiong Encik Zharudin Narudin
  • Mewujudkan satu pasaran jual beli kayu yang tersusun dan pasaran kayu dari ladang yang dibangunkan.
  • Mengagihkan dana kepada syarikat-syarikat dan agensi kerajaan melalui pinjaman mudah PPLH.
  • Memberikan khidmat nasihat dan promosi.
  • Menyelaras tanaman dan penyelenggaraan ladang hutan.
  • Menggalakkan pembangunan ladang hutan untuk industri kayu.
  • www.fpd.com.my