mygovuc2.0 facebook Instagram new twitter youtube faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

PengenalanPerkhidmatanKemudahan FasilitiKoleksiSumber DigitalPolisi dan PeraturanProgram LibMPICMyLibMPICLokasi Kami
 

Latarbelakang

mpic libraryPerpustakaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Pengurusan dan Kewangan (PPK), KPPK. 

Objektif

Perpustakaan KPPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik. 

Waktu Operasi

Isnin - Khamis
8.30 pagi - 4.30 petang

Jumaat
8.30 pagi - 4.30 petang
TUTUP bermula 12.15 t/hari hingga 2.45 petang

Hari Minggu & Cuti Umum
TUTUP

Perkhidmatan

Perpustakaan KPPK menyediakan kemudahan peminjaman buku, jurnal, akta dan bahan berkaitan Sektor Agrikomoditi. Selain itu, kami juga menyediakan lawatan ke perpustakaan, menyelaras program galakan membaca, book sharing dan sumber rujukan dokumentasi kepada kakitangan KPPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.

Mereka yang berminat untuk hadir ke perpustakaan atau berhasrat untuk mendapatkan bahan berkaitan, dimohon untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada

  • Ruang Bacaan Umum
    • Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum seramai 212 pengguna.
  •  Ruang Bacaan Santai
    • Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum seramai 15 pengguna.
  •  Ruang Seminar/Kursus
    • Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.
  •  Ruang Pameran Bertema
    • Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPPK.
  •  Wifi
    • Kemudahan internet tanpa wayar.
  •  Kapasiti Pengguna
    • 2 Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 20 orang
    • 2 Ruang Bacaan Santai (Sofa) 8 orang
    • 2 Ruang Seminar/Kursus 16

Koleksi perpustakaan kppk terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara Sektor Agrikomoditi yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga KPPK, Agensi dan Majlis. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.

Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.

  • Koleksi Pinjaman
    • Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga KPPK sahaja.
  • Koleksi Rujukan
    • Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.
  • Koleksi Komoditi
    • Koleksi terbitan Komoditi.
  • Koleksi Jurnal
    • Koleksi Jurnal dalam dan luar negara.
  • Koleksi Majalah
    • Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.
  • Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid
    • Koleksi Jurnal, Majalah yang telah dijilid mengikut tahun.
  • Koleksi Laporan Tahunan
    • Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Koleksi Peperiksaan Kerajaan
    • Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga KPPK.
  • Koleksi Fiksyen
    • Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Koleksi Perundangan
    • Koleksi warta kerajaan dan pekeliling.
  • Koleksi Media
    • Koleksi audio visual dalam bentuk disk.

Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh agensi-agensi seluruh dunia seperti Perpustakaan Negara dan sebagainya. Ianya disusun dan di indeks secara berabjad.

  • Sumber Digital Langganan KPPK

Polisi Pinjaman dan Pembaharuan Pinjaman untuk semua warga KPPK, Lembaga, Majlis, Anak Syarikat, Pelajar, Penyelidik dan Kakitangan Awam.

Peraturan Am

  • Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi
  • Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya
  • Tempahan selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum penggunaan ruang perpusakaan
  • Pengguna yang membuat salinan fotostat adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas AKTA HAKCIPTA 1987
  • Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan
  • Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan
  • Dilarang membawa masuk beg
  • Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan
  • Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod
  • Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum
  • Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan

Program Bersama Perpustakaan

 

Sumber Media Sosial/ Facebook

Lokasi Kami

PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPPK)
Bahagian Pengurusan dan Kewangan (PPK)
Aras 7,
Persiaran Perdana, Presint 2
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Telefon : 03-88803442/  03-88878346
Emel :


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila e-melkan kepada:


Puan Nor Hafizah binti Muda
Pustakawan
 / 03-88803442 

Puan Norhaizah Maziah binti Jafar Sidik
Pembantu Perpustakaan
 / 03-88878346