Sayangi SawitkuSawit Anugerah TuhanMinyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Kempen Sayangi Sawit Ku

Pengenalan

Kempen Sayangi Sawitku merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh YB Teresa Kok pada tahun 2019. Pelancaran rasmi Kempen Love Sayangi Sawit Ku yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah dilancarakan di Ladang Sime Darby, Ladang East @ Pulau Carey pada 24 Mac 2019.  Kempen ini dilancarkan untuk memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan ke atas minyak sawit serta penghargaan terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada ekonomi negara. Selain itu, kempen ini juga memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit Malaysia serta peranannya dalam aspek pemeliharaan alam sekitar

 

Logo Love My Palmoil

sayangisawit bmlovemypalmoil

 

Kempen Sawit Anugerah Tuhan

 

Pengenalan

Kempen Sawit Anugerah Tuhan merupakan satu inisiatif oleh YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali pada tahun 10 Februari 2021. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menghargai sumbangan besar industri minyak sawit kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia serta menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit yang memberikan gambaran tidak tepat mengenai kemampanan tanaman sawit serta khasiat minyaknya kepada kesihatan. Diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen ini tertumpu di peringkat kebangsaan sebelum ia dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

Pelbagai aktiviti promosi yang menggabungkan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual, dan nilai estetika dilaksanakan untuk menjayakan kempen ini. Orang awam boleh menyertai kempen dan program ini melalui Laman Web Sawit Anugerah Tuhan  https://sawit.com.my/ yang disediakan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Logo Sawit Anugerah Tuhan

Logo kempen ini mewakili konsep kemampanan dan kehebatan melalui kombinasi empat warna menarik.

SAT LOGO FINAL full colors 01                          SAT LOGO FINAL rev BLACK 01   explain

Muat turun : 

Warna : JPG / PNG
Hitam Putih : JPG / PNG

 

 

Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Pengenalan

Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan telah dilancarkan oleh YB Hajjah Zuraida Kamaruddin pada 7 Januari 2022

 

Logo Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan mencerminkan faedah pelbagai produk yang dihasilkan daripada minyak sawit. Ia adalah baik kerana memberikan banyak manfaat kepada hampir setiap lapisan masyarakat. Ianya baik untuk kesihatan, baik untuk alam sekitar, mampan, menyumbang kepada mata pencarian, dan juga memberi keuntungan. Kesimpulannya, secara keseluruhan, ia penuh kebaikan.

logo BM minyak sawit penuh kebaikanlogo minyak sawit penuh kebaikan


 

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila emelkan kepada:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Emel : ukk [@] mpic.gov.my