EKSPO DAN SIDANG KEMUNCAK AGRIKOMODITI ANTARABANGSA MALAYSIA (MIACES) TAHUN 2022

 2022 miacess

 

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan menganjurkan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia/ Malaysia International Agricommodity Expo and Summit 2022 (MIACES), dengan menghimpunkan kesemua sektor agrikomoditi di bawah satu ekspo bertaraf antarabangsa.

 

Tarikh : 26 hingga 28 Julai 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : MITEC, Kuala Lumpur

 

Matlamat penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi aktiviti berkaitan agrikomoditi serta memperkenalkan dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama produk agrikomoditi di peringkat antarabangsa. Maklumat lanjut berkaitan program boleh dilayari di pautan berikut;

miaces 1

miaces 1

 

PAUTAN: https://www.myagricommodity.com/

FACEBOOK: https://www.facebook.com/miacexposummit/

TWITTER : https://twitter.com/miacexposummit

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/miacexposummit/

 

Bukan itu sahaja, penganjuran MIACES 2022 ini juga akan melibatkan penyertaan 20 buah negara antaranya Indonesia, China, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, India, Iran dan Pakistan. Selain sesi persidangan, pelbagai aktiviti lain akan diadakan sepanjang tempoh tiga (3) hari berkenaan antaranya perbincangan meja bulat, mesyuarat business to businees (B2B) dan malam anugerah berprestij sebagai pengiktirafan kepada pihak berkepentingan dalam sektor agrikomoditi.

 

Semua #KeluargaMalaysia dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.