PENGENALANKELEBIHANPENGUMUMANPANDUAN


Aplikasi RRIMniaga merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi tujuan merekodkan transaksi pembelian dan penjualan getah oleh peniaga getah berlesen LGM (rubber dealers). Objektif utama RRIMniaga adalah untuk mendapatkan data pengeluaran pekebun kecil, produktiviti dan harga peringkat ladang setempat yang terkini melalui peniaga getah berlesen. Data-data ini dapat diperoleh terus secara atas talian, sekaligus menggantikan cara konvensional melalui penggunaan resit rasmi dan buku rekod jual beli getah yang mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja.

Pekebun kecil akan mendapat manfaat dalam proses tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tanpa melalui proses konvensional kerana aplikasi ini diintegrasikan dengan Sistem IPG.

Pekebun kecil tidak lagi perlu ke pejabat LGM untuk membuat permohonan IPG kerana IPG akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon selepas melalui prosedur semakan semasa dan harga pengaktifan IPG yang diumumkan oleh LGM pada bulan seterusnya.

Aplikasi RRIM niaga ini telah dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan Serbaguna Kg. Ibok, Chukai, Kemaman, Terengganu pada 27 Jun 2020.

Pada masa ini, kira-kira 130,000 pekebun kecil yang aktif menoreh telah memanfaatkan tuntutan Intensif Pengeluaran Getah (IPG) yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2015 bagi membantu pekebun kecil menangani impak kejatuhan harga getah.

Sistem aplikasi ini telah mula dimanfaatkan di Melaka pada Jun 2018 dan ia kini berkembang ke Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Selangor.

KPPK telah menetapkan penggunaan aplikasi ini diwajibkan mulai 1 Januari 2021 kepada semua pelesen untuk transaksi jual beli getah yang melibatkan sekitar 2,600 peraih di seluruh negara.

RRIMniaga 1 RRIMniaga 1
RRIMniaga 1 RRIMniaga 1
RRIMniaga kenyataanmedia 1 RRIMniaga kenyataanmedia 2

 


RRIMniaga 1


RRIMniaga 6


Panduan Instalasi RRIMniaga 


Harap Maaf, artikel sedang dikemaskini.


Unit Pemantauan & Pembangunan Industri
Bahagian Pembangunan Industri Getah dan Jatropha (GET)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
No. Telefon: 03-88803429
Emel : atau