PENGENALANPENGUMUMANPENGAKTIFAN

Rubber IPG Apa itu Insentif Pengeluaran Getah IPG?

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah di Negara ini menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan mereka.

IPG diaktifkan apabila harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di bawah paras RM6.10 se kilogram ATAU purata bulanan harga cuplump/sekerap di bawah paras RM2.50 se kilogram.
    Contoh: Harga Purata peringkat ladang adalah RM2.00 sekilo.
    Bayaran insentif yang akan diberikan adalah RM0.50 bagi setiap kilogram.

Pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang mempunyai keluasan kebun getah kurang dari 100 ekar atau 40.46 hektar dan memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil di Semenanjung layak memohon IPG. Manakala bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak masing-masing dikeluarkan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS).

IPG boleh dituntut melalui dua (2) cara, menerusi bantuan Pelesen/Wakil Pekebun Kecil Getah atau menghantar sendiri ke pejabat LGM terdekat.
Borang permohonan IPG akan disemak, jika lengkap keratan pengesahan penerimaan borang tuntutan IPG akan diserahkan. Keratan tersebut perlu disimpan oleh pekebun kecil sebagai bukti penyerahan borang tuntutan IPG. Seterusnya permohonan akan diproses dan IPG akan bayar terus ke akaun pekebun kecil.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai IPG boleh dirujuk ke pejabat LGM berhampiran seperti talian berikut:-

Pej. LGM Wilayah Utara (Ipoh) 05-5485048
Pej. LGM Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang (Sg. Petani) 04-4484205
Pej. LGM Wilayah Tengah (Seremban) 06-7655801
Pej. LGM Wilayah Selatan (Segamat) 07-9317198
Pej. LGM Wilayah Sarawak 082-447 977 / 082-442 977 atau menerusi emel

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan initiatif Lembaga Getah Malaysia untuk membantu pekebun kecil ketika harga getah jatuh. Berikut adalah infografik ringkas berkenaan IPG.

IPG Kad

 


Infografik IPG Page 1Infografik IPG Page 2Infografik IPG Page 3Infografik IPG Page 4Infografik IPG Page 5Infografik IPG Page 6Infografik IPG Page 7

 

PENGAKTIFAN IPG BULAN MEI 2021

lgm IPG mei


 PENGAKTIFAN IPG BULAN APRIL 2021

lgm IPG

 

 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Pemantausan & Pembangunan Industri
Bahagian Pembangunan Industri Getah dan Jatropha (GET)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
No. Telefon: 03-88803429 
Emel :  atau