KENYATAAN MEDIA
LEMBAGA GETAH MALAYSIA
MAKLUMAN PENGAKTIFAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) KEPADA PEKEBUN KECIL SEMENANGJUNG, SABAH DAN SARAWAK
- Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
- Pada bulan Januari 2019, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah seperti berikut:
- Semenanjung : RM 2.00 sekilogram;
- Sabah : RM 1.70 sekilogram; dan
- Sarawak : RM 1.80 sekilogram.
- LGM ingin memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan Januari 2019 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
- Semenanjung : RM 0.50 sekilogram;
- Sabah : RM 0.80 sekilogram; dan
- Sarawak : RM 0.70 sekilogram.
- Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2019 mulai 1 Februari 2019 hingga 28 Februari 2019.
18 Februari 2019
Lembaga Getah Malaysia