mygovuc2.0 facebook Instagram new twitter  faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

Nota/Note: Artikel ini di dalam Bahasa Melayu sahaja/ This article are in Malay language only.

PENGENALANTATACARAPENGUMUMAN

TIMBER LEGALITY ASSURANCE SYSTEM (TLAS)TLAS Phone

TLAS merupakan satu inisiatif bagi mengesahkan perdagangan produk kayu-kayan Malaysia ke negara EU adalah daripada sumber yang sah. Pelaksanaan TLAS di Malaysia adalah mengikut wilayah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia: MYTLAS
MYTLAS meliputi kayu dan produk kayu yang diperoleh dari hutan asli dan ladang hutan, sama ada di Hutan Simpan Kekal, Tanah Kerajaan Negeri dan Tanah Beri Milik. Ia juga termasuk kayu getah yang dihasilkan daripada penanaman semula serta kayu yang diimport yang mematuhi peraturan import semenanjung Malaysia. MTIB merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen MYTLAS.

Sabah: Sabah TLAS
Sabah TLAS menggariskan peraturan dan syarat yang akan digunakan untuk memantau sama ada undang-undang berkaitan dipatuhi dan kayu-kayan dapat dikesan melalui rantaian bekalan. Sistem ini dikuat kuasakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah sejak tahun 2009.

Sarawak: Sarawak Timber Legality Verification System (STLVS)
STLVS merupakan system jaminan kesahan kayu yang meliputi balak yang dituai dari hutan asli serta pembuatan dan perdagangan produk kayu mengikut undang-undang dan peraturan negeri. Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) merupakan pihak berkuasa yang mengeluarkan Sijil Pematuhan STLVS.

 

Muat Turun Panduan 

MYTLAS (Peninsular Malaysia)

Harap maaf, sedang dikemaskini.


Untuk maklumat lanjut sila emelkan kepada:

Bahagian Kemajuan Industri Kayu Kayan, Tembakau dan Kenaf (KTK)
Tel: 03-80008000
Emel: