BERITA SAWIT 2021

2021



KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk mengambil lebih ramai tenaga buruh asing dari negara luar selain Indonesia, bagi mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan komoditi.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata ini kerana permintaan terhadap pekerja asing dari Indonesia adalah tinggi, terutama oleh peladang dan pengusaha berkaitan.



PETALING JAYA: Minyak kelapa sawit terus mendominasi perdagangan sektor pertanian sejak 1990 apabila menyumbang 40.7 peratus daripada perdagangan sektor itu pada 2020.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada tahun tersebut juga, Malaysia menyumbangkan masing-masing 25.8 peratus dan 34.3 peratus kepada pengeluaran dan eksport minyak kelapa sawit dunia.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 37
6 DISEMBER 2021