BERITA SAWIT 2021

2021




Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO) oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) akan membantu meningkatkan pembangunan ekonomi, sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah dan Sarawak.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Zuraida Kamaruddin, berkata inisiatif yang dilaksanakan oleh BMD itu seiring dengan langkah kerajaan memperkasakan ekonomi negeri di Malaysia sekali gus mengukuhkan industri komoditi terutama kelapa sawit.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 18
2 OKTOBER 2021

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 14
1 OKTOBER 2021


Industri sawit menyumbang sehingga RM70 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Peserta industri sawit berharap peruntukan yang lebih baik diberikan kepada industri itu dalam Belanjawan 2022 bagi memantapkan lagi daya saing industri berkenaan pada masa akan datang.
Pengarah Bahagian Sains, Alam Sekitar dan Kelestarian Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Dr Ruslan Abdullah, berkata industri sawit menyumbang kira-kira RM60 hingga RM70 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun, justeru peruntukan kepada industri itu sepatutnya setimpal dengan sumbangan pendapatannya.


Industri biojisim akan memanfaatkan sumber yang banyak tersedia bagi menjana sumber pendapatan baharu kepada negara - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempergiat usaha untuk meningkatkan penggunaan tempatan bagi produk berkaitan biojisim serta memanfaatkan potensinya dalam menjana eksport bernilai tinggi dengan jumlah pelaburan bernilai RM10 bilion dalam industri biojisim untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), memandangkan industri biojisim masih baharu di Malaysia, produk terbabit akan dijenamakan sebagai satu komponen penting dalam agenda hijau.