BERITA SAWIT 2021

2021


Stok simpanan minyak sawit Malaysia tidak akan melebihi 1.8 juta tan menjelang akhir 2021 - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research mengekalkan saranan positif ke atas sektor perladangan serantau berdasarkan jangkaan bahawa peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) melebihi paras RM3,000 dalam masa terdekat.
Memetik pandangan veteran industri, Datuk Yeo How, cabang penyelidikan Maybank Investment Bank Bhd itu berkata harga MSM dijangka kekal positif berikutan keadaan bekalan global yang terhad selain jangkaan pemulihan pengeluaran minyak sawit pada separuh kedua 2021 yang sukar direalisasikan.



Foto AGENSI


KUALA LUMPUR: Duta Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi berkata diplomasi budaya memainkan peranan penting untuk memupuk persefahaman dan memartabatkan hubungan dua hala Iran-Malaysia.
Mohammadi berkata banyak yang boleh ditawarkan oleh kedua-dua negara, contohnya Putrajaya dan Isfahan masing-masing mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dipromosikan kepada rakyat kedua-dua negara.

KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service (Moody's) menyemak naik julat sensitiviti harga minyak sawit mentah (MSM) bagi sepanjang tahun hadapan kepada RM2,800 hingga RM3,200 satu tan daripada RM2,200 hingga RM2,600 satu tan.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanannya Maisam Hasnain berkata semakan itu dibuat berdasarkan faktor gangguan bekalan, paras inventori yang rendah serta harga minyak saingan yang kukuh.




Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum menerima masuk 32,000 pekerja asing untuk sektor perladangan sawit di negara ini.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata buat masa ini, pekerja asing Indonesia sektor perladangan dibenarkan dibawa masuk terlebih dahulu manakala negara-negara sumber lain pula dalam masa terdekat.




KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan inovasi untuk mengurus dan mengawal penyakit Ganoderma yang sering dialami pokok sawit.
Penyakit Ganoderma ialah penyakit reput pangkal batang sawit yang sering dihadapi oleh industri penanaman sawit Malaysia.
Ia menyebabkan kerugian besar jika tidak dirawat pada peringkat awal.