BERITA SAWIT 2021

2021




Agensi kerajaan akan mempertingkat penggunaan mesin di ladang sawit. - Foto hiasan NSTP/ADI SAFRI


KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi sentiasa menggalakkan penggunaan penggunaan jentera dalam sektor perladangan, bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata pada masa ini sektor perladangan terutamanya kelapa sawit, sangat bergantung kepada pekerja asing dan pekerja asing mewakili 74 peratus daripada keseluruhan guna tenaga sektor itu.




KUALA LUMPUR: Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) yang dilancarkan hari ini, akan memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan berkata konsortium yang ditubuhkan bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi mekanisasi dan automasi perladangan sawit akan turut memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi seperti dron, robot serta sensor bagi operasi bersepadu dan sistematik.



PETALING JAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kini merangka beberapa perancangan strategik bagi menghadapi ketidaktentuan harga kelapa sawit tahun hadapan.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, rancangan tersebut merangkumi aspek untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama komoditi itu melalui platform antarabangsa.