mygovuc2.0 facebook Instagram new twitter  faqcontact complaintssitemapintranet pdpk 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Bil. 1/2021 yang telah diadakan secara bersemuka dan sidang video pada 26 Januari 2021 yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia. Mesyuarat tersebut telah bersetuju agar Agensi Kawal Setia (AKS) yang terdiri daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut bekerjasama dalam melaksanakan hebahan dan mempromosikan Pelan Rekalibrasi PATI melalui portal, laman web dan media sosial Kementerian dan Agensi masing-masing.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

SHAREZ IZUAN BIN MD ZAIDI

Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri (PIMI)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
Tel   : 03-8887 8366
Faks : 03-8887 8373
Emel:

PELAN REKALIBRASI PATIINFOSOALAN LAZIMMUAT TURUN