BERITA AGRIKOMODITI 2023

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata program TARGET ditubuhkan dengan cara memendekkan rantaian bekalan dan membabit mereka di peringkat penghasilan bahan getah tambah nilai serta penghasilan getah yang lebih berkualiti.

"Ia melalui Konsep Koperasi Pekebun dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan dan Pusat Pengumpulan Getah Krip (PPGK).

"Dengan cara ini 'diskaun' atau keuntungan peniaga getah dapat dipulangkan kepada mereka melalui harga belian yang lebih tinggi," kata LGM.

LGM berkata bahawa seramai 221 pekebun telah mula menerima insentif hasil dari jualan getah sejak 13 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023.

"Sejumlah RM4,500 insentif telah diagihkan kepada mereka pada 17 Ogos 2023.

"Dengan program inkubator sebegini, LGM berharap ia akan menjadi model dan rujukan agensi, syarikat dan koperasi pembeli getah untuk penghasilan getah tambah nilai krip dan bagi mendapatkan pulangan pendapatan yang lebih tinggi," katanya.

– Bernama

 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/08/1143231/program-target-tingkat-pendapatan-pekebun-kecil-lgm

Sumber : Berita Harian

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) melalui Konsep Koperasi Pekebun Dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan dan melibatkan mereka di peringkat penghasilan bahan getah tambah nilai, iaitu getah krip, melalui Pusat Pengumpulan Getah Krip (PPGK). Dengan cara ini ’diskaun’ atau keuntungan peniaga getah dapat dipulangkan kepada mereka melalui harga belian yang lebih tinggi.

Menurutnya, slah satu pelesen yang berdaftar di bawah progam TARGET telah menjalani program inkubator dibawah pemantauan LGM di Stesen Penyelidikan LGM Sg
Sari, Kedah bermula 1 Jun lalu.

“Melalui bimbingan dan khidmat nasihat teknikal daripada LGM, pelesen tersebut berjaya menghasilkan getah krip yang berkualiti. Malah jualan getah krip berkualiti ini telah membawa pulangan yang baik kepada pelesen tersebut dan sebahagian pulangan itu dikongsikan kepada pekebun kecil getah yang telah membekalkan getah sekrap mereka sebagai insentif,” kata LGM.

Katanya, seramai 221 orang pekebun kecil getah di bawah pelesen yang menjalani program inkubator tersebut telah mula menerima insentif hasil dari jualan getah sejak 13 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023.

Sejumlah RM 4,500 telah diagihkan kepada 221 pekebun kecil pada 17 Ogos 2023, insentif dari hasil jualan getah dari pekebun kecil kepada pelesen tersebut.

“Dengan program inkubator sebegini, LGM berharap program TARGET ini menjadi model dan rujukan agensi, syarikat dan koperasi pembeli getah untuk penghasilan getah tambah nilai krip dan bagi mendapatkan pulangan pendapatan yang lebih tinggi.

“LGM selaku agensi penyelidikan akan sentiasa membangunkan industri getah menerusi dasar-dasar serta program-program penyelidikan dan pembangunan yang diperkenalkan bagi meningkatkan kelestarian industri getah secara keseluruhannya,” tambah LGM. – MalaysiaGazette

 

https://malaysiagazette.com/2023/08/21/program-target-untuk-tingkatkan-pendapatan-pekebun-getah/

Sumber : Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR: Orang Utan Borneo dikategorikan sebagai spesies kritikal dan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) dengan anggaran 104,700 ekor yang masih hidup.

Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli @ Sukari, berkata laporan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 2019 menyatakan populasi Orang Utan di Sabah stabil selama 15 tahun.

"Bagaimanapun, data kajian sama menunjukkan berlaku penurunan dalam populasi Orang Utan di hutan dikelilingi ladang sawit.

"Kekurangan Orang Utan Borneo juga sering dikaitkan dengan penebangan ladang sawit di Sabah dan pemburuan haram.

"Ada pihak menjadikan isu ini sebagai 'senjata' untuk menjejaskan reputasi sawit Malaysia di pasaran global dengan menggunakan maklumat tidak tepat," katanya berucap pada majlis Sambutan Orang Utan Sedunia di Zoo Negara di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Amat Lana dan Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF), Hairulazim Mahmud.

Bagi melindungi dan memulihara spesies terancam itu, Mad Zaidi berkata, MPOGCF menjalankan program penanaman sejuta pokok bagi rehabilitasi Orang Utan di Hutan Simpan Ulu Segama Malua di Lahad Datu, Sabah.

"Program ini membabitkan kawasan seluas 2,500 hektar yang juga penting untuk pemulihan habitat gajah Borneo.

"MPOGCF turut membiayai operasi Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) bagi menyelamat dan memindahkan Orang Utan ke habitat lebih selamat," katanya.

Sejak 2010 sehingga 2020, katanya, sebanyak 61 Orang Utan berjaya diselamatkan oleh WRU dan MPOGCF turut membiayai tinjauan Orang Utan di Sabah selama dua tahun bermula tahun ini dengan dana RM1.2 juta.

Mad Zaidi berkata, usaha terbabit membuktikan industri sawit negara komited menambah populasi Orang Utan dengan sokongan kerajaan.

Jelasnya, rakyat Malaysia wajar menyokong usaha pemuliharaan Orang Utan dengan mengutamakan produk sawit yang mendapat Pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Orang Utan terbahagi kepada tiga spesies iaitu Orangutan Borneo (Pongo pygmaeus), Orangutan Sumatra (P abeli) dan Orangutan Tapanuli (P tapanuliensis).

Orangutan Borneo didapati di Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia manakala Orangutan Sumatra dan Tapanuli hanya ada di Sumatera.

 

https://pre www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1142444/industri-sawit-komited-tambah-populasi-orang-utan

 

Sumber : Berita Harian

SUNGAI SIPUT: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengenal pasti tanaman koko bagi diketengahkan sebagai tanaman komersial baharu yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, berkata bagi menjayakan hasrat itu, sebuah pusat atau kilang pemprosesan koko sudah dibangunkan di Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong, Kampung Bawong, di sini, selain pejabat Lembaga Koko Malaysia turut ditempatkan di situ.

Katanya, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut sudah mengadakan persefahaman bersama syarikat Nestle Malaysia bagi menjual dan memasarkan hasil koko Orang Asli.

"Koko adalah antara satu tanaman komersial yang cuba kita bangunkan di kawasan Orang Asli, malah di kawasan ini juga sudah ada penduduk Orang Asli yang mengusahakan tanaman itu. Bangunan (kilang) itu pun sudah siap dan dari segi operasi, di JAKOA mereka sedang 'link' (berurusan) dengan Lembaga Koko Malaysia.

"Sumber atau tanaman koko itu sendiri kita (Orang Asli) sudah ada khususnya di kawasan ini. Jadi kota tanam dan luaskan kawasan penanaman, selain meningkatkan pasaran koko yang harganya kini pun kira boleh tahan juga," katanya pada sidang media selepas merasmikan OAOSC Bawong bersempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2023 peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Rubiah berkata, tanaman koko dilihat mampu meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli yang selama ini banyak bergantung dengan sumber hutan dan juga program ekonomi tanaman yang bersifat jangka pendek.

"Kita ada komersial juga tanaman seperti getah dan kelapa sawit walaupun ia masih dalam kuantiti sedikit. Jadi dengan pengenalan tanaman koko ini, kita hendak pastikan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi Orang Asli," katanya.

 

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2023/08/1142462/perkenal-koko-sebagai-tanaman-komersial-baharu-orang-asli

 

Sumber : Berta Harian




PASARAN getah Malaysia mengakhiri kenaikan empat hari berturut-turut pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap hubungan China-Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan perintah presiden untuk menyekat sebahagian pelaburan AS dalam teknologi China, kata seorang peniaga. Langkah yang dikenakan AS bertujuan melindungi keselamatan negaranya dan menghalang modal serta kepakaran untuk membantu pemodenan ketenteraan China. Peniaga berkata, perkembangan itu menambahkan lagi ketidaktentuan di kebanyakan pasaran selain reaksi bercampur-campur terhadap data inflasi AS yang terkini dan kebimbangan kepada pertumbuhan China yang perlahan.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada Julai mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus, melebihi 3.0 peratus pada Jun, walaupun merosot sedikit berbanding ramalan konsensus sebanyak 3.3 peratus. Bagaimanapun, peniaga berkata ini bermakna Rizab Persekutuan AS mungkin menurunkan dasar monetarinya untuk menyokong pertumbuhan masa depan dan langkah ini dijangka baik untuk sentimen pasaran pada masa depan.

Harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 2.5 sen kepada 584.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal rendah 1.5 sen kepada 474.5 sekilogram. Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 berada pada 587.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 471.5 sen sekilogram. - Bernama