LATAR BELAKANG
Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah ditubuhkan pada tahun 2000 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. UAD ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha KPK. Peranan dan tanggungjawab UAD telah dikaji semula dan disesuaikan dengan perkembangan semasa selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013. Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi organisasi. |
OBJEKTIF
Objektif UAD adalah untuk membantu KPK mencapai matlamat melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan dalam semua proses kawalan dan tadbir urus. |
FUNGSI
UAD bertanggungjawab menjalankan dua (2) jenis pengauditan yang utama iaitu pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi yang dijelaskan seperti berikut; |
|||
1. | Pengauditan Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan serta arahan yang berkaitan. | ||
2. | Pengauditan Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti organisasi yang dipilih untuk menentukan matlamatnya telah dicapai serta sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. |
UNDANG-UNDANG
Punca kuasa, peraturan dan prosedur yang diguna pakai: | |||
1. | Perlembagaan Persekutuan | ||
2. | Akta Audit 1957 | ||
3. | Akta Prosedur Kewangan 1957 | ||
4. | Arahan Perbendaharaan | ||
5. | Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | ||
6. | Arahan Pentadbiran Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi |
PIAGAM PELANGGAN
UAD beriltizam memberikan perkhidmatan pengauditan yang berkualiti, cekap dan berkesan berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut: | |||
1. | Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun. | ||
2. | Mengemukakan Laporan Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun berikutnya. | ||
3. | Jawatankuasa Audit hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. | ||
4. | Salinan minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan Malaysia pada setiap suku tahun iaitu selewat-lewatnya pada 15 April, 15 Julai, 15 Oktober dan 15 Januari tahun berikutnya. | ||
5. | Melaksanakan pengauditan secara professional dan berkualiti berpandukan kepada piawaian pengauditan yang diterima umum. |
CARTA ORGANISASI
PELAN AKTIVITI
Pengauditan Kewangan |
|
||||
Pengauditan Perolehan |
|
||||
Pengauditan ICT |
|
||||
Pengauditan Prestasi |
|
||||
Pengauditan Khas |
|
||||
Pengauditan Pematuhan |
|
PENCAPAIAN KPI
Bil | Butiran KPI |
Tempoh KPI |
Sasaran KPI |
Pencapaian KPI |
Justifikasi / Penerangan |
1 |
Aktiviti Pengauditan |
2022 | 11 | 10 | UAD, KPK telah berjaya melaksanakan 9 daripada 11 aktiviti pengauditan mengikut rancangan yang diluluskan. 2 program telah digugurkan. 1 program baru telah ditambah bagi menggantikan 1 program yang digugurkan. |
2 | Laporan Tahunan | 2022 | 1 | 1 | Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran pada 31 Mac 2023 kepada pihak Perbendaharaan. |
3 | Rancangan Tahunan | 2023 | 1 | 1 | Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran pada 31 Mac 2023 kepada pihak Perbendaharaan. |
4 |
Mesyuarat JKA |
2022 | 4 | 4 | Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
|
5 |
Minit Mesyuarat JKA |
2022 | 4 | 4 | Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah dihantar ke Perbendaharaan pada tarikh seperti berikut:
|
LAPORAN UAD
HUBUNGI KAMI
Untuk pertanyaan dan urusan pentadbiran, sila hubungi:
|
![]() ![]() |
Pentadbir Kandungan Laman Web: |