LATAR BELAKANGOBJEKTIFFUNGSI BAHAGIANPIAGAM PELANGGANCARTA ORGANISASIKPI & PENCAPAIANOACP KPKMILESTONE UNIT INTEGRITI 2021

LATAR BELAKANG


ui pengenalanMPIC telah menerima arahan penubuhan Unit Integriti pada 1 Ogos 2013 berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013. Unit Integriti KPK dikategorikan sebagai Model B (Berisiko Sederhana). Penubuhan unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika warga KPK

Setiap aduan yang dikemukakan akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) 2010.

Pautan kepada  AKTA 711.

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.

 

FUNGSI DAN PERANAN

1. Pengukuhan Integriti

Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian integriti dalam organisasi

2. Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran integriti pegawai awam

3. Pengesanan dan Pengesahan

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti. Salah laku bersifat jenayah hendaklah dilaporkan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab

4. Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib

5. Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap sistem dan prosedur kerja serta mencadangkan penambahbaikan

6. Tadbir Urus

Memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif

 

PIAGAM PELANGGAN


1. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
2. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integeriti dalam organisasi;
3. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
4. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
5. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; dan
6. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.


 

CARTA BM

 

 PROGRAM/ AKTIVITI 2022

TARIKH

PROGRAM/AKTIVITI

4 Januari 2022

 Mesyuarat Unit Integriti Bil.1/2022

7 Januari 2022

 Mesyuarat Unit Integriti KPPK Bersama Ketua-ketua Unit Integriti Agensi dan Majlis Bil.1/2022

13 Januari 2022

Taklimat Pelaporan OACP kepada PPK

25 Januari 2022

Perbincangan penyediaan e-book OACP KPPK 2021-2026 bersama syarikat Evolutive Transcending Reality

10 Februari 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat KPPK Bil.1/2022

18 Februari 2022

 Sesi Perkongsian Ilmu Bil.4/2022- "Keluarga Sejahtera, Produktiviti Kerjaya Meningkat"

(Program Kerjasama Unit Latihan & Kaunseling, BPSM dan UI, KPPK"

21-25 Februari 2022

 Naziran Tadbir Urus Agensi ke LKM, Sabah

25 Februari 2022

Webinar Pengukuhan Integriti Bil. 1/2022 -"Program #JOMSOLAT"
7-11 Mac 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Wilayah Utara

11 Mac 2022

Webinar Pengukuhan Integriti Bil.2/2022 - "Menjaga Integriti Dalam Normal Baharu"

21- 25 Mac 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Sarawak

1 April 2022

Program Ihya' Ramadhan

- Edaran e-mel  'Kit Ramadhan'

1 April 2022

Sembang-sembang Mengenai Puasa@BPSM

4-26 April 2022

Tadarus al-Quran Peringkat KPPK 2022

6 April 2022

Webinar Ramadhan Kareem 2022

"Puasa Dari Perspektif Pemakanan"

20-21 April 2022

Pembukaan Kaunter Zakat Fitrah

27 April 2022

Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Peringkat KPPK

27 April 2022

Tazkirah Eid Fitri

"Dari Ramadhan Ke Syawal"

28 April 2022

Edaran e-mel "Kit Syawal"

8 Jun 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat KPPK Bil.2/2022

20-24 Jun 2022 

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Sabah
5 Julai 2022

Program Pengukuhan Sahsiah : Fiqh An-Nisa'

14-16 Julai 2022

Program Jalinan Mahabbah KPPK 2022 

Bersama MPB, Kuching, Sarawak

24-29 Julai 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi Ke Pahang

19 Ogos 2022

Program Pengukuhan Siasah: sempena bacaan Yaasin

"Hijrah dan Merdeka"

17-19 Ogos 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Kota Bharu, Kelantan
29-30 Ogos 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi Ke Tawau, Sabah

7-9 September 2022

Kursus Pengurusan Perolehan (Naziran) di Melaka
19 September 2022

Program Minda Berintegriti: Diri Dinilai, Keluarga Dibelai (Program Kerjasama UI & AKRAB)

26-30 September 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Sandakan, Sabah

10 Oktober 2022

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di WTC Kuala Lumpur (Penyertaan Kontigen)

12 Oktober 2022

Mesyuarat Unit Integriti Bil.2/2022

19-21 Oktober 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Miri, Sarawak

26-28 Oktober 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Bintulu, Sarawak

8-10 November 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Johor

29-30 November 2022

Naziran Tadbir Urus Agensi ke Sarawak

7 Disember 2022

Program Pengukuhan Integriti "Keluarga Pemangkin Integriti"

13 Disember 2022

Mesyuarat Unit Integriti Bil.3/2022
Jan-Dis 2022

Infografik Agama dan Integriti (Laman Intranet dan edaran emel warga Kementerian)

Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)

 

OACP 2021 2026 RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPPK
2021-2026
 MUAT TURUN
COVER BM E BOOK PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPPK
2021-2026
(AKAN MENYUSUL)
 

 

 

# NAMATahun/ Versi/ TempohPenerbit/ BahagianMuat Turun
1. Integriti Milestone 2021 MILESTONE UNIT INTEGRITI 2021 2021 Unit Integriti, KPPK  Muat Turun 

   

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada :

Ketua Unit,
Unit Integriti
Kementerian Perladangan dan Komoditi

Emel : ui[@]kpk[.]gov[.]my