FUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI
Latar Belakang Bahagian
- Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL) telah distruktur semula selepas penjenamaan Kementerian Perusahaan Utama (KPU) kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada tahun 2004.
- Bahagian IKL memainkan peranan penting dalam memajukan industri koko dan lada di peringkat dalam dan luar negara.
Fungsi dan Peranan Bahagian
- Mengkaji dasar, strategi, program, undang-undang serta peraturan sedia ada selaras dengan keperluan semasa industri koko dan lada.
- Memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).
- Menyelaras dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi industri koko dan lada yang dijalankan oleh MPI, Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB)
- Mengelola dan menyertai misi-misi galakan teknikal dan perdagangan.
- Menghadiri persidangan, seminar dan bengkel di peringkat nasional dan antarabangsa
- Mengemaskini maklumat berkaitan dengan industri koko dan lada bagi tujuan membantu penggubalan, perancangan dan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan industri berkenaan.
- Mengawasi perkara-perkara am yang dijalankan oleh LKM dan MPB agar selaras dengan Peraturan dan Undang-undang, Pekeliling dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
- Memantau dan merangka strategi dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan halangan dagangan dan bukan dagangan yang dikenakan ke atas industri koko dan lada
- Menyertai Pertubuhan Antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia seperti berikut: i. International Cocoa Ornization (ICCO) ii. International Pepper Community (IPC) iii. ASEAN Cocoa Club (ACC)