KUALA LUMPUR, 15 April -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media hari ini berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah US$68 bilion (US$1= RM4.34) pada tahun 2018, bagaimanapun, sumbangan eksport industri berasaskan buluh negara masih rendah iaitu sekitar RM9 juta pada 2019.
KUALA LUMPUR: Industri perkayuan berasaskan buluh dan industri pemprosesan makanan daripada rebung pastinya memberi pulangan ekonomi serta peluang pekerjaan yang baik disamping dapat memelihara kelestarian alam sekitar.Seorang pemerhati pasaran buluh negara dan bekas wartawan Shukri Rahman berkata buluh sebagai tanaman komoditi bukan sahaja mempunyai ketahanan tinggi terhadap makhluk perosak dan penyakit mala mampu menyerap empat kali lebih banyak karbon dioksida serta melepaskan kira-kira 35% lebih tinggi oksigen berbanding tanaman lain.
News Straits Times Page 5
Sumber: Berita Harian mukasurat 38
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menegaskan bahawa tidak ada kekurangan bekalan sarung tangan perubatan di negara ini.Presidennya Denis Low, berkata pihak industri mampu menghasilkan 230 bilion keping pada tahun ini dan tidak sepatutnya ada khabar angin atau maklumat palsu kononnya, bekalan sarung tangan perubatan dan pembedahan sedang berkurangan di pasaran tempatan.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 0.08 peratus daripada jumlah semasa pengeluaran getah negara digunakan dalam penurapan jalan menggunakan teknologi berasaskan getah – Bitumen Sekerap Terubahsuai (CMB) – pada 2019.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Wee Jeck Seng, berkata secara anggarannya sebanyak 400 hingga 500 tan getah digunakan bagi penurapan jalan raya menggunakan teknologi CMB dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta.
PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) menyumbang sebanyak 1 juta sarung tangan getah perubatan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata sarung tangan getah itu turut disumbangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diagihkan kepada agensi di bawahnya berjumlah 2.5 juta dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/540105/18-juta-sarung-tangan-klinikal-ke-chinaSumber: hmetro.com.my/ Noor Atiqah Sulaiman/
KERAJAAN menyumbang 18 juta sarung tangan klinikal untuk digunakan pegawai perubatan di Wuhan, China yang kini dilanda wabak koronavirus baharu (2019-nCoV).Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, sumbangan itu seiring hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia menghantar bantuan ke Wuhan jika dibenarkan kerajaan China.“Pada masa ini, hospital di Wuhan merayu bantuan keperluan perubatan seperti penutup muka, sut dan sarung tangan klinikal.
KUALA LUMPUR - Supermax Corporation Bhd akan menyumbang sebanyak dua juta pasang sarung tangan gred perubatan ke Wuhan, China bagi membantu usaha pekerja penjagaan kesihatan tempatan menangani wabak 2019 novel koronavirus (2019 - nCoV).
Pengeluar sarung tangan getah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, sumbangan tersebut adalah tambahan kepada satu juta sarung tangan yang telah diedarkan oleh pejabat tempatannya di sana dan pengedar di China.Supermax berkata, ia akan menghantar satu juta pasang sarung tangan ke Wuhan hari ini menerusi penerbangan carter khas yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), manakala bakinya akan dihantar ke bandar raya yang terletak di bahagian tengah China itu pada penerbangan carter seterusnya yang dijadualkan pada 5 Februari.
PUTRAJAYA - Sebanyak 3.7 juta sarung tangan klinikal dan 20,000 sut pelindung perubatan dihantar ke China.Presiden Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China, Tan Sri Ong Tee Keat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2.3 juta pasang sarung tangan sedia berlepas ke negara itu malam nanti.
PUTRAJAYA – Kesemua 40 pemain industri pengeluar sarung tangan getah di negara ini telah bersetuju untuk menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan dalam sektor itu kepada warga tempatan.
BALING - Sebanyak 80 peratus dari jumlah keseluruhan 400,000 penoreh getah seluruh negara tidak membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jumlah penoreh yang membuat tuntutan sangat rendah hanya sekitar kira-kira 20 peratus.Menurutnya, kegagalan penoreh menuntut IPG menyebabkan pendapatan mereka tidak dapat distabilkan."Sebanyak 80 peratus penoreh tidak membuat tuntutan menyebabkan pendapatan mereka tidak dapat distabilkan dan mencapai matlamat kerajaan," katanya ketika meninjau Pusat Belian Getah Sekerap, Kampung Luar, Siong hari ini.
CHUKAI: Golongan belia disaran melibatkan diri sebagai pekebun dan penoreh dengan menghasilkan lateks atau susu getah bagi memperoleh pendapatan yang lebih baik serta mengurangkan kebergantungan negara kepada pengimportan bahan itu.
KUALA LUMPUR: AT Systematization Bhd (ATS), meneroka industri sarung tangan getah menerusi pengambilalihan Pearl Glove Sdn Bhd, pengeluar produk berkenaan yang memiliki kilang di Sungai Petani, Kedah.ATS baru-baru ini, mengumumkan ia sudah memeterai perjanjian penjualan saham untuk membeli 100 peratus kepentingan Pearl Glove pada harga RM22 juta.Syarikat itu akan serta-merta menyertai industri sarung tangan menerusi pembelian ke atas pengendali sarung tangan siap guna itu, yang membuat sarung tangan perindustrian dan keselamatan, menurut ATS dalam kenyataan di Bursa Malaysia.
DEWAN Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China menyumbang 3.75 juta sarung tangan klinikal dan 20,000 sut pelindung untuk kegunaan perubatan sebagai simbol solidariti kepada China yang sedang berhadapan dengan penularan wabak novel koronavirus.
SIK: Pembeli getah berlesen disaran membantu pekebun kecil dan penoreh memproses kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) bagi memudahkan proses tuntutan melalui atas talian dibuat.
Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sistem atas talian yang diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) iaitu eR1 perlu diperluaskan kepada semua pembeli berlesen.Katanya eR1 merupakan aplikasi atas talian yang merekod dan memproses semua transaksi secara automatik termasuk tuntutan IPG.
PERSATUAN Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) menegaskan bekalan sarung tangan perubatan di negara ini mencukupi.Presidennya Denis Low berkata, pihak industri mampu menghasilkan 230 bilion keping pada tahun ini dan tidak sepatutnya ada khabar angin atau maklumat palsu kononnya, bekalan sarung tangan perubatan dan pembedahan sedang berkurangan di pasaran tempatan.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 39
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua dari kanan) mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Jabatan (Kejuruteraan) Sarel Ismail (kiri) semasa mengadakan lawatan ke kilang Texas Instruments Electronics Sdn Bhd dekat Batu Berendam hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Texas Instruments Electronics Malaysia Sdn Bhd Subbah Rao (kanan). - Foto BernamaMELAKA - Isu berkaitan buruh paksa yang dihadapi syarikat tempatan, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove), pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, akan diperjelaskan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan eksport bekalan produk itu tidak terganggu ketika dunia sedang menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19).
KEMENTERIAN Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) mengenal pasti tempoh operasi pusat pembelian dan pengilang getah dari 7 pagi hingga 5 petang sebagai kurang efektif.Sehubungan itu, MPIC mencadangkan semua pihak terbabit dengan industri getah beroperasi sepenuhnya dari 7 pagi hingga 10 malam bagi mengelak berlakunya masalah penjualan hasil torehan dan gangguan sektor berkenaan.
PERSATUAN Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memaklumkan China kini meminta penghantaran segera bagi sarung tangan perubatan.Presidennya, Denis Low berkata, pihaknya yakin ahli persatuan dapat memenuhi permintaan berkenaan dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran masing-masing.“Saya percaya ahli MARGMA akan lakukan yang terbaik dalam memastikan keperluan berkenaan dapat dipenuhi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
GEMAS: Sejumlah 21 juta sarung tangan akan diagih kepada pasukan dan agensi petugas barisan hadapan yang terbabit menangani wabak COVID-19.Timbalan Menteri II Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC), Willie Mongin, berkata sarung tangan itu adalah sumbangan mereka yang terbabit dalam industri getah tempatan.
PUTRAJAYA, 1 April -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menerima sejuta sarung tangan getah bagi membantu jabatan itu dalam usaha memerangi wabak COVID-19. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata sumbangan itu akan digunakan anggota bomba khususnya dalam operasi sanitasi di kawasan awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). "Sehingga semalam operasi sanitasi telah dilaksanakan di 85 kawasan oleh JBPM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.5 juta sarung tangan getah diterima Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti (KPPK) untuk kegunaan petugas barisan hadapan kementerian itu, hari ini.Sumbangan berkenaan diterima Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang disampaikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali di KDN, Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 18 April -- Ahli-ahli ekonomi mengunjurkan Malaysia bakal menguasai 65 peratus bahagian pasaran sarung tangan getah dunia tahun ini meningkat tiga peratus daripada 62 peratus sekarang, kata Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.Ini berikutan jangkaan lonjakan permintaan terhadap sarung tangan getah perubatan susulan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, katanya.
KUALA LUMPUR: Golongan penoreh masih dibenarkan bekerja seperti biasa, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Serentak itu, katanya, pusat pembelian getah yang tutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah beroperasi semula bagi membantu penoreh menjual hasil torehan mereka.
ALOR GAJAH: Penoreh dan pembeli getah di sini lega apabila kerajaan membenarkan mereka beroperasi semula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove), antara pengeluar sarung tangan terbesar dunia menjangkakan kekurangan bekalan susulan peningkatan permintaan dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), melampaui kapasitinya disebabkan penularan COVID-19.
Syarikat itu melanjutkan tempoh penghantarannya untuk menampung peningkatan permintaan, kata Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai dalam temubual menerusi telefon bersama Reuters pada Jumaat.
KUALA LUMPUR - Getah menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.
KUALA NERUS: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyat di negara ini bermula 18 Mac lalu sepatutnya bakal berakhir 31 Mac ini.
PUTRAJAYA, 21 Julai - Kebanyakan tuduhan yang dibuat dalam laporan mengenai pengharaman import sarung tangan getah Malaysia oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini adalah tidak berasas.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, perkara tersebut dikenal pasti selepas beliau mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja membuat siasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut.Beliau menyatakannya selepas mengadakan perjumpaan bersama syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah di Putrajaya.
PUTRAJAYA - Siasatan Jabatan Tenaga Kerja terhadap syarikat pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) atas alasan menggunakan khidmat buruh paksa, mendapati dakwaan itu adalah tidak berasas.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sebelum Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terhadap Top Glove, satu operasi menggabungkan pasukan petugas khas Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilakukan di ibu pejabat Top Glove di Meru, Klang, pada 13 Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Majlis Getah Malaysia (MRC) akan menubuhkan dana khas berjumlah RM36 juta bagi menggalakkan industri hiliran terutamanya sektor pengeluaran sarung tangan getah mengambil lebih ramai pekerja tempatan.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata penubuhan dana itu adalah sejajar dengan dasar baharu kerajaan yang mengutamakan pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing."Kita sediakan subsidi upah sebanyak RM300 untuk seorang warga tempatan bagi tempoh 12 bulan, yang diambil bekerja di dalam sektor hiliran ini.
KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia pada Februari 2020 telah meningkat sebanyak 13.1 peratus iaitu 51,852 tan metrik berbanding Januari 2020 berjumlah, 45,827 tan metrik.Walau bagaimanapun, pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2020 menurun 29.2 peratus kepada 46,881 tan metrik berbanding 66,232 tan metrik pada Januari 2020.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan antara tahun ke tahun pada Februari 2020 menunjukkan pengeluaran getah asli turut menurun sebanyak 20.6 peratus.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Eksport getah asli Malaysia berjumlah 38,587 tan pada Jun 2020 meningkat sebanyak 14.2 peratus daripada 33,780 tan pada Mei 2020, menurut Jabatan Perangkaan.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata destinasi utama eksport getah asli ialah China iaitu 68.1 peratus daripada jumlah eksport pada Jun 2020 diikuti Finland (4.2 peratus), Jerman (3.8 peratus), Amerika Syarikat (2.9 peratus) dan Taiwan (2.7 peratus).
Sumber : Berita Harian, Ms 3515 Disember 2020
KUALA LUMPUR: Eksport getah asli Malaysia pada Februari meningkat sebanyak 13.1 peratus kepada 51,852 tan metrik berbanding 45,827 tan metrik pada Januari.Bagaimanapun, pengeluaran getah asli pada Februari menurun 29.2 peratus kepada 46,881 tan metrik berbanding 66,232 tan metrik pada Januari.Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan antara tahun ke tahun pada Februari 2020 menunjukkan pengeluaran getah asli turut menurun sebanyak 20.6 peratus.
Harga purata bagi lateks pekat merekodkan peningkatan kepada 467.71 sen sekilogram - Foto Bloomberg
KUALA LUMPUR: Eksport getah asli Malaysia turun enam peratus kepada 42,658 tan metrik pada Ogos 2020 berbanding 45,386 tan metrik pada Julai 2020 dengan China menjadi destinasi eksport terbesar, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Destinasi utama eksport getah asli adalah China dengan 46.8 peratus daripada jumlah eksport pada Ogos 2020 diikuti Jerman (10.1 peratus), Finland (4.3 peratus), Iran (3.0 peratus) dan Turki (2.4 peratus), kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan.
Eksport sarung tangan getah negara merekodkan peningkatan signifikan sebanyak 14.6 peratus pada Oktober. - GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR: Eksport sarung tangan getah negara merekodkan peningkatan signifikan sebanyak 14.6 peratus atau RM600 juta kepada RM4.4 bilion Oktober lalu berbanding RM3.8 bilion yang dicatatkan pada September.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan United Kingdom (UK) terus kekal sebagai antara negara tertinggi destinasi eksport produk sarung tangan getah.
Sumber : Berita Harian, Ms 1610 November 2020
MOHD Khairuddin menyampaikan bantuan kepada asnaf pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf dan B40 Pekebun Kecil di Felcra Kampung Kok, Langkawi.
Langkawi: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyediakan geran sebanyak RM300,000 bagi setiap koperasi dianggotai pekebun kecil sebagai galakan mereka menceburi bidang perniagaan getah krip (crepe rubber).
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu berupaya meningkatkan peranan dan taraf ekonomi pekebun kecil getah di negara ini.
"Bagi merealisasikannya, kementerian bersedia memberikan geran RM300,000 kepada koperasi untuk membeli mesin memproses getah sekerap kepada getah krip.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) mempergiat usaha menarik lebih ramai pekebun kecil supaya membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) terutama ketika harga getah merosot.
Timbalan Menterinya, Willie Mongin berkata,ketika ini bilangan pekebun kecil yang membuat tuntutan agak kecil dan sebagai contoh, kurang dua peratus dalam kalangan mereka berbuat demikian di Sarawak.Beliau berkata berdasarkan pemilikan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G), pekebun kecil negeri itu berjumlah 57,108 atau 12.5 peratus daripada keseluruhan PAT-G Malaysia.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1740006Sumber: Bernama.com | Tarikh kemaskini: 27/06/2019
KUALA LIPIS, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti harga lantai getah bagi menetapkannya pada paras lebih tinggi dalam usaha membantu pendapatan para pekebun kecil yang menghadapi ketidaktentuan harga komoditi itu.
Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata usaha itu juga selaras dengan kemampuan kerajaan untuk melaksanakannya pada masa akan datang.
"Buat masa ini kita sedang meneliti semua cadangan kerana saya hendak maklumkan di sini bukan sahaja getah kita juga berhadapan dengan cabaran komoditi lain seperti kelapa sawit, lada hitam dan putih.
"Jadi, perlu ada satu kaedah jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh dan buat masa ini kita hanya mampu memberi komitmen RM2.50 yang diharapkan dapat dinaikkan," katanya.
Shamsul Iskandar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pekebun Kecil Getah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Garang Abdul Samad di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia, Kameruzaman Ab Rahman dan Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Shamsudin Atan.
Shamsul Iskandar berkata kementeriannya juga berharap lebih ramai pekebun kecil getah menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diwujudkan oleh kerajaan sejak tahun 2015.
"Insentif ini adalah mekanisme sokongan harga di mana IPG akan diaktifkan apabila purata harga bulanan getah gred SMR 20 pada bulan sebelumnya kurang daripada RM6.10 sekilogram atau harga di ladang untuk getah sekerap RM2.50 sekilogram.
"Sehingga 30 April 2019, sebanyak RM164.7 juta telah dibayar untuk IPG di seluruh negara manakala bagi negeri Pahang sahaja, RM11.7 juta dibayar kepada pekebun kecil yang membuat tuntutan," katanya.
Beliau berkata sistem terbaru secara dalam talian juga kini sedang diuji bagi memudahkan pekebun kecil getah menjual getah dan menuntut IPG pada masa akan datang.
"Kita berharap tuntutan IPG ini akan dapat ditingkatkan sekali ganda dalam kalangan pekebun kecil, apatah lagi dengan adanya sistem online(dalam talian) tu nanti," katanya.
-- BERNAMA
Sumber : Berita Harian, Ms 39
KUALA LUMPUR: Industri komoditi tempatan terutama pengeluaran sarung tangan getah sangat memerlukan pekerja tambahan dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat ketika ini, demikian kata peserta industri.
Naib Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Dr Supramaniam Shanmugam, berkata pengeluar sarung tangan getah di negara ini memerlukan kira-kira 25,000 pekerja tambahan bagi memenuhi permintaan global yang meningkat.
KUALA LUMPUR, 5 Mei - Industri sarung tangan getah kuasai 65 peratus pasaran dunia tahun ini kesan daripada pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Datuk Dr Zairossani Mohd Nor, lonjakan permintaan itu datang dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Mengulas mengenai penurunan merudum harga getah, jelasnya Lembaga Getah telah merangka pelan pemulihan bagi sektor terjejas untuk memulakan operasi seperti biasa.
Ia termasuklah pemberian bantuan insentif secara menyeluruh selain mempermudah penyampaian Bantuan Prihatin Rakyat.
KUALA LUMPUR, 2 Mei -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi April 2020 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah serta Sarawak yang membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran berdasarkan pengeluaran pada April.Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini, pengaktifan itu berikutan harga purata getah peringkat ladang pada April 2020 bagi getah sekerap berada pada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, RM1.35 sekilogram di Sabah dan RM1.50 sekilogram di Sarawak.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga sokongan getah sekerap melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM4 berbanding RM2.50 sekilogram ketika ini.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata ketika ini tuntutan IPG setiap tahun saja sudah mencecah RM100 juta."Harga IPG ini kita aktifkan ketika harga semasa untuk getah sekerap di bawah paras RM2.50, kita akan aktifkan (harga) kepada RM2.50, itu yang kita gunakan sekarang ini sebagai hadiah kerajaan kepada penoreh getah.
PUTRAJAYA, 16 April - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) mengalu-alukan langkah proaktif Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan yang memberi insentif tambahan RM0.50 sekilo terhadap harga getah.Timbalan Menterinya, Willie Mongin berkata, inisiatif ini akan membantu meringankan beban dan meningkatkan pendapatan para pekebun kecil getah di Sarawak.Penambahan itu menjadikan jumlah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) meningkat kepada RM1.90 satu sekilo.Jelasnya, ini membuktikan gandingan kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan komited dalam usaha membela nasib rakyat.
KUALA LUMPUR, 6 April -- Pekebun kecil boleh membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mac 2020 mulai 1-30 April, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM).LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata, bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung ialah 55 sen, manakala Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak 90 sen dan 70 sen untuk setiap kilogram.
KUALA LUMPUR, 18 April — Mekanisma Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah satu bentuk penyelesaian jangka masa panjang bagi membolehkan pekebun kecil dapat memperoleh pendapatan yang lebih stabil, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).Ketua Pengarahnya Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata kerajaan menyedari bahawa harga getah akan turun dan naik bergantung kepada pasaran dunia, justeru itu bagi memastikan pekebun kecil terus menoreh walaupun harga getah rendah, kerajaan telah menyediakan satu mekanisma untuk menyokong harga,
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kebelakangan ini isu pencemaran daripada kilang-kilang produk berasaskan getah telah mendapat perhatian umum berikutan beberapa aduan telah dilaporkan. Pencemaran yang tidak terkawal ini boleh menjejaskan alam sekitar dan membahayakan kesihatan dan kehidupan air khususnya yang melibatkan pencemaran sungai. Maka pengurusan efluen perlu diuruskan secara efektif dan efisyen oleh semua kilang melalui peraturan berkaitan yang berkuatkuasa.
Jiankun International Bhd
PETALING JAYA, 22 Dis -- Pemaju hartanah Jiankun International Bhd menceburkan diri dalam pengeluaran getah nitril seiring peningkatan industri sarung tangan getah menerusi kerjasamanya dengan Chuanplus Industries Sdn Bhd.Rakan kongsi tersebut akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) untuk membina kilang pengeluaran di Klang, Selangor, dengan pelaburan berjumlah RM120 juta.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Gambar fail)
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Kabinet pada Jumaat lepas bersetuju dengan cadangan untuk memperluaskan penggunaan teknologi penurapan jalan Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) bagi pembinaan dan penyenggaraan jalan raya di seluruh negara yang didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata perluasan penggunaan teknologi CMB adalah antara usaha untuk mengurangkan impak kejatuhan harga terhadap pendapatan 500,000 pekebun kecil di negara ini khususnya, berikutan pandemik COVID-19 melalui peningkatan permintaan terhadap bekalan getah domestik.
KUALA LUMPUR – Kajian mengenai realiti sebenar isu buruh paksa dan menggaji kanak-kanak di Malaysia akan dihantar ke ke Jabatan Buruh Amerika Syarikat (DOL) secepat mungkin.Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kajian terhadap isu itu telah dimuktamadkan dan diperakui Kabinet itu diharap akan dapat menerangkan situasi sebenar mengenai dakwaan itu.“Kajian itu antara lain memperakui bahawa berlakunya buruh paksa di Malaysia tetapi dengan kuantiti (jumlah kes) yang sangat kecil.
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Keputusan kerajaan untuk membenarkan sektor agrikomoditi beroperasi penuh melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat mengelak sumber pendapatan pekebun kecil menyusut dan membendung pertumbuhan ekonomi daripada terencat, menurut Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata langkah itu turut membantu mengelak pendapatan perniagaan dan individu daripada terjejas, sekali gus menghindari kebanyakan perniagaan daripada terpaksa ditutup.
PADANG TERAP: Projek Kedah Rubber City (KRC) dijangka menarik pelaburan bernilai RM10 bilion menjelang 2030, sekali gus menyumbang sebanyak RM2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata KRC meliputi kawasan seluas lebih 500 hektar berpotensi mewujudkan sebanyak 14,500 peluang pekerjaan membabitkan pelbagai peringkat kepakaran.Katanya, pembangunan KRC membabitkan tujuh kluster diharapkan bakal meningkatkan permintaan getah mentah bagi pengeluaran produk bernilai tinggi.
PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Pada hari ini, 20 Mei 2020, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah sehingga Mac 2020.
IPG merupakan salah satu bentuk bantuan khas yang diberikan oleh Kerajaan bagi menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan pekebun kecil getah supaya mereka terus menjalankan aktiviti penorehan bagi menyokong industri getah negara.
IPG mula dilaksana sejak September 2015 dengan Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG terkini pada harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 sebanyak RM6.10 sekilogram atau harga getah sekerap (cuplump) sebanyak RM2.50 sekilogram. IPG akan teraktif apabila harga purata bulanan SMR20 atau cuplump di bawah PHP tersebut. Pekebun kecil akan dibayar IPG berdasarkan perbezaan harga PHP dan harga semasa cuplump. Bagi tempoh September 2015 sehingga Mac 2020, Kerajaan telah membuat pembayaran IPG sebanyak RM282.3 juta bagi 462.7 juta kilogram getah merangkumi 2.0 juta tuntutan di seluruh Malaysia. Pekebun kecil yang layak menuntut IPG perlu memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang mana sehingga bulan Mac 2020, sebanyak 456,421 kad PAT-G telah didaftarkan di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, Kementerian mendapati bahawa pekebun kecil yang menuntut IPG adalah rendah dan dianggarkan secara purata hanya 12.4% sahaja. Sehubungan itu, Kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperkasa dan menambahbaik mekanisme IPG agar hasrat Kerajaan untuk membela nasib pekebun kecil lebih terbela di bawah Kerajaan yang prihatin.
Dalam hal ini, LGM sedang giat mempromosikan penggunaan RRIMNIAGA di kalangan pembeli getah berlesen bagi memudahkan pekebun kecil. Mereka tidak perlu lagi menuntut IPG kerana semua transaksi penjualan dan pembelian getah akan direkodkan di dalam pangkalan data LGM. Rekod tersebut akan disemak oleh LGM dan sekiranya layak, IPG akan terus disalurkan ke dalam akaun pekebun kecil.
Dengan adanya penggunaan teknologi seperti ini secara meluas, adalah dijangkakan pekebun kecil akan banyak menerima manfaat sejajar dengan hasrat Kementerian untuk memperkasa pekebun kecil dan membangunkan industri getah negara ke tahap yang lebih tinggi. YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 20 MEI 2020 PUTRAJAYA
SUMBER: KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Nama: Siti Hajar binti ZulkeflePegawai Komunikasi Strategik IIUnit Komunikasi Korporat (UKK)Tel: 03-8880 3381/017-3915951Faks: 03-8887 8205Emel: --BERNAMA
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13429Sumber: bernama.com
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Pemilik ladang atau pekebun kecil yang memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah atau PAT-G, diberi kelonggaran keluar bekerja dalam tempoh PKP.Turut diberi kelonggaran adalah pembeli getah berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia, LGM.
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bagi pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), saya mengalu-alukan langkah proaktif Kerajaan Negeri Sarawak yang telah membantu pekebun kecil dengan memberi insentif tambahan RM0.50/kg terhadap harga getah, menjadikan jumlah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) meningkat kepada RM1.90/kg. Inisiatif ini sudah tentu akan membantu meringankan bebanan dan meningkatkan pendapatan para pekebun kecil getah di Sarawak. Ini juga membuktikan gandingan kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan benar serius membela nasib rakyat.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1809771Sumber: bernama.com/ Tarikh kemaskini: 28/01/2020KUALA LUMPUR, 28 Jan -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memberi jaminan bahawa ahli-ahlinya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan bekalan sarung tangan perubatan yang mencukupi di tengah-tengah penularan wabak 2019 novel koronavirus di Wuhan, China.
Presidennya Denis Low berkata memandangkan China meminta lebih banyak penghantaran segera alat perlindungan itu, ahli-ahli MARGMA sedang meningkatkan pengeluaran bagi menampung keperluan dalam usaha membendung penularan koronavirus.
KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Kossan Rubber Industries Bhd (KOSSAN) menerusi bahagian amalnya, Yayasan KOSSAN telah berikrar untuk mendermakan sebanyak dua juta keping sarung tangan perubatan bagi menyokong pihak berkuasa Malaysia memerangi pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR, 1 April -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyumbang sebanyak 4.5 juta sarung tangan getah kepada petugas barisan hadapan dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata daripada jumlah itu sebanyak 2.5 juta disumbangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diagihkan kepada semua agensi di bawahnya, dan sebanyak sejuta sarung tangan kepada petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PUTRAJAYA, 29 Jun - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang mengkaji langkah penyelesaian berhubung isu penutupan sebuah kilang getah di Kuala Berang, Terengganu.Menurut Menterinya, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, penutupan kilang MARDEC Processing Sdn Bhd itu akan memberi impak kepada aktiviti pengeluaran dan pemprosesan getah yang melibatkan pekebun-pekebun kecil sekitar Hulu Terengganu.Menerusi kenyataan media, penutupan kilang yang mempunyai kapasiti memproses lebih 2 ribu tan sebulan itu juga akan memberi kesan kehilangan pekerjaan kepada lebih 110 orang.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) tidak akan berkompromi dengan pengilang yang melanggar peraturan ditetapkan terutama syarikat yang diberi kelonggaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia susulan isu pencemaran daripada kilang-kilang produk berasaskan getah yang telah mendapat perhatian umum berikutan beberapa aduan sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pengilang yang melanggar peraturan yang ditetapkan terutama syarikat yang telah diberi kelonggaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SERAMAI 9,723 pekebun kecil getah di Melaka digesa berpindah kepada penghasilan susu getah atau lateks kerana ia mampu melonjakkan pendapatan sebanyak 30 peratus.Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bersedia membawa Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) membeli lateks daripada pekebun kecil, asalkan mereka bersedia melakukan anjakan dalam pengeluaran hasil komoditi itu.Pengarahnya, Amirul Rasyidin Hasan Basri berkata, pekebun kecil tidak boleh lagi bergantung kepada pengeluaran getah beku sebagai produk utama kerana bahan berkenaan tidak mampu memperoleh permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang mempergiat usaha menarik lebih ramai pekebun kecil untuk membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) terutama ketika harga getah rendah termasuk di Sarawak.Dianggarkan tidak sampai 2% pekebun kecil Sarawak yang menuntut insentif berkenaan. Berdasarkan pemilikan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G), pekebun kecil di negeri itu adalah seramai 57,108 atau 12.5% daripada keseluruhan PAT-G Malaysia.
KOTA KINABALU, 29 Dis -- Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) lebih RM37 juta kepada 61,762 pekebun kecil getah negeri ini, yang terkesan akibat cuaca hujan akhir tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu berkata, menerusi BMT setiap pekebun kecil itu akan menerima RM600 dan agihan telah dimulakan pada Rabu lepas.
KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengaktifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Februari dan Mac untuk membantu meringankan beban kejatuhan harga komoditi itu dalam kalangan pekebun.
Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Seri Wee Jeck Seng, berkata harga getah bagi kedua-dua bulan itu jatuh menyebabkan kerajaan membenarkan perlanjutan masa bagi penghantaran borang tuntutan Februari hingga 20 April ini.
LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) komited memastikan lebih ramai pekebun kecil membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi meringankan kesan kejatuhan harga getah ketika ini.Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata, pihak sudah mempergiat usaha menghebahkan kewujudan IPG kepada masyarakat umum terutamanya pekebun kecil dan pelesen.Katanya, jumlah pembayaran IPG setakat 31 Mei adalah sebanyak RM317.9 juta membabitkan lebih 130,000 pekebun kecil di seluruh negara."Sehingga kini seramai 311,758 pekebun di Semenanjung berdaftar melalui Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G).
KUALA LUMPUR, 23 April -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan aplikasi telefon pintar RRIMniaga bagi memudahkan urusniaga getah oleh pelesen/pembeli/ peraih yang berdaftar dengan agensi itu.Menurut LGM, inovasi ini membolehkan pelesen/pembeli/peraih merekodkan urus niaga getah sekali gus meningkatkan keberkesanan operasi rangkaian bekalan getah tempatan.“RRIMniaga dapat mempermudahkan aktiviti urus niaga getah sedia ada di mana pelesen/pembeli/peraih tidak perlu lagi membeli buku resit, buku rekod jualan dan belian daripada pejabat LGM.
KHAIRY Jamaluddin mengadakan sesi interaktif bersama pemenang Anugerah MCY 2020 secara maya hari ini.
PUTRAJAYA: Produk Bituminous Cuplump (BC), Cuplump Modified Bitumen (CMB) dan Cuplump Modified Asphalt (CMA) yang dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) berjaya memenangi hadiah keseluruhan bagi Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2020) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Bagi anugerah berkenaan, LGM turut memenangi kategori Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan melalui produk sama.
IPOH - Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengarahkan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan lembaga itu menjalankan siasatan terperinci bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Meru di sini.Menurut kenyataan LGM, pihaknya tidak akan teragak-agak menggantung atau membatalkan lesen mana-mana premis berdaftar dengan LGM sekiranya pemegang lesen didapati melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
JERANTUT: Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan turun padang membantu pekebun kecil getah seluruh negara mendaftar bagi mendapatkan kad hijau, sekaligus membolehkan mereka membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata ramai pekebun kecil getah menghadapi kesukaran membuat pendaftaran kerana lokasi mereka jauh dari pejabat wilayah LGM.
KUALA LUMPUR: Industri sarung tangan getah berkembang pesat, dicerminkan oleh peningkatan harga saham bagi semua pengeluar produk itu.Malaysia adalah pengeluar sarung tangan perubatan getah terbesar yang membekalkan hampir 65 peratus permintaan global.Tahun lalu, negara mengeksport 170 bilion sarung tangan getah bernilai RM17.3 bilion.
Sumber : Berita Harian, Ms 3817 Disember 2020
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli ekonomi mengunjurkan Malaysia bakal menguasai 65 peratus bahagian pasaran sarung tangan getah dunia tahun ini meningkat tiga peratus daripada 62 peratus sekarang, kata Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.Ini berikutan jangkaan lonjakan permintaan terhadap sarung tangan getah perubatan susulan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, katanya.
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/14917-malaysia-sumbang-18-juta-pasang-sarung-tangan-getah-kepada-china-khususnya-di-wuhanSumber: berita.rtm.gov.my PUTRAJAYA, 1 Feb - Malaysia menyumbang 18 juta sarung tangan getah kepada kerajaan China di wilayah Wuhan yang terjejas teruk akibat penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) ketika ini.Menteri Industri Utama, Teresa Kok berharap, sumbangan tersebut dapat membantu mengatasi masalah kekurangan peralatan dialami hospital bagi merawat pesakit dijangkiti wabak berkenaan.Jelas Teresa, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda solidariti dan simpati negara kepada China yang mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia sejak sekian lama.
https://www.sinarharian.com.my/article/68150/KHAS/Koronavirus/Malaysia-sumbang-18-juta-sarung-tangan-ke-WuhanSumber: sinarharian.com.my/ TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 31 Januari 2020PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia akan menyumbang 18 juta sarung tangan klinikal untuk keperluan hospital di Wuhan.Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, sumbangan itu dibuat menerusi Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) dan pengeluar sarung tangan getah di negara ini."Pada masa ini, hospital-hospital di Wuhan merayu bantuan keperluan perubatan seperti penutup muka, sut dan sarung tangan klinikal," katanya pada sidang media menyaksikan simbolik penyerahan sarung tangan klinikal kepada Duta China, Bai Tian oleh 10 syarikat pengeluar di sini hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651448/malaysia-sumbang-18-juta-sarung-tangan-ke-wuhanSumber: bharian.com.my/ Oleh Noor Atiqah Sulaiman/ PUTRAJAYA: Malaysia akan menyumbang 18 juta sarung tangan bagi kegunaan pegawai perubatan di Wuhan, China yang kini sedang dilanda wabak coronavirus atau 2019-nCoV.Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata sumbangan berkenaan seiring dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia menghantar bantuan ke Wuhan sekiranya dibenarkan oleh kerajaan China.
KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Top Glove Corporation Bhd menjangka margin keuntungannya meningkat di antara 20 peratus dan 40 peratus pada separuh kedua 2020, disebabkan permintaan yang lebih tinggi untuk sarung tangan getah berikutan pandemik COVID-19.
Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mahu para anggotanya meningkatkan ordinan pencegahannya bagi memastikan persekitaran yang selamat dan sihat di tempat kerja susulan penularan gelombang ketiga COVID-19.
Presidennya Dr Supramaniam Shanmugam berkata pematuhan lebih tegas terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu dipertingkatkan menerusi pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan oleh kakitangan kesihatan dan keselamatan pada semua pekerja di kilang dan di asrama.
KUALA LUMPUR, 4 Jun -- Pengimport sarung tangan getah perlu berwaspada dengan mana-mana pihak yang mendakwa menawarkan sejumlah sarung tangan perubatan pada harga yang tidak masuk akal semasa tempoh sukar penularan pandemik COVID-19 ketika ini.Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low berkata pembeli digalakkan untuk memeriksa dengan pengeluar secara terus ataupun menghubungi MARGMA kerana persatuan itu baru-baru ini menerima beberapa laporan daripada ahli-ahlinya yang menemui ejen palsu yang mendakwa mewakili syarikat mereka masing-masing bagi bekalan sarung tangan.
KUALA LUMPUR, 8 Feb -- Eksport sarung tangan getah Malaysia dijangka melonjak hampir 20 peratus kepada 230 bilion pasang pada 2020, meningkat daripada 192 bilion pasang tahun lepas ketika dunia bersiap sedia dalam usaha untuk memerangi wabak membawa maut novel coronavirus 2019 (2019-nCoV).Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low berkata unjuran pertumbuhan eksport dijangka lebih tinggi berbanding 210-220 bilion pasang yang diunjurkan oleh persatuan itu sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memohon kelulusan kerajaan bagi anggota-anggotanya beroperasi pada 100 peratus kapasiti untuk memenuhi permintaan tempatan dan global yang sedang berusaha menangani COVID-19.
KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Susulan permintaan yang amat tinggi terhadap sarung tangan getah perubatan berikutan pandemik COVID-19, Amerika Syarikat (AS) telah menarik balik larangannya ke atas pengeluar sarung tangan getah yang berpangkalan di Sepang, WRP Asia Pacific Sdn Bhd, yang sebelum ini disyaki menggunakan buruh paksa.
PONTIAN, 11 Julai -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memperkenalkan model tanaman integrasi bersesuaian bagi membantu pekebun-pekebun kecil getah menjana pendapatan sampingan.Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata model yang sedang diusahakan bersama beberapa pihak, juga dijangka tidak membebankan golongan terbabit kerana turut disertakan dengan bantuan galakan seperti pinjaman mudah.Bantuan lain termasuk pengurusan serta pembelian semula produk oleh syarikat-syarikat luar pada harga berpatutan bagi memberi pendapatan lumayan kepada mereka terbabit.“Antara tanaman integrasi yang dicadangkan setakat ini adalah nanas dan cendawan. Ini penting kerana pendapatan penoreh getah tidak menentu iaitu sekitar RM1,000 untuk seekar.
PONTIAN: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan memperkenalkan model tanaman integrasi yang bersesuaian untuk membantu pekebun kecil getah menjana pendapatan sampingan.Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata model tanaman sedang diusahakan bersama beberapa pihak itu dijangka tidak membebankan golongan terbabit kerana turut disertakan dengan bantuan galakan seperti pinjaman mudah.
Kuala Lumpur: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran sarung tangan berjalan pada kapasiti penuh pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding dengan 50 peratus ketika ini.Presidennya, Denis Low berkata, industri sarung tangan beroperasi pada tahap separuh kapasiti seperti diarahkan kerajaan.“Kerajaan meminta kami mengurangkan sehingga 50 peratus daripada tenaga kerja kami ketika dalam PKP, oleh itu, separuh kapasiti pengeluaran akan hilang.“Ini agak besar memandangkan Malaysia dijangka menghasilkan 220 bilion sarung tangan getah pada tahun ini dan ia kritikal kerana sarung tangan getah diperlukan bagi menangani Covid-19,” katanya dalam kenyataan, semalam.Menurutnya, setiap pekerja penjagaan kesihatan diberi mandat memakai sarung tangan bagi menangani Covid-19 dan ini mencerminkan betapa pentingnya sarung tangan getah ketika ini.Industri itu memenuhi permintaan melalui pengurusan masa dan mempercepat talian pengeluaran. Ini membolehkan ia mencapai kapasiti 220 bilion keping sarung tangan getah tahun ini.Baru-baru ini, Margma dilaporkan mendapatkan persetujuan kerajaan untuk membenarkan pembekal perkhidmatan, bahan mentah dan pembungkusan dalam industri sarung tangan getah agar beroperasi di tengah-tengah PKP Covid-19.Low berkata, anggota Margma menerima permintaan dari 190 negara dan ada kerajaan merayu mendapatkan tambahan sarung tangan.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/03/556787/mohon-benar-kapasiti-penuh-pengeluaranSumber: beritaharian.com.my
Sumber : Berita Harian, Ms 3919 Oktober 2020
KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) melantik Raja Datuk Idris Raja Kamarudin sebagai pengerusi baharunya.Dalam kenyataan hari ini, MREPC berkata menerajui pelbagai syarikat sendirian berhad, syarikat senaraian awam dan syarikat multinasional, Raja Idris membawa pengalaman yang tiada tandingan dan visi strategik ke majlis itu."Di bawah kepimpinan beliau, kami yakin majlis itu akan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai penggiat produk getah mampan global yang terkemuka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Brandon Chan.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1843697Sumber: bernama.com
PUTRAJAYA: Malaysia, yang merupakan pengeluar terbesar sarung tangan getah di dunia, menjangkakan jumlah eksport pada tahun ini sebanyak 225 bilion unit dengan nilai lebih RM20 bilion, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin.
Beliau berkata jangkaan itu mengatasi angka eksport 2019 iaitu 170 bilion unit yang menjana pendapatan sebanyak RM17.3 bilion.
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/nilai-eksport-sarung-tangan-getah-malaysia-dijangka-lebih-rm20-bilion-tahun-ini-238720Sumber: astroawani.com
Sumber : Berita Harian, Ms 3928 Disember 2020
Sumber : Berita Harian, MS 474 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3929 Disember 2020
Sumber: Berita Harian, Ms 4710 Disember 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4718 November 2020
Sumber: Berita Harian, Ms 3922 Disember 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 479 Disember 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3824 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3917 November 2020
SUMBER : SINAR HARIAN MS 3229 SEPTEMBER 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3916 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3812 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian Ms 4702 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3707 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4721 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4516 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3913 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 6309 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 47
SUMBER : BERITA HARIAN MS 3929 SEPTEMBER 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4708 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4714 Oktober 2020
Sumber: Berita Harian, Ms 4711 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 397 Disember 2020
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Pasaran Getah Malaysia dijangka akan menyaksikan dagangan yang lengang pada minggu hadapan, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu memberikan tekanan ke atas komoditi tersebut.Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) Denis Low berkata pasaran tempatan akan mengalami kadar turun naik yang agak tinggi memandangkan pergerakan orang dan perniagaan yang terhad. "Walaupun akta yang berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga akhir bulan ini adalah perlu untuk membendung penyebaran wabak COVID-19, harga dan permintaan akan cenderung ke bawah," katanya kepada Bernama.Pada Khamis lepas, MARGMA menggesa kerajaan untuk membenarkan industri sarung tangan getah berjalan pada kapasiti penuh semasa tempoh perintah kawalan. Majlis Keselamatan Negara telah mengenakan beberapa syarat untuk pengilang yang dibenarkan beroperasi, seperti pengurangan bilangan pekerja di peringkat operasi sekurang-kurangnya separuh. Jumlah kes yang disahkan dalam negara telah mencecah paras 1,000. Semalam, 130 kes baharu COVID-19 dilaporkan, meningkatkan angka kepada 1,030.Menurut Low, harga penutup yang rendah pada Khamis dan Jumaat, dengan harga rujukan SMR 20 jatuh ke tahap yang paling rendah sejak Disember 2018, akan merangsang harga untuk menjadi lebih rendah pada minggu akan datang."Sentimen adalah lemah dan permintaan akan berkurangan disebabkan keadaan ekonomi global yang menjadi agak pasif, terutama di negara perindustrian seperti China dan Jerman," tambahnya lagi.Untuk minggu yang baru berakhir, pasaran getah diniagakan kebanyakannya lebih rendah atau bercampur-campur, menjejaki prestasi pasaran serantau yang lemah serta pelebaran kerugian dalam komoditi global termasuk pasaran ekuiti, berikutan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi yang berpunca daripada COVID-19. Dari Jumaat ke Jumaat, harga fizikal Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 jatuh 24 sen kepada 515.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 11 sen kepada 424.50 sen sekilogram.-- BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1823344Sumber: bernama.coman/Oleh Zufazlin Baharuddin
GEORGE TOWN, 18 Okt -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata persekutuan tersebut dan sekutunya, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat Pengeluaran Produk Getah (NUECMRP) perlu dimasukkan ke dalam Pasukan Petugas Pematuhan Dasar Sektor Getah dan Penggubalan Buruh yang baru ditubuhkan.Bahagian MTUC Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata ia menyambut baik usaha Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang memperkenalkan pasukan petugas itu bagi memastikan majikan dalam industri berasaskan getah akan mematuhi undang-undang perlindungan kebajikan pekerja termasuk tenaga kerja asing.
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil getah yang masih belum memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) boleh memohon kad berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada Lembaga Getah Malaysia (LGM).LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanapun, permohonan itu tidak dibenarkan dan perlu ditangguhkan bagi kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Menurut LGM, kad PAT-G dikeluarkan secara percuma bertujuan mewujudkan satu dokumen pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah selain digunakan untuk membuat tuntutan Skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
PEKEBUN kecil getah diminta menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berikutan kerajaan sudah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan pembayaran insentif itu tahun ini.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ketika ini hanya kira-kira 20 peratus pekebun getah di seluruh negara membuat tuntutan IPG, sedangkan insentif itu bertujuan menstabilkan pendapatan mereka.Katanya, setakat ini hanya RM40 juta subsidi IPG sudah dituntut dan terdapat kira-kira RM60 juta peruntukan lagi untuk tahun 2020 boleh dituntut pekebun getah yang berhadapan masalah harga getah yang tidak stabil.
BALING: Pekebun kecil getah digesa memanfaatkan baki RM60 juta yang dimanfaatkan melalui Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk menstabilkan pendapatan masing-masing ketika penurunan harga komoditi itu.Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata ketika ini hanya kira-kira 20 peratus pekebun getah di seluruh negara membuat tuntutan insentif itu membabitkan jumlah kira-kira RM40 juta.Beliau berkata, kerajaan sudah memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan pembayaran IPG tahun ini, jadi terdapat kira-kira RM60 juta lagi untuk tahun ini boleh dituntut pekebun getah yang berhadapan masalah harga komoditi itu yang tidak stabil.
PUTRAJAYA: Pekebun kecil getah di Sarawak digesa untuk mendaftar kad Permit Autoriti Transaksi – Getah (PAT-G) di pejabat pertanian negeri itu atau mana–mana pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM).Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Willie Mongin (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata ia bagi membolehkan mereka tidak tercicir daripada mendapat manfaat Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
KUCHING, 13 April -- Jabatan Pertanian Sarawak menyeru pekebun kecil getah untuk memohon Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada bulan lepas untuk membantu pekebun kecil di seluruh negara untuk mendapat harga yang lebih baik.Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat, dan Pembangunan Wilayah negeri berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan menjadikan insentif tersebut lebih menarik.
KUCHING, 2 Julai -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu pekebun kecil di negeri itu terlibat secara aktif dalam program pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kementerian memperuntukkan sebanyak RM521 juta untuk menguruskan pelbagai program pembangunan bagi memperkasakan program tanam semula.“Selain itu, Risda juga membantu pekebun kecil terlibat dengan aktiviti keusahawan, mempergiatkan aktiviti pembangunan pekebun kecil melalui program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan serta memperbanyakkan program titik sentuh,” katanya pada majlis perasmian Pejabat Risda di Kota Samarahan, di sini hari ini.
KUCHING, 1 April -- Para pekebun kecil di Sarawak perlu mendapatkan permit atau kebenaran pergerakan merentasi daerah di pejabat daerah sekiranya ladang mereka terletak di luar dari daerah tempat tinggal mereka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.Beliau berkata, ini bagi mengelakkan pergerakan mereka dipersoalkan oleh pihak berkuasa keselamatan sekiranya lori yang dibawa tiada membawa sebarang muatan sewaktu melalui sekatan jalan raya yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.
KOTA KINABALU: Pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) diminta untuk mengemas kini maklumat akaun bank menerusi pautan https://www.ligs.gov.my/semakan.Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata ini penting bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan sebarang pertolongan termasuk bantuan Covid-19 kepada golongan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Sektor perladangan terutamanya kelapa sawit dan getah yang merupakan dua penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi industri pertanian amat memerlukan tenaga kerja ketika ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Ini berikutan permintaan tinggi, terutamanya terhadap sarung tangan getah, ketika dunia memerangi pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kaunter saham berkaitan pengeluar sarung tangan getah rendah hari ini susulan pelabur mengambil untung daripada peningkatan kukuh yang dicatatkan kaunter berkenaan baru-baru ini, kata penganalisis.Saham pengeluar sarung tangan getah menerajui kaunter saham paling rugi hari ini dengan diterajui oleh saham Hartalega Holdings Bhd yang susut RM1.52 kepada RM11.22, diikuti Rubberex Corporation (M) Bhd rendah 87 sen kepada RM2.93.Saham pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd jatuh 10 sen kepada RM14.70, Kossan Rubber Industries Bhd susut 40 sen kepada RM8.80 dan Supermax Corporation Bhd merosot 47 sen kepada RM7.14.
KUALA LUMPUR: Pembuatan sarung tangan getah kekal mendominasi industri pembuatan getah asli dengan penggunaan sebanyak 34,086 tan metrik atau 80.7 peratus.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, angka itu diperolehi daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik bersamaan 42,244 tan metrik pada Mac 2020.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/649653/pengeluar-sarung-tangan-getah-sedia-tambah-pengeluaranSumber: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata, ahli-ahlinya sedang bersiap sedia untuk meningkatkan pengeluaran sarung tangan bagi menampung keperluan sekiranya penularan wabak Coronavirus menjadi pandemik.Presidennya, Denis Low, berkata dengan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China, yang kini telah merebak ke lebih sembilan negara, permintaan terhadap sarung tangan perubatan dijangka meningkat mendadak.
KUALA LUMPUR, 17 April -- Pengeluar sarung tangan nitril Hartalega Holdings Bhd dijangka mencatatkan pencapaian yang baik dengan peningkatan jumlah jualan dan purata harga jualan serta tempoh penghantaran yang panjang berikutan pandemik COVID-19.Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia mengunjurkan permintaan sarung tangan mencatat pertumbuhan 20 peratus kepada 230 bilion pasang pada 2020. Malaysia menyumbang sebanyak 65 peratus keperluan di peringkat global.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Banci Getah Bulanan bagi April 2020 menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 0.3 peratus pada April 2020 kepada 34,616 tan metrik berbanding 34,506 tan metrik pada bulan sebelumnya.Laporan itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan peningkatan 2.0 peratus daripada bulan yang sama tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport getah asli Malaysia turun 10.2 peratus kepada 40,596 tan metrik pada April 2020 daripada 45,198 tan metrik pada Mac.China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli iaitu 48.9 peratus daripada jumlah eksport pada Mac diikuti Jerman (12.1 peratus), Amerika Syarikat (6.2 peratus), Iran (5.3 peratus) dan Taiwan (3.5 peratus).“Eksport tertinggi adalah bagi item sarung tangan getah dengan nilai RM1,984.4 juta pada April, peningkatan 11.6 peratus berbanding Mac,” katanya pada taklimat media mengenai perangkaan tenaga buruh dan getah bulanan, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pada 18 Januari 2017, Kabinet telah dimaklumkan hasil kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bahawa hasil kajian mengenai penggunaan getah bekuan dalam bitumen dapat meningkatkan kualiti dan prestasi keseluruhan bitumen. Kejayaan itu dihebahkan kepada negara-negara lain bertujuan membantu meningkatkan permintaan terhadap getah asli dan menstabilkan harganya.
KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan dalam menyokong harga getah pada kadar RM2.50 sekilogram membantu mengurangkan kegusaran penoreh getah berikutan harga getah yang merundum di seluruh pasaran dunia pada harga RM1.60.Kini, penoreh getah boleh menuntut Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui aplikasi Lembaga Getah Malaysia (RRIM) Niaga.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuntutan tersebut boleh dilakukan secara langsung melalui aplikasi tersebut.
BALING - Pekebun kecil dan penoreh getah di sini mendakwa mereka sukar membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana berdepan proses rumit selain jarak perjalanan yang jauh.Peraih, Mohd Habali Husin dari Kampung Luar, Siong berkata, bagi penoreh di daerah Baling, mereka terpaksa membuat tuntutan di pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Petani yang terletak sejauh lebih 50 kilometer.
KEBANYAKAN penoreh getah di Alor Gajah, Melaka, enggan berpindah kepada kaedah penghasilan susu getah atau lateks kerana ia membabitkan proses rumit sedangkan harganya tidak terlalu jauh berbeza dengan penjualan getah beku.
Penoreh mendakwa terpaksa menunggu susu getah berhenti menitik antara empat hingga lima jam sebelum mampu membawa keluar hasil dari kebun berbanding hanya perlu menoreh dan meninggalkan getah membeku dalam mangkuk hingga menjadi getah beku atau sekerap.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menganggarkan permintaan sarung tangan getah meningkat sehingga 25 peratus kepada 330 bilion unit tahun ini, dipacu oleh pandemik COVID-19.Presiden MARGMA, Denis Low dan Naib Presidennya, Dr S Supramaniam dalam satu taklimat industri dipetik sebagai berkata, kekurangan bekalan sarung tangan getah ketika ini adalah meruncing serta dijangka berpanjangan sehingga separuh kedua 2021.Macquarie Research yang hadir pada taklimat itu menjelaskan, kebanyakan permintaan terarah kepada sarung tangan nitril memandangkan pengguna sarung tangan terbesar, Amerika Syarikat (AS), lebih terarah kepada penggunaan produk berkenaan.
KUALA LUMPUR: Permintaan untuk sarung tangan getah akan terus meningkat untuk sekurang-kurangnya setahun lagi, di sebalik kebimbangan berterusan ke atas pandemik COVID-19 serta pembukaan lebih banyak perniagaan.
Kenanga Research dalam satu nota berkata, purata harga jualan industri (ASP) bagi sektor sarung tangan terus melonjak dari bulan ke bulan dalam jangkaan penawaran yang lebih ketat dan purata permintaan yang luar biasa disebabkan oleh pandemik.Oleh itu, dengan asas pelanggan yang pelbagai, firma penyelidikan itu menjangkakan Supermax, yang juga pengeluar sarung tangan getah kedua terbesar di dunia kekal mempunyai kuasa harga yang lebih baik, berpotensi bagi peningkatan berbanding ASP industri dan ini menyebabkan firma itu mengekalkan saranan 'cemerlang' pada sahamnya.
KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap sarung tangan dan kondom yang melambung tinggi ketika ini susulan penularan COVID-19 tidak menyokong harga getah yang kekal pada paras rendah.Ia berikutan, kandungan penggunaan getah dalam pembuatan kedua-dua produk berkenaan adalah pada kadar rendah.Getah asli sebahagian besarnya digunakan untuk menghasilkan tayar, yang mana ketika ini menjunam dari segi permintaannya susulan kesan ekonomi akibat langkah sekatan perjalanan dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus itu.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Lim Kuang Sia memulakan perniagaan sarung tangan getah pada lewat 1980-an, semasa epidemik HIV dan AIDS melonjakkan permintaan terhadap produk itu.Keputusan itu terbukti membuahkan hasil lumayan semasa penularan COVID-19Saham syarikatnya, Kossan Rubber Industries Bhd, yang mengeluarkan 28 bilion sarung tangan getah pakai buang setahun, melonjak 35 peratus tahun ini apabila pekerja perubatan dari Shanghai hingga San Franciso mendapatkan peralatan perlindungan.
Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 kepada RM4 sekilogram bagi meningkatkan pendapatan penoreh.Pengerusi Persatuan Penoreh Getah dan Pekebun-pekebun Kecil Daerah Padang Terap, Ahmad Zulkifli Ismail berkata, Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar getah seharusnya mampu menghasilkan pelbagai barangan berasaskan getah yang secara tidak langsung mampu memberikan pulangan kepada pemain industri tersebut.Menurutnya, kehidupan penoreh bergantung sepenuhnya kepada harga semasa getah dan kejatuhan sehingga RM1.60 sekilogram sebelum ini jelas memberikan kesan kepada kehidupan harian mereka.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM16 juta pada tahun 2021 sebagai permulaan projek pembangunan Koridor Lateks Timur yang merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memenuhi keperluan industri hiliran tempatan yang menggunakan lateks termasuk sarung tangan getah.
Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I, Willie Anak Mongin perkara itu dijangka akan memberi manfaat kepada sebahagian dari 138,000 pekebun kecil di ketiga-tiga negeri yang mahu meningkatkan pendapatan.
https://www.sinarharian.com.my/article/68578/KHAS/Koronavirus/Pesawat-misi-HADR-sudah-berlepasSumber: sinarharian.com.myKHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | | 3 Februari 2020Pesawat membawa petugas Misi HADR Malaysia ke bandar Wuhan, China disahkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang pada jam 4.30 petang hari ini.PUTRAJAYA - Pesawat yang membawa petugas Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Malaysia ke bandar Wuhan, China disahkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang pada jam 4.30 petang tadi.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pesawat AirAsia bersama 12 krew dan lapan petugas misi HADR berlepas ke Wuhan untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak masing-masing.
PUSAT pembelian getah yang tutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah kembali beroperasi bagi membantu penoreh menjual hasil torehan mereka.
KUALA LUMPUR: Cadangan pembangunan Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur di Jerantut, Pahang masih dalam peringkat perancangan dan belum dipertimbangkan atau diluluskan oleh Lembaga Pengarah LGM, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) serta kerajaan, demikian kata Pengerusi LGM, Datuk Ahmad Nazlan Idris.Beliau berkata, projek itu akan dihantar untuk kelulusan setelah kajian daya maju secara menyeluruh dilakukan serta impak terhadap kemudahan penyelidikan lain di bawah LGM sebelum dibentangkan ke pihak Lembaga Pengarah LGM.
SHAH ALAM – Cadangan membina Pusat Teknologi Getah Wilayah Timur masih dalam peringkat perancangan dan projek berkenaan belum dipertimbangkan atau diluluskan Lembaga Pengarah, Lembaga Getah Malaysia (LGM).Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, projek ini akan diangkat untuk kelulusan setelah kajian fisibiliti secara menyeluruh dilakukan serta impak terhadap fasiliti-fasiliti penyelidikan lain dibawah LGM sebelum dibentangkan ke pihak lembaga pengarah. “Hanya selepas mendapat kelulusan lembaga, barulah projek ini akan dibawa untuk kelulusan MPIC dan kerajaan.
Sebanyak RM201 juta diperuntukkan kepada 237,207 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan 61,763 pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).Pengerusi Risda, Datuk Mohd. Salim Mohd Sharif berkata, kadar bantuan berjumlah RM600 seorang dimasukkan ke akaun penerima yang berdaftar melalui dua peringkat mulai hari ini dan bakinya pada bulan depan.
KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM32.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak bagi melaksanakan program pembangunan untuk 128,000 pekebun getah di negeri ini.Menterinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata daripada jumlah itu RM25.3 juta khusus diperuntukkan untuk pembangunan program tanaman semula di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11 membabitkan kawasan seluas 10,798.7 hektar.
Sumber : Berita Harian, Ms 142 November 2020
MELAKA, 28 Mei -- Projek Rubber Research Institute Malaysia Mini Station (RRIMINIS) Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Jasin dibina hasil daripada kajian menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai manfaat untuk pekebun kecil dan industri getah.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan l Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata projek berkeluasan 58.5 hektar yang diluluskan LGM pada 2010 itu turut mengambil kira impak kewangan terhadap kerajaan dan bukan dibina atas kepentingan politik semata-mata.“Fakta penting mengenai Jasin ialah daerah ini mempunyai keluasan tanaman getah yang tertinggi di Melaka iaitu meliputi lebih 48 peratus keluasan tanaman getah daripada jumlah keseluruhan dan bilangan pekebun kecil juga tertinggi berbanding kawasan lain di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperkenalkan aplikasi RRIMniaga bagi mempermudahkan urus niaga getah membabitkan peruncit, pembeli dan peraih.LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata, RRIMniaga adalah aplikasi telefon pintar hasil inovasi LGM bertujuan merekodkan urus niaga getah oleh pihak berkaitan.“RRIMniaga dapat mempermudahkan aktiviti urus niaga getah sedia ada yang mana peruncit, pembeli dan peraih tidak perlu lagi membeli buku resit, buku rekod jualan dan belian daripada pejabat LGM.
KOTA KINABALU, 13 April -- Pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) diminta untuk mengemas kini maklumat akaun bank menerusi pautan https://www.ligs.gov.my/semakan.Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata ini penting bagi memudahkan kerajaan negeri menyalurkan sebarang pertolongan termasuk bantuan COVID-19 kepada golongan berkenaan.Beliau berkata berdasarkan rekod pendaftaran dalam Sistem Pendaftaran Pekebun Kecil Negeri Sabah, kira-kira 40 peratus pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini tidak mempunyai maklumat akaun bank dalam sistem itu.
SARAWAK menambah 50 sen sekilogram ke dalam Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantu pekebun getah di negeri ini.Tambahan itu sebagai susulan IPG yang diperkenalkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada bulan lalu, untuk membantu pekebun kecil mendapat harga yang lebih baik.Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tambahan insentif itu membabitkan harga sekerap dan getah kering, yang ditetapkan RM1.40 dalam IPG LGM.Dengan itu, katanya, harga sekerap dan getah kering di Sarawak adalah RM1.90 sekilogram.
KUCHING: Kerajaan negeri akan menambah jumlah insentif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan menerusi Lembaga Getah Malaysia di bawah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah di Sarawak.Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata IPG diperkenalkan bulan lepas di seluruh negara bagi membantu pekebun kecil getah mendapat harga lebih baik untuk komoditi itu.Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan negeri mengambil keputusan menambah jumlah insentif diterima pekebun kecil getah agar ia lebih baik.
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Getah menjadi tumpuan di saat-saat sukar apabila transformasinya dalam bentuk sarung tangan, terbukti menjadi penyelamat nyawa sehinggakan negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk komoditi keluaran Malaysia itu.Malah, Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di sini menerusi ciapan twitter rasminya turut berkongsi maklumat bahawa 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan wiranya - saintis, doktor, jururawat dan petugas di barisan hadapan, didatangkan dari Malaysia!
KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Sebanyak RM282.3 juta Insentif Pengeluaran Getah (IPG) membabitkan 462.7 juta kilogram getah merangkumi dua juta tuntutan di seluruh Malaysia telah dibayar bagi tempoh September 2015 sehingga Mac 2020.Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pekebun kecil yang layak menuntut IPG perlu memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang mana sehingga Mac 2020, sebanyak 456,421 kad PAT-G telah didaftarkan di seluruh Malaysia."Bagaimanapun, kementerian mendapati bahawa pekebun kecil yang menuntut IPG adalah rendah dan dianggarkan secara purata hanya 12.4 peratus sahaja.
KUCHING: Sebanyak sejuta sarung tangan getah perubatan, 5,000 topeng hidung dan mulut dan 300 botol pencuci basmi kuman akan diagihkan kepada penduduk di Parlimen Puncak Borneo.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin, berkata inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo itu bagi menggalakkan penduduknya bersama-sama membasmi dan mencegah COVID-19.
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat tidak berhubung terus dengan kementeriannya untuk siasatan lanjut ke atas Top Glove, sebelum melaksanakan sekatan terhadap pengeluar sarung tangan getah itu atas dakwaan penggunaan buruh paksa.Beliau yang menyifatkan sekatan itu tidak adil berkata, beliau akan ke Top Glove dalam masa terdekat dan menemui wakil AS untuk membuktikan tuduhan penggunaan buruh paksa itu tidak berasas.
BALING: Sekitar 80 peratus pekebun dan penoreh getah di seluruh negara belum membuat tuntutan insentif pengeluaran getah (IPG) yang diperuntukkan bagi membantu mereka menghadapi kejatuhan harga komoditi itu.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata disebabkan keadaan itu usaha kerajaan untuk memastikan pendapatan golongan itu stabil walaupun berlaku penurunan harga getah, tidak mencapai matlamat.
KUALA NERUS: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepda Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tujuan pembinaan Sistem Penilaian Risiko COVID-19 Institusi Pengajian Tinggi (CRASH).
Sumber : Berita Harian, Ms 3803 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian , Ms 1912 November 2020
JELEBU: Pekebun kecil getah seluruh negara digalak menggunakan kaedah integrasi tanaman bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang, sekali gus meningkatkan pendapatan.Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris, berkata banyak tanaman seperti nanas sesuai ditanam secara integrasi dengan getah namun ia bergantung kepada sistem pokok getah ditanam.
SUMBER : BERITA HARIAN MS 1229 SEPTEMBER 2020
KUALA LUMPUR: Saham Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) melonjak kepada RM24.82 sesaham dipacu cadangan pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia untuk menerbitkan bonus dua untuk satu.Ketika ditutup pada jam 5 petang, saham Top Glove menokok RM1.84 berbanding harga pembukaan RM24.10 dengan sahamnya mencecah paras tertinggi RM26.18 sesaham.Jumlah urus niaga saham Top Glove juga berada pada 43,041,500 unit sepanjang tempoh dagangan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini mengingatkan semua pelesen getah agar beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau berdepan kemungkinan lesen mereka ditarik balik. Menurutnya, selain memastikan industri getah negara terus beroperasi, ia juga bagi kebaikan semua peringkat daripada pekebun kecil, pemproses, pengilang produk getah sehinggalah pengguna.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/01/538295/tingkat-pengeluaran-tampung-keperluan-wabak-koronavirusSumber: hmetro.com.my
AHLI Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) sedang bersiap sedia untuk meningkatkan pengeluaran sarung tangan bagi menampung keperluan sekiranya penularan wabak koronavirus menjadi pandemik.Presidennya, Denis Low berkata, dengan penularan wabak koronavirus di Wuhan, China, yang kini telah merebak ke lebih sembilan negara, permintaan terhadap sarung tangan perubatan dijangka meningkat mendadak.Katanya, ketika penularan wabak H1N1 pada 2009, penggunaan sarung tangan perubatan meningkat sebanyak 17 peratus.
Sumber : Berita Harian, Ms 4510 Disember 2020
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mencapai kemajuan yang baik dalam hubungannya dengan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) berkaitan perintah penahanan terhadap Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd.
Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu juga berharap untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu bulan hadapan.
PEKEBUN kecil getah masih terkesan dengan harga getah yang lama merudum sehingga kehidupan mereka mencabar, apatah lagi dengan pendapatan yang tidak seberapa.Susulan kerajaan menyemak semula Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan menaikkannya daripada RM980 kepada RM2,208, ramai pekebun kecil kini tergolong dalam kategori di bawah paras kemiskinan.Masihkah ada harapan bagi mereka dengan tanda pemulihan ekonomi dunia masih samar daripada pandemik COVID-19? Pekebun kecil getah sangat bergantung kepada penambahbaikan harga getah dunia.
Sumber: Sinar Harian Mukasurat 38
PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Saya mengambil perhatian kepada berita cadangan penutupan operasi kilang getah MARDEC Processing Sdn Bhd di Kuala Berang, Terengganu. Penutupan operasi kilang tersebut yang mempunyai kapasiti memproses lebih 2,000 tan sebulan akan memberi impak kepada aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pemprosesan getah yang melibatkan pekebun-pekebun kecil di kawasan sekitar Hulu Terengganu selain menyebabkan lebih 110 orang pekerja kilang hilang pekerjaan.
LGM sebagai agensi di bawah Kementerian saya yang bertanggungjawab kepada kawal selia, operasi dan khidmat teknikal kepada sektor pemprosesan getah melihat cadangan penutupan Kilang MARDEC Processing Sdn Bhd, Kuala Berang akan memberi impak kepada aktiviti pengeluaran dan penjualan getah pekebun kecil yang akan menjejaskan pendapatan mereka.
KUALA LUMPUR: Semua pembeli getah berlesen diwajibkan menggunakan aplikasi RRIMniaga bermula tahun depan bagi mempermudahkan urus niaga.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kegagalan menggunakan aplikasi itu boleh menyebabkan lesen mereka ditarik balik."Kementerian giat berkempen supaya pembeli getah pelesen menggunakan kaedah sistem RRIMniaga bagi memastikan semua rekod transaksi jual beli getah sampai kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Oleh Nurul Hanis IzmirKUALA LUMPUR, 12 Mei -- Pengeluar sarung tangan getah, WRP Asia Pacific Sdn Bhd, yang hanya mengeluarkan lima peratus daripada keseluruhan kapasiti Malaysia, menjadi contoh yang baik bahawa saiz tidak penting, berikutan ia menyertai syarikat gergasi dalam industri untuk memenuhi permintaan global terhadap sarung tangan getah dalam memerangi pandemik COVID-19.Malah, sehingga ini, tidak banyak yang diketahui mengenai WRP Asia, yang mempunyai Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Jepun sebagai pasaran utamanya.Syarikat itu menjadi perhatian apabila AS, yang mempunyai jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dengan 1.34 juta kes dan 80,397 kematian dicatatkan pada masa ini, menarik balik sekatan sebelum ini ke atas pengeluar sarung tangan itu yang didakwa menggunakan buruh paksa.
KUALA LUMPUR: Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding 38,587 tan pada Jun 2020, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Destinasi utama eksport getah asli adalah China iaitu 58.9 peratus daripada jumlah eksport pada Julai 2020 diikuti Jerman (6.0 peratus), Finland (5.1 peratus), Iran (3.9 peratus) dan Taiwan (3.0 peratus).
KUALA LUMPUR: Pengeksportan sarung tangan getah keluaran Malaysia telah meningkat kepada RM15.06 bilion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.Ia mencatatkan peningkatan sebanyak 50.1 peratus, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.
KUALA LUMPUR, 2 Okt -- FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya, FGV Rubber Industries Sdn Bhd (FGVRI) kini mengembangkan pasaran getah ke Eropah dan Amerika Utara melalui pelantikan Rubber Heart Ltd (RHL), agensi pemasaran getah yang berpangkalan di United Kingdom.Menurut kenyataan FGV hari ini, pelantikan tersebut merangkumi pengembangan pasaran serta jualan strategik pelbagai gred Getah Spesifikasi Teknikal (TSR) dan bahan berasaskan Getah Asli Khas lain yang eksklusif untuk negara di benua itu.
BANGKOK, 13 Nov -- Harga getah global dijangka menyaksikan aliran kenaikan menjelang separuh kedua tahun depan dan mungkin mencecah AS$2.45 (AS$1= RM4.13) sekilogram seawal 2022.Ketua Pegawai Pelaburan ALA Advisors Pte Ltd Dar Wong berkata harga getah berkemungkinan jatuh lagi pada separuh pertama 2021 dan kemudian membuat pemulihan 'berbentuk V' selepas pertengahan 2021.
KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran sarung tangan berjalan pada kapasiti penuh semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding dengan 50 peratus sekarang ini.Presidennya, Denis Low berkata industri sarung tangan sedang beroperasi pada tahap separuh kapasiti seperti yang diarahkan kerajaan.
BERANANG, 4 Dis -- Inix Technologies Holdings Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE kini secara rasmi menyertai industri sarung tangan getah selepas membeli 51 peratus kepentingan dalam L&S Gloves Sdn Bhd dengan pelaburan RM50 juta.Pengarah Eksekutif, Siva Kumar Kalugasalam berkata pelaburan itu termasuk kos pengambilalihan syarikat, modal kerja, penambahan barisan pengeluaran kilang di sini serta lain-lain.
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi Mei 2020 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran berdasarkan pengeluaran pada Mei.Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam kenyataan hari ini, pengaktifan itu berikutan harga purata getah peringkat ladang pada Mei 2020 bagi getah sekerap berada pada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, RM1.35 sekilogram di Sabah dan RM1.50 sekilogram di Sarawak.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus komited untuk menstabilkan harga getah dan meningkatkan nilai tambah getah disebabkan penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun ini yang memberikan kesan kepada pasaran permintaan antarabangsa terutama China.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata kerajaan telah bekerjasama dengan negara-negara pengeluar utama getah dunia iaitu Thailand dan Indonesia di bawah kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) untuk memperkukuh dan menstabilkan harga pasaran getah antarabangsa.
Dr Mohd Khairuddin (kanan) melawat mangsa kebakaran di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, Kuala Nerus,
Kuala Nerus: Pendapatan pekebun dan penoreh getah dijangka meningkat lebih dua kali ganda melalui penubuhan Koridor Lateks Pantai Timur (KLPT).Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, projek KLPT diwujudkan bagi meningkatkan pengeluaran susu getah cair tempatan yang harganya lebih tinggi berbanding getah sekerap.
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
BERNAMA
Kuala Lumpur: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius pelanggaran Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) membabitkan kemudahan kediaman pekerja asing oleh beberapa syarikat sarung tangan getah dan perabot.Menteri KPPK, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, syarikat berkenaan didapati tidak mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mengutuk sekeras kerasnya tindakan segelintir syarikat yang sengaja melanggar atau enggan mematuhi undang-undang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memandang serius terhadap insiden yang berlaku ke atas kebajikan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan getah baru baru ini.Menterinya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya mengutuk sekeras kerasnya tindakan segelintir syarikat yang sengaja melanggar atau enggan mematuhi undang-undang ditetapkan.
Datuk Steven Ng Poh Seng. - Foto: OWEE AH CHUN.
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) yang mempelbagaikan perniagaannya ke dalam pengeluaran sarung tangan getah sedang meninjau untuk menyenaraikan segmen pengeluarannya di pasaran saham Hong Kong dalam tempoh lima tahun akan datang.Segmen pengeluaran Mah Sing itu merangkumi plastik, sarung tangan getah dan perniagaan berkaitan penjagaan kesihatan lain, demikian kata Pengarah Eksekutifnya, Datuk Steven Ng Poh Seng.
Sumber : Berita Harian Ms 3701 Oktober 2020
Sumber: Berita Harian, MS 4715 Oktober 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3923 November 2020
Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020,kata Lembaga Getah Malaysia (LGM). - Foto hiasan NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM). LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata, IPG bagi bulan September 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 70 sen dan 60 sen sekilogram.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ditingkatkan satu kali ganda iaitu daripada RM150 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2021. - Foto FB Dr Khairuddin at-Takiri
SHAH ALAM - Bagi memastikan sektor komoditi negara kembali pulih, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ditingkatkan satu kali ganda iaitu daripada RM150 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2021. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dengan kenaikan itu, pendapatan sebanyak 150,000 pekebun kecil getah persendirian daripada keseluruhan 450,000 dapat distabilkan dan memberikan kelegaan kepada mereka. Pada masa sama, katanya, program pemilikan sijil Minyak Sawit Mampan juga turut diberi peruntukan sebanyak RM20 juta.
Penamatan Perjanjian Pajakan Tanah diyakini memberi manfaat kepada Felda dan FGV. kedua-dua agensi juga perlu memperkasa peneroka dan meningkatkan penglibatan koperasi Felda. –
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk menghapus faedah hutang peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.Kerajaan juga meningkatkan sekali ganda Insentif Pengeluaran Getah daripada RM150 juta kepada RM300 juta bagi membantu pekebun kecil getah dalam berdepan keadaan harga pasaran rendah.
KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Pengeluaran getah asli dijangka merosot untuk baki tahun 2020 dan hingga awal 2021, menurut Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).Wakil dari negara-negara anggota ITRC, iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia (TIM), berkata kemerosotan itu berikutan cuaca yang tidak menentu, aktiviti menoreh getah yang berkurangan disebabkan pandemik COVID-19 dan penyakit luruhan daun pestalotiopsis.
KUALA LUMPUR: Penggunaan bitumen terubah suai getah bekuan akan diperluas ke rangkaian Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, usaha itu mampu meningkatkan pendapatan 500,000 pekebun kecil getah negara.
Katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan bitumen terubah suai getah bekuan Cuplump Modified Bitumen (CMB) ini.
KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), kini dijenamakan semula sebagai Majlis Getah Malaysia (MRC) berkuat kuasa serta-merta.Perubahan itu sejajar dengan peningkatan peranannya dalam usaha memacu pertumbuhan industri produk-produk getah.
Menteri KPPK, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan memperkenalkan Pusat Pemprosesan Getah Berkelompok melalui pakej teknologi pemprosesan getah krip dan serum getah bersepadu bagi memajukan sektor getah.
Menurut Menteri KPPK, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pembangunan model tersebut diusahakan bagi memajukan rantaian nilai sektor huluan getah untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di Malaysia yang telah dibangunkan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (dua kanan) melawat gerai pameran sempena program perasmian Kasihi Pekebun dan Penyampaian Zakat RISDA di Kampung Tanjung Tuan, Mersing. - Foto Nurul Amanina Suhaini.
MERSING: Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyarankan dasar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dikaji semula bagi membolehkan peranannya diperluas seiring perubahan ekonomi dan teknologi semasa negara.
Sumber : Berita Harian, Ms 4511 Disember 2020
Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyediakan pinjaman sebanyak RM500 juta di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).KPPK dalam satu kenyataan hari ini berkata, pinjaman tersebut merupakan usaha kerajaan untuk memastikan sektor perkayuan terus kekal pada masa hadapan dan menjamin bekalan bahan mentah kepada industri berkenaan.
Mohd. Khairuddin
PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi Program Kepakaran Sumber Manusia khususnya membabitkan pegawai-pegawai di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).Menterinya, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kementerian komited memastikan usaha meningkatkan produktiviti dan prestasi warganya.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu menyiapkan perabot palet.
KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, di sebalik kecekapan mereka menangani kes kebakaran dan melakukan kerja penyelamat, tangan yang sama juga berupaya menghasilkan perabot menggunakan kayu palet.
Bagi tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Terengganu iaitu Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Rozi Sidek, Pegawai Bomba (PB) Zamri Zahmad dan PB Ghazali Mahmod, kemahiran hasil kerja tangan mereka dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan membangunkan projek model ladang buluh pertama di Kampung Teris, Kuala Berang, di sini bermula Januari 2021.Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, projek bernilai RM5 juta itu akan dilaksanakan melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) di atas tanah seluas 15 hektar milik TTITC.
WAN Mansor menyiapkan peti penyimpanan barang.
KEBIASAAN seseorang tukang perabot memerlukan kemahiran bagi reka cipta seterusnya menghasilkan produk hasil tangan sendiri.Namun bagi seorang warga emas, tiada kemahiran asas diperlukan bagi menghasilkan perabot daripada kayu palet melainkan mengikut cita rasa sendiri.Wan Mansor Wan Hassan, 64, dari Taman Bedong Permai, Pekan Awah, Pahang pada asalnya membuat perabot hanyalah kegunaan di rumahnya sahaja.
Antara faktor kemerosotan industri perkayuan Sarawak adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan, harga yang tidak kompetitif serta ketidakpastian pasaran dan ekonomi dunia. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat pakar perunding pengurusan hutan dan perhutanan global dari Australia, Margules Groome bagi membantu industri perkayuan yang merundum akibat pandemik COVID-19.Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, syarikat tersebut akan membantu kerajaan negeri dalam menyediakan Pelan Induk Industri Perkayuan Sarawak bagi merancakkan industri itu.
Sarawak perlu menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi serta agensi penyelidikan dan pemain industri lain untuk membangunkan produk kayu tereka bentuk, kata Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata pasaran dunia bagi produk kayu tereka bentuk dijangka bernilai US$41.27 bilion (kira-kira RM168.02 bilion) menjelang 2022, yang memberi petanda baik kepada Sarawak kerana ia telahpun mempunyai projek hutan ditanam, untuk membangun dan meneroka prospek sedemikian.
KUALA TERENGGANU: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Khairudin Aman Razali menegaskan agar industri ukiran tradisional dan pembuatan bot kayu diperkasakan agar potensinya boleh dikembangkan.Idea itu disebut Dr Khairudin semasa pertemuan dan perbincangan dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Wilayah Timur (Terengganu) di sini hari ini.
JELI, 21 Jun -- Industri gaharu berpotensi dikembangkan di peringkat hiliran kerana belum ramai usahawan yang terbabit dalam sektor ini terutamanya dalam pembuatan minyak wangi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata industri tersebut mempunyai potensi yang luas memandangkan ia kurang diceburi di negara ini walaupun Asia Tenggara terkenal dengan penghasilan minyak pati gaharu yang terkenal dalam pembuatan minyak wangi di Timur Tengah.
PADA hari ini, 13 Mei 2020, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai industri ukiran kayu dan potensinya untuk dibangunkan di bawah industri kayu-kayan negara.Ukiran kayu mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mempunyai potensi untuk dikembangkan. Industri ini mampu untuk mencapai nilai pasaran tempatan yang dianggarkan di antara RM150 juta hingga RM200 juta setahun. Selain daripada produk ukiran yang mempunyai nilai tinggi, komponen ukiran juga boleh dimanfaatkan sebagai produk nilai tambah kepada produk-produk lain terutamanya dalam pembuatan perabot, kapal mahupun produk panel.
KUALA LUMPUR, 13 Mei -- Industri Ukiran Kayu Negara mempunyai nilai estetika tinggi dan berpotensi untuk dikembangkan serta mampu mencapai nilai pasaran tempatan yang dianggarkan antara RM150 juta hingga RM200 juta setahun.Susulan itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyediakan Pelan Strategi Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara untuk tempoh 2021-2030 bagi memartabatkan industri itu yang bakal menjadi kebanggaan negara pada masa hadapan.KPPK dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelan tersebut merangkumi pelbagai aspek seperti latihan dan kemahiran modal insan, promosi seni ukiran, keusahawanan dan penggunaan mesin serta peralatan, jelas kenyataan itu.
GERIK - Jabatan Perhutanan Negeri berjaya mematahkan aktiviti mengambil dan memindahkan kayu getah tanpa kebenaran di tanah milik FGV Tawai, di sini hari ini.Sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak menjalankan siasatan setelah menerima satu aduan berkaitan aktiviti pengambilan hasil hutan tersebut.Jabatan Perhutanan Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pengambilan kayu getah itu adalah untuk dihantar ke sebuah kilang yang beroperasi di Kedah.
"Siasatan mendapati kilang tersebut mendapat kebenaran khas dari Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan."Hasil pemeriksaan tersebut, pihaknya telah menyita empat excavator, enam lori pengangkut dan longgokan kayu getah di kawasan tersebut," katanya.Pelbagai jentera yang digunakan untuk menebang dan mengambil kayu getah tanpa kebenaran telah disita dalam pemeriksaan di FGV Tawai, Gerik hari ini. - Foto Jabatan Perhutanan Perak.Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gerik berhubung kes itu."Suspek boleh didakwa atas kesalahan mengambil dan memindah kayu getah tanpa lesen dan gagal menjelaskan bayaran royalti di bawah Akta Perhutanan Negara 1984."Selain itu, ia didapati tidak mematuhi arahan Pekeliling Pengarah Perhutanan Negeri Perak Bil.2/2019. Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan," katanya.Katanya, pihaknya akan tetap menguat kuasa Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh PKP ini."Bermula dari 14 April 2019, semua aktiviti pengeluaran kayu getah dari tanah kerajaan dan tanah milik yang melebihi keluasan 20 hektar perlu mendapat lesen kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak."Kegagalan mematuhi perkara ini boleh menyebabkan tindakan tegas diambil oleh pihak jabatan," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/78801/EDISI/Perak/Jabatan-Perhutanan-patahkan-aktiviti-pindah-kayu-getahSumber: sinarharian.com.my/NOOR AINON MOHAMED | | 13 April 2020
JASIN, 15 Julai -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mencadangkan pengusaha pokok karas di negara ini menggunakan kaedah inokulasi sistem paku buluh (bamboo stick) dan titisan bagi penghasilan gaharu yang lebih optimum, kos efektif dan berkualiti terbaik.
Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kajian bagi kaedah itu dijalankan ke atas 100 pokok karas oleh dua penyelidik dengan peruntukan berjumlah RM100,000 di Ladang Karas, Empangan Jus, Jasin pada November 2017.Beliau berkata kajian tersebut dilakukan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka untuk mendapatkan hasil yang komprehensif bagi menghasilkan gaharu dan pati minyak gaharu (PMG).
KOTA MARUDU: Kerajaan Sabah akan berusaha memastikan industri kayu-kayan negeri akan terus lestari dan mampan.Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, usaha itu termasuk memastikan sumber bahan mentah mencukupi bagi menghasilkan produk-produk hiliran yang berasaskan kayu.“Dalam hal ini, kita akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak industri serta persatuan-persatuan yang terlibat seperti Persatuan Industri Kayu-kayan Sabah (STIA).
SIAPA sangka, tunggul kayu di dalam hutan yang selama ini sering dipandang sepi hakikatnya mampu menawarkan nilai tinggi jika diberi sentuhan kreatif dan unik.Bakat seni dan kebolehan dimiliki seseorang itu mampu mengubah tunggul kayu yang tiada harga kepada objek atau perabot bernilai tinggi sehingga mencecah RM40,000.Seorang peniaga, Ibrahim Senawi, 63, di Selama, Kedah berkata, dia menjadikan tunggul kayu sebagai punca pendapatannya sejak lebih 20 tahun lalu.
Industri Ukiran Kayu Negara mempunyai nilai estetika tinggi dan berpotensi dikembangkan serta mam¬pu mencapai nilai pasaran tem¬patan yang dianggarkan antara RM150 juta hingga RM200 juta setahun.Susulan itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyediakan Pelan Strategi Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara untuk tempoh 2021-2030 bagi memartabatkan industri itu yang bakal menjadi kebanggaan negara pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR, 28 April -- Majlis Perabot Malaysia (MFC) menggesa kerajaan agar melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara beransur-ansur untuk membantu kelangsungan industri perabot.Presiden MFC Khoo Yeow Chong berkata kerajaan, pada masa yang tepat, boleh melaksanakan strategi pengezonan, pengelasan dan berkongsi masa untuk membenarkan syarikat membuka semula operasi.“Industri perabot telah terjejas akibat PKP dan berdepan kesukaran memandangkan kos overhed akan berakru apabila pendapatan mereka terjejas.
KUALA LUMPUR, 22 Mac -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini memberi perincian mengenai aktiviti pemprosesan kayu-kayan yang turut diberi kelonggaran untuk meneruskan aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19.Kementerian itu melalui satu kenyataan hari ini berkata aktiviti pemprosesan industri kayu-kayan diteruskan dengan melibatkan konsainmen
KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini menerima RM895,550 daripada Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) melalui Dana Bantuan Kemanusiaan Covid-19 untuk membantu meringankan beban kerajaan memerangi pandemik berkenaan.Sehingga hari ini, dana yang merupakan hasil kerjasama tujuh persatuan dan lebih 100 syarikat perkayuan itu boleh digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membeli peralatan perubatan dan memberi bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JOHOR BAHRU, 23 April -- Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Johor akan terus memantau operasi 1,009 kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelak penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata sebilangan besar sektor perkilangan di negeri ini sudah mula beroperasi berikutan kebenaran yang diberikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
JELI: Penjualan hasil gaharu masih banyak bergantung kepada pokok karas hutan dan tertakluk dengan kuota yang ditetapkan setiap tahun berdasarkan garis panduan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Liar Fauna atau Flora (CITES).Sepanjang tahun 2018 dan 2019, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) melalui MTIB telah menetapkan kuota eksport produk karas/gaharu adalah sebanyak 150,000 kilogram (kg).Demikian kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Mohd Khairuddin Aman Razali dalam sidang media ketika sesi lawatan kerjanya di sini.Katanya, nilai eksport produk karas-gaharu negara pada tahun 2019 berjumlah RM8.8 juta melibatkan produk seperti kayu serpai dan blok gaharu (RM7.4 juta), pati minyak gaharu (RM0.96 juta) dan kepingan gaharu (RM0.44 juta).Tambah beliau, sebanyak 3,742.40 kg PMG telah dieskport pada tahun yang sama.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 32
Sumber : Berita Harian, Ms 3608 November 2020
KUANTAN - Sirim Berhad (Sirim) akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dalam masa terdekat bagi melaksanakan projek Hibrid Tenaga Hijau Pengeringan Kayu- Kayan Tempatan ke arah industri mampan.Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, projek ini melibatkan audit tenaga dan keberkesanan pengeringan tanur ke atas produk kayu."Kita jangkakan projek ini dilaksanakan pada bulan Oktober ini selepas ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak koronovirus (Covid-19)."Projek ini akan membantu pengusaha mengurangkan kos tenaga elektrik, termasuk cadangan penggunaan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga solar," katanya ketika berucap di program Keterlibatan Sirim - Industri (Sirim- Industri Engagement) di Hotel Zenith, hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) telah melancarkan Dana Bantuan Kemanusiaan COVID-19 dengan kerjasama 7 persatuan dan lebih 100 syarikat perkayuan seiring dengan usaha tindak balas kemanusiaan di dalam memerangi COVID-19. Ini adalah sebagai langkah untuk meringankan beban kerajaan bagi membendung penularan wabak penyakit COVID-19.
MTC mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dan setakat hari ini telah berjaya mengumpul sebanyak RM895,550.00
JEMPOL, 7 Sept -- Malaysia mengeksport produk berasaskan kayu bernilai RM22.5 bilion pada tahun lepas, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata daripada jumlah itu, produk perabot merupakan produk tertinggi yang bernilai RM9.14 bilion, diikuti produk papan lapis sebanyak RM3.40 bilion dan kayu gergaji iaitu RM3.37 bilion.
SETIU, 18 Julai -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penanaman kenaf di kawasan seluas 1,000 hektar di Terengganu sebelum akhir tahun ini, menurut menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata berkata ketika ini terdapat 391.6 hektar tanaman kenaf di negeri itu dan yakin sasaran itu mampu dicapai susulan terdapat 8,000 hektar tanah terbiar yang boleh diusahakan oleh golongan muda dan lepasan universiti untuk tanaman komoditi tersebut."Penerangan perlu diberi kepada mereka bahawa kerajaan juga ada menyediakan peruntukan geran dari segi modal kerja (bernilai lebih RM2,000 untuk sehektar tanaman) bagi menggalakkan penglibatan mereka mengusahakan tanah-tanah terbiar ini," katanya.
PEKAN – Industri kenaf dijangka terus berkembang maju sehingga mampu menjadi sumber baharu yang menyumbang kepada pendapatan negara.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya berkeyakinan terhadap potensi industri tersebut boleh dipertingkatkan melalui usaha dilakukan pada masa ini.Menurut beliau, antara usaha yang dilaksanakan bagi menggalakkan pertumbuhan industri kenaf ialah dengan membangunkan Pusat Industri Kenaf di kawasan seluas 2.02 hektar di Tebu Hitam, Rompin dekat sini.
PEKAN - Kerajaan akan memperluaskan penanaman kenaf di seluruh negara termasuk di negeri-negeri pantai barat.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setakat ini keluasan tanaman kenaf di seluruh negara sebanyak 1,977.36 hektar dan lebih tertumpu di negeri pantai timur melibatkan 1,357 penanam.Menurutnya, daripada keseluruhan keluasan itu, 623.8 hektar di Pahang dengan 543 penanam.
JITRA, 15 Jun -- Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memperuntukkan bantuan Prihatin sebanyak RM968,680 khusus untuk penanam kenaf di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata jumlah itu melibatkan 1,357 penanam dengan keluasan tanaman lebih 1,937 hektar."Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) ini diberikan dalam bentuk input pertanian pada kadar RM500 bagi setiap hektar tanaman," katanya dalam kenyataan sempena lawatan ke LKTN Kedah di sini, hari ini.
JITRA - Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memperuntukkan hampir RM1 juta bantuan Prihatin bagi membantu 1,357 penanam kenaf di seluruh negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, jumlah berkenaan melibatkan penanam yang mengusahakan tanaman seluas 1,937.36 hektar.Bagaimanapun katanya, hari ini seramai 54 penanam membabitkan 95.5 hektar tanaman itu di Kedah turut menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM47,950.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/536878/rampas-tembakau-awet-rm100000
Sumber: hmetro.com | Hazira Ahmad Zaidi |
PIHAK berkuasa berjaya merampas 3,594 kilogram tembakau diawet bernilai RM100,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran.Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Kelantan Samsudin Noor berkata, semua tembakau itu diisi dalam 179 plastik dirampas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan di Kampung Pangkal Jenereh, Machang, pada 12 Januari lalu.
KIRA-kira 1,000 hektar tanah terbiar di Terengganu akan diusahakan projek tanaman kenaf akhir tahun ini.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana terdapat kira-kira 8,000 tanah terbiar di negeri ini, dan ia boleh diusahakan golongan muda terutama lepasan universiti yang belum bekerja.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (dua, kiri) melihat komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) Tasblock brasaskan kenaf ketika meninjau pembinaan pejabat pameran di Pusat Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf, Kawasan Perindustrian Saujana hari ini. - Foto BernamaSETIU - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan semua projek pembinaan di seluruh negara akan menggunakan sekurang-kurangnya 20 peratus bahan binaan berasaskan kenaf pada masa hadapan.
PUTRAJAYA: Sektor koko telah mencatat pendapatan eksport sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2019 dengan sumbangan sektor hiliran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak RM1.6 bilion.
KUALA LUMPUR: Firma pengisar koko keempat terbesar di dunia, Guan Chong Bhd memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak 25 juta euro (kira-kira RM120 juta) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 bagi pembinaan kilang bahan koko baharu di Ivory Coast.Perbelanjaan adalah sebahagian daripada inisiatif kumpulan untuk meningkatkan kedudukannya sebagai penggiat industri utama dalam pasaran global, selain meningkatkan kecekapan dan kemampanan.Pengarah Urusan Kumpulannya, Brandon Tay Hoe Lian, berkata program pengembangan itu terus dijalankan walaupun terdapat ketidakpastian berikutan pandemik COVID-19, selain disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan dan jangka panjang dalam penggunaan bahan koko di peringkat global.
ALOR SETAR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mewujudkan hab usahawan coklat di Langkawi sebagai produk pelancongan terbaharu di Kedah.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pada peringkat awal, seramai 20 usahawan baharu disasarkan menyertai projek oleh Lembaga Koko Malaysia itu.
Beliau berkata, pemberian geran sebanyak RM1.5 juta disediakan kepada usahawan coklat untuk pembangunan hab usahawan coklat di Langkawi tersebut.
"Malaysia adalah pembekal utama koko yang dikisar di Asia manakala kelima di seluruh dunia. Jadi, kita mengambil peluang dengan membangunkan hab coklat di kawasan Langkawi.
"Untuk peringkat awal, kita menyediakan geran sebanyak RM3,000 dalam bentuk mesin dan seumpamanya untuk setiap usahawan berminat menyertai hab usahawan Langkawi itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja dan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor Dr Mohd Khairuddin di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
"Buat masa ini, kita buka permohonan geran kepada 20 peserta dan mengalu-alukan penyertaan usahawan coklat kerana masih belum ada peserta. Jikalau ramai berminat, maka kita akan sediakan lebih banyak geran berkaitan," katanya.
Menurutnya, sebuah tapak di Langkawi akan dipilih untuk membangunkan projek terbabit dengan mengumpulkan usahawan berkaitan untuk menghasilkan dan memasarkan coklat.
Beliau berkata, cadangan terbabit akan menjadikan Langkawi sebagai antara hab coklat terbaharu negara selepas projek sama dibangunkan di beberapa negeri seperti Terengganu sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Dr Mohd Khairuddin berkata, kementerian turut mencadangkan tiga projek utama iaitu pembangunan ladang komuniti getah, pembangunan ladang buluh di kawasan terosot, peluasan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf dan projek pembangunan ladang komuniti demi membangunkan industri komoditi di Kedah.
Menurut beliau, setiap peserta projek dijangka mampu memperoleh pendapatan sehingga hampir RM2,000 sebulan melalui projek pembangunan ladang komuniti getah.
"Bagi pembangunan ladang buluh, kita menjangkakan pendapatan bersih sebanyak RM14,000 setiap hektar yang melibatkan kawasan seluas 500 hingga 1,000 hektar," katanya.
Menurutnya, peluasan kawasan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf dengan tambahan sehingga 300 hektar pula dianggarkan dapat menghasilkan 90,000 kilogram (kg) biji benih tambahan kepada keperluan biji benih kenaf negara.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, ketiga-tiga projek berkenaan akan memberi manfaat kepada penduduk tempatan menjana tempatan dan peluang pekerjaan.
"Sebagai pembangunan ladang nukleus bagi biji benih kenaf yang sedang dilaksanakan di Kedah yang dicadangkan diperluaskan kawasan dijangka mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan menjana pendapatan kepada 470 penduduk tempatan.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya menyambut baik cadangan tersebut dan bersedia memberikan kerjasama untuk kepentingan ekonomi dan rakyat khususnya," katanya.Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/88063/BERITA/Nasional/Hab-coklat-bakal-diwujudkan-di-Langkawi© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
https://www.sinarharian.com.my/article/88063/BERITA/Nasional/Hab-coklat-bakal-diwujudkan-di-LangkawiSumber: sinarharian.com.myNURUL HIDAYAH HAMID | | 16 Jun 2020
LANGKAWI, 16 Ogos -- Hab coklat Langkawi dijangka meningkatkan sumbangan sektor pembuatan coklat dan produk koko negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata hab itu bakal merancakkan pembangunan sektor hiliran koko dan mempromosi coklat buatan tempatan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan aktiviti pengeluaran produk coklat.Menurutnya sektor pembuatan coklat dan produk koko mencatat pendapatan nilai eksport sebanyak RM1.14 bilion iaitu 17.3 peratus pada 2019, peningkatan sebanyak 10.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
KOTA SAMARAHAN, 21 Dis — Industri hiliran berasaskan koko di Sarawak mempunyai masa depan yang baik dan berdaya maju berikutan negeri ini antara pengeluar serbuk koko yang terbaik, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin.Beliau berkata industri koko negara, khususnya di Sarawak memerlukan hala tuju baharu, dengan mengembangkan aktiviti hiliran komoditi itu dalam pengeluaran serbuk koko dan coklat.
PUTRAJAYA: Dua kit diagnostik penanaman koko diperkenalkan iaitu Kit Diagnostik KokoCorrect dan KokoSelect bagi meningkatkan mutu hasil tanaman itu di negara ini agar lebih berkualiti tinggi.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, hasil penyelidikan bioteknologi Lembaga Koko Malaysia (LKM) itu dibangunkan untuk membantu pembiak baka koko bagi mengenal pasti baka dan ciri agronomi pokok seperti hasil dan lemak koko yang tinggi.
KUALA LUMPUR, 4 Ogos -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah merancang dan memohon peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk memperkenalkan Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko.
Insentif tersebut adalah salah satu strategi untuk menggalakkan pengusaha koko meningkatkan pengurusan kebun yang baik yang seterusnya meningkatkan pengeluaran dan produktiviti hasil ladang.
LANGKAWI hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai hab coklat negara bagi merancakkan pembangunan sektor hiliran koko dan tarikan pelancong ke pulau itu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu seiring hasrat kementerian menjadikan Malaysia sebagai Raja Coklat di rantau Asia.
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah mengadakan lawatan kerja ke Johor pada 11 Mei 2020 bagi memantau tahap pematuhan terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Lawatan kerja ini juga bagi meninjau isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri koko dengan lebih dekat terutama semasa tempoh PKPB.
Terkini Malaysia adalah merupakan negara pemproses biji koko yang kedua terbesar di Asia dan ketujuh di dunia dengan menguasai 22 peratus pasaran produk berasaskan koko bagi rantau Asia dan Oceania. Nilai eksport coklat khususnya adalah sebanyak RM1.14 bilion pada tahun tersebut berbanding RM1.03 bilion pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus.
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pada hari ini, 5 Jun 2020, YB Tuan Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Lembaga Koko Malaysia di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak bagi meninjau perkembangan dan kemajuan terkini pembangunan kompleks SARA Cocoa Cluster.
SARA Cocoa Cluster merupakan kawasan penanaman koko yang tertumpu di Sebuyau, Asajaya, Kota Samarahan dan Padawan yang turut melibatkan kawasan parlimen Puncak Borneo. SARA Cocoa Cluster ini dicadangkan untuk diperluaskan lagi sehingga merangkumi kawasan Tebedu dan Serian. Di negeri Sarawak, keluasan tanaman koko adalah seluas 860 hektar dengan seramai 1,138 orang pekebun kecil koko.
KOTA SAMARAHAN, 5 Jun -- Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menubuhkan kluster koko Sarawak (SARA Cocoa Cluster) bagi mengembangkan lagi kegiatan penanaman koko dan pengeluaran produk berasaskan komoditi itu.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Willie Mongin hari ini berkata penubuhan kluster ini juga adalah selaras dengan potensi besar yang dimiliki Sarawak untuk menjadi pengeluar produk berasaskan koko, terutamanya produk coklat.
Sumber: Sinar Harian Mukasurat 41
https://www.utusanborneo.com.my/2019/06/25/nilai-eksport-coklat-meningkat-sejak-2015Sumber: utusanborneo.com.myKULAI: Coklat buatan Malaysia diterima baik di luar negara apabila nilai eksport produk itu menunjukkan peningkatan sejak 2015.Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata nilai eksport coklat meningkat kepada RM1.03 bilion pada 2018 daripada RM868.60 juta pada 2017.“Manakala bagi suku pertama tahun ini, ia mencatatkan RM233.42 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran produk komoditi dan pelancaran produk koko di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini semalam.Beliau berkata, nilai eksport coklat berjumlah RM598.09 juta (2016) dan RM470.99 juta pada 2015.Kok berkata buat masa ini, coklat negara dieksport ke 128 negara terutama Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan China.
PASIR GUDANG: Guan Chong Berhad (GCB) merupakan syarikat pengisar koko terbesar di Malaysia bahkan merupakan pengisar keempat terbesar di dunia dengan kapasiti pengisaran sebanyak 250,000 tan metrik setahun.Dengan kemampuan tersebut GCB menjadi pembekal utama kepada syarikat-syarikat coklat dan industri makanan dan minuman (F&B) seperti Nestlé, Mars, Hershey’s dan Cadbury.Perkara itu, dinyatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali dalam lawatan kerja ke ibu pejabat Guan Chong Berhad yang terletak di Pasir Gudang, Johor hari ini.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Lembaga Koko Malaysia (LKM) menjangkakan penyertaan lebih ramai pekebun kecil dalam industri koko susulan jangkaan pengembangan kawasan penanaman daripada 15,000 hektar ketika ini di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Ramle Kasin berkata aspirasi ini sudah pastinya akan memerlukan penyertaan lebih ramai pekebun kecil daripada 14,000 sekarang untuk menjana pendapatan kukuh berbanding RM6.6 bilion pada 2019.“Coklat merupakan makanan kesukaan orang ramai. Jadi, kita tidak menjangkakan sebarang penyusutan permintaan. Bagaimanapun, kita perlu menambah baik pengeluaran kita,” katanya kepada Bernama.
Berhasrat mengembalikan kegemilangan industri koko negara, syarikat Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd komited meluaskan cabang perniagaan menerusi segmen edu-tourism (pendidikan pelancongan) berkaitan koko.
Pengarah Eksekutif Shahril Omar, 38, berkata, operasi perniagaannya itu menumpukan kepada pengeluaran produk berasaskan coklat di samping menawarkan segmen kontrak pembuatan (OEM) dan penyesuaian produk.
JOHOR BAHRU, 11 Mei -- Sumbangan aktiviti pengisaran dan pendapatan eksport daripada koko dan produk-produk berasaskan koko dijangka menyusut sebanyak 18 peratus tahun ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penularan COVID-19.Sehubungan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman mengadakan lawatan kerja hari ini bagi meninjau sendiri industri koko, khususnya untuk memantau tahap pematuhan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Pengisar koko keempat terbesar dunia, Guan Chong Bhd (GCB) berjaya menyelesaikan terbitan tranche pertama Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) bernilai RM300 juta.Sukuk Wakalah itu bertempoh tujuh tahun dan telah diberikan penarafan awal pada AA-IS dengan unjuran stabil oleh Malaysian Rating Corporation (MARC).Menerusi kenyataan hari ini, GCB menjelaskan ia mungkin menerbitkan tranche baki Sukuk Wakalah bernilai RM500 juta berikutnya pada bila-bila masa dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Sentuhan Kasih Kinabatangan di Kampung Lot M
KINABATANGAN: Kerajaan akan memperkasakan kembali industri koko supaya menjadi komoditi penting seperti dahulu di Sabah. Adun Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, semua pihak termasuk pekebun kecil koko perlu duduk bersama bagi meneliti bagi mengembalikan kegemilangan tersebut. Katanya, kerajaan prihatin dan cakna terhadap masalah dihadapi pekebun-pekebun kecil yang sering berhadapan dengan serangan monyet terhadap tanaman mereka.
ALOR SETAR, 16 Jun -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bercadang untuk membangunkan ladang komuniti getah, ladang buluh di kawasan terosot dan peluasan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf dalam usaha melonjakkan industri komoditi di Kedah.Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini bagi membincangkan isu dan cabaran industri komoditi negara.
KUALA NERUS, 3 Mei - 100 peratus sektor ekonomi dibawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dibenarkan beroperasi, mulai Isnin.Namun kelonggaran pelepasan itu boleh ditarik balik sekiranya melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.Menterinya, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelepasan sepenuhnya itu meliputi kelapa sawit, getah, kenaf dan koko dalam sektor perladangan, pengilangan dan jual beli dagangan.
Syarat turut diperketat sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Lada hitam ialah rempah yang banyak digunakan di seluruh dunia. Selain kegunaannya, lada hitam juga penuh dengan khasiat dan kebaikannya. Rempah ini digunakan untuk memasak atau digunakan sebagai penambah perisa makanan. Mempunyai pasaran dan penggunaan yang luas, lada hitam boleh dikatakan sebagai ‘Raja Rempah’.Kandungan piperina (alkaloid) membuatkan rasa pedas dalam lada hitam. Alkaloid merupakan sebatian semulajadi yang mengan¬dungi nitrogen, yang biasanya terdapat di dalam tumbuhan, dan digunakan dalam ubat-ubatan.
KUCHING, 22 Disember -- Anak jati Sarawak berketurunan Dayak, Philip Gaweng yang berpengalaman selama 39 tahun dalam industri lada telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (LLM) yang baharu.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin yang menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Philip semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan LLM di sini, hari ini berkata, pelantikan yang berkuatkuasa sejak 1 Disember lepas itu merupakan satu penghargaan besar kepada kaum berkenaan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, demikian diumumkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin.Anyi menggantikan Larry Sng Wei Shien, yang merupakan Ahli Parlimen Julau.
LADA hitam digunakan secara meluas dalam masakan bagi menambah keenakan dan untuk perubatan tradisional Melayu.Ia bukan sekadar rempah biasa kerana mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.Lada hitam mengandungi serat makanan dengan sejumlah kecil protein dan karbohidrat.Rempah ini juga tinggi mineral termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium.
KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus berusaha memastikan pembangunan sosioekonomi lebih 34,701 pekebun kecil lada dengan kawasan penanaman lada seluas 7,375 hektar di seluruh negara terjamin.Timbalan Menterinya Willie Mongin berkata, usaha itu dibuat memandangkan sektor lada adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara terutama masyarakat luar bandar.
BETONG: Pejabat Pertubuhan Peladang Betong akan dibekalkan dengan mesin memproses lada untuk digunakan oleh pekebun komoditi itu khasnya di sini.Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Pejabat Pertanian Bahagian di sini juga akan dinaik taraf bagi tujuan tersebut.Mesin memproses lada itu katanya akan dibekalkan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED).
KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Pelantikan ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau sebagai pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) amat penting kepada penduduk Sarawak terutama pekebun kecil lada, memandangkan 98 peratus tanaman lada Malaysia tertumpu di negeri itu.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Willie Mongin berkata kerajaan berharap hala tuju industri lada negara dapat direalisasikan melalui kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dan negeri susulan pelantikan Anyi berkuat kuasa 1 Julai, 2020.
Dakwaan bahawa anak syarikat Lembaga Lada Malaysia (MPB) berhasrat untuk membolot operasi pembelian komoditi itu dan mengetepikan kebajikan pekebun adalah tidak berasas.Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin, ketika menjelaskan perkara itu berkata anak syarikat MPB, Sara Spice Berhad (SSB) sebaliknya diberikan fungsi sebagai jentera pelaburan dan menjalankan beberapa strategi pemasaran lain.
Willie Mongin (Gambar fail)
KUCHING, 2 Okt -- Kerajaan memperuntukkan RM16. 11 juta untuk membantu pekebun kecil lada, terutamanya di Sarawak bagi menyelenggara kebun mereka dalam menghadapi pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin.Beliau berkata kerajaan telah menyediakan RM7 juta di bawah Program Pembangunan Kawasan Lada (PPKL) pada tahun ini sahaja untuk membantu pekebun lada memperluaskan lagi kawasan tanaman atau menggantikannya dengan tanaman ekonomik yang lain.
PELAWA: Willie bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat MPB di Kuching. — Gambar Chimon Upon
KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempelawa pelabur dalam dan luar negara yang berminat menjadi pengusaha lada berskala komersial di peringkat huluan di Sarawak.
Timbalan Menterinya Willie Mongie berkata, kementerian akan memberi sokongan dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memperkasakan industri lada di peringkat huluan dan seterusnya di peringkat hiliran.
Willie (tengah) merakamkan gambar bersama penerima bantuan dan surat kelulusan dari MPB di Kuching hari ini.
KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempelawa pelabur dalam dan luar negara yang berminat menjadi pengusaha lada berskala komersial di peringkat huluan di Sarawak. Timbalan Menterinya Willie Mongie berkata, kementerian akan memberi sokongan dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memperkasakan industri lada di peringkat huluan dan seterusnya di peringkat hiliran.
ROMPIN, May 28 (Bernama) -- The Ministry of Primary Industries have urged Menteris Besar and Chief Ministers to facilitate the ownerships of land which are worked by the Orang Asli by planting oil palm.
Its deputy Minister Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin said this was because the ownership of land was the main prerequisite in the Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) certification which must be mandatorily complied with by the end of the year.
‘’The government have stipulated the MSPO certification which involves the participations of all quarters in the palm oil industry including smallholders, plantation owners and factories to ensure the national palm oil is sustainably produced.
‘’We are facing several challenges to help the Orang Asli smallholders obtain the MSPO certifications but the most challenging issue is in the land ownership and hope we can get the co-operation of the Menteris Besar and Chief Ministers in solving it,’’ he told Bernama here Monday.
Shamsul Iskandar was met after launching the programme ‘Jom MSPO Pekebun Kecil Orang Asli Pahang’ at Dewan Besar DARA, Muadzam Shah here today, which was also attended by the Pahang Orang Asli development Department (JAKOA) director Johari Alwi.
During the ceremony, Shamsul Iskandar also handed over the MSPO certifications to 26 Orang Asli oil palm smallholders from Pahang and a fund of RM10,000 each to the Sustainable Oil Palm Planting Co-operatives of Bera and Maran districts.
He said the Malaysia Palm Oil Board (MPOB) also took the initiative of uniting smallholders by forming the Sustainable Palm Oil Clusters (SPOC) in the effort to help them obtain the MSPO certification.
Source: The Edge Markets page 9
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/01/558300/malaysia-open-davos-talks-india-amid-palm-oil-spatSource: nst.com.my
Malaysia’s trade minister is open to meeting his Indian counterpart at the World Economic Forum gathering this week. -REUTERSBy Reuters - January 20, 2020 @ 9:37pmKUALA LUMPUR: Malaysia’s trade minister is open to meeting his Indian counterpart at the World Economic Forum gathering this week, his ministry said on Monday, after New Delhi said no such encounter was possible amid a spat over palm oil supplies.It was the second time in the last four days Malaysia expressed the possibility of such a meeting in Davos, during a standoff between a major supplier and buyer of palm oil caused by Malaysia’s criticism of Indian policies.Malaysia’s Ministry of International Trade and Industry (MITI) reiterated that India’s trade ministry first sent a request on Dec 24 - before India placed curbs on imports of refined palm oil - for a bilateral meeting between the two ministers in Davos.
http://mrem.bernama.com/viewsm.php?idm=36591Source: bernama.comTuesday 21/01/2020
KUALA LUMPUR, Jan 21 (Bernama) -- Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) would like to refer to the Government announcement on 5 October 2019 that ONLY those who have successfully obtained the Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) certification or initiated the certification process before 1 January 2020 are eligible to apply for MSPO incentive.
Thus, with effect from 1st January 2020, MSPO incentives are only claimable by those entities who have signed agreements with Certification Bodies (CBs) before 1st January 2020 or are already in the process of MSPO certification audit.
Source: New Straits Times page 19
https://www.theedgemarkets.com/article/mspo-incentives-only-those-who-sign-agreement-certification-bodiesSource: theedgemarkets.comKUALA LUMPUR (Jan 21): The Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) certification scheme incentives are only claimable by industry players who have signed agreements with the certification bodies before Jan 1, 2020, says the Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC).Its chief executive officer Chew Jit Seng in a statement said the eligibility criteria, which took effect on Jan 1 this year, also include those who are already in the process of MSPO certification audit.“As such, growers with more than 40.46 hectares or 100 acres of oil palm and palm oil processing facilities who have initiated the MSPO/Supply Chain Certification Standard certification process will need to submit a copy of the signed agreement with the appointed certification body to the MPOCC,” he said.
https://www.theborneopost.com/2019/06/20/palm-oil-industry-makes-joint-call-for-cspo-support/Sumber: theborneopost.com Sime Darby and EPOA as well as other industry associations, stakeholder companies and civil society bodies, have issued a joint call to action for all European stakeholders to actively support the sustainable palm oil choice initiative. — Reuters photoKUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd and the European Palm Oil Alliance (EPOA) as well as other industry associations, stakeholder companies and civil society bodies, have issued a joint call to action for all European stakeholders to actively support the sustainable palm oil choice initiative.EPOA chair Frans Claassen said the initiative’s objective was to drive the uptake of Certified Sustainable Palm Oil (CSPO) by all stakeholders in Europe’s food manufacturing value chain.“The goal is for all manufacturers and retailers to choose and use only CSPO in their production and to achieve the target of 100 per cent CSPO in European food manufacturing by 2020,” he said in a statement yesterday in conjunction with the Sustainable Palm Oil Dialogue event in the Netherlands recently.He added that the initiative sought to reverse this and increase market acceptance for CSPO by engaging stakeholders who are already committed to it to speak up for CSPO and inspire others not only to choose and use it, but also to advocate it.“We have to empower companies, retailers and consumers to choose sustainable palm oil. I believe we will achieve this by telling honest stories about the impact of sustainable production on the ground,” he said.Claassen also said that making the choice for sustainable palm oil across Europe would help safeguard rainforests and their biodiversity across the world.“Choosing palm oil that is produced sustainably also protects smallholders, uplifts their earning potential, and helps create fair and socioeconomic conditions for growers and workers active across the global palm oil supply chain,” he said.Meanwhile, Orangutan Land Trust executive director Michelle Desilets said palm oil did not have to result in deforestation or biodiversity loss, and by demanding responsible palm oil, the industry can help ensure that it does not occur.“Our supporters have been confused by messages in the public domain, such as from some UK retailers, that a blanket boycott of palm oil is desirable, a position we categorically do not share. I am personally committed to supporting and promoting 100 per cent sustainable palm oil in Europe,” she said.The Sustainable Palm Oil Dialogue event was attended by Sime Darby Plantation, Agropalma, Cargill, Fedepalma, Nutella and Palma Organica, among others. — Bernama
KUALA LUMPUR, July 22 — Palm oil industry may see a full recovery in the fourth quarter of this year if Covid-19 pandemic is manageable and contained, Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) said.The council also believed that there is a possibility of a rebound in the market given the ultra-loose monetary policies of many central bankers and the government’s stimulus package.
http://bernama.com/en/news.php?id=1807593Source: bernama.comLast update: 18/01/2020 By Aishah Mohmad Afandi
KUALA LUMPUR, Jan 18 -- A picture of an orangutan clinging to its life with the backdrop of a burning forest covered in smoke and linking it to oil palm and deforestation has had its fair share in determining the golden crop's reputation globally.
However, is it the whole truth or a game of perception by some quarters in cherry-picking what they want the world to believe in
In fact, the cultivation of soybean to date is still a major driver of deforestation in the Amazon basin, to a point it is quickly endangering the animals who call it home.
MUAR, 16 April -- Muar yang dikenali sebagai Bandar Perabot Malaysia menyumbang hampir 60 peratus kepada eksport perabot Malaysia yang bernilai RM10 bilion tahun lepas, namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan operasi industri itu.Justeru, Presiden Persatuan Perabot Muar (MFA) Ong Yeou Huan mencadangkan enam langkah untuk dipertimbang kerajaan bagi membantu syarikat perabot di bandar itu yang 80 peratus daripadanya terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Source: The Malaysian Reserve page 14
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/19236-airasia-bakal-bangunkan-penerbangan-biodiesel-berasaskan-minyak-sawitSumber: berita.rtm.gov.my
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan membangunkan penerbangan biodiesel berasaskan minyak sawit dalam penerbangan mereka.Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menjelaskan, syarikat tersebut akan bekerjasama dengan syarikat penyelidikan dan kementerian berkaitan untuk merealisasikan perkara itu.Katanya, industri penerbangan menambahkan kira-kira 2% kepada pelepasan karbon.
Sumber : Berita Harian Ms 802 Oktober 2020
Malaysia adalah pengeluar minyak sawit paling berpengaruh dalam industri ini - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Langkah diambil Bursa Komoditi Dalian China untuk membuka kontrak niaga hadapan minyak sawit kepada pelabur antarabangsa baru-baru ini akan memberi persaingan, namun tidak mendatangkan kesan kepada Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dalam jangka pendek.Berkuatkuasa pada 22 Disember lalu, China membenarkan pelabur asing untuk mengakses perdagangan kontrak niaga hadapan minyak sawitnya dalam usaha untuk menjadi peneraju harga komoditi global.
BERITA HARIAN MS 37 23 September 2020
DUA bulan yang lalu, Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah mengeluarkan kenyataan bahawa KPPK telah membuat satu ketetapan dan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) melalui Mekanisme Penyelasaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa tindakan undang-undang ini dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu dilaksanakan berdasarkan kepada asas dan justifikasi serta selaras dengan prinsip amalan perdagangan yang telah digariskan oleh WTO.
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih TH Plantations Bhd, syarikat perladangan 74 peratus milik Lembaga Tabung Haji (TH). melonjak kepada RM8.16 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2020 berbanding kerugian bersih berjumlah RM19.15 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Ia didorong pemerolehan pendapatan yang lebih tinggi pada RM127.57 juta daripada RM106.11 juta.Syarikat perladangan itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia mengaitkan prestasi kali ini dengan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih baik yang direkodkan dalam suku kedua 2020, apabila ia meningkat kepada RM2,236 satu tan daripada RM1,905 dalam suku kedua 2019.
BANTUAN: Madius (empat kanan) menyampaikan bantuan kepada seorang wakil penerima. Turut kelihatan, Joisin (tiga kiri), Sofian (dua kiri) dan Frankie Goh (tiga kanan).TUARAN: Keputusan Sabah COVID-19 Command Centre untuk membenarkan 18 jeti persendirian industri kelapa sawit di negeri ini beroperasi sangat dialu-alukan.
PUTRAJAYA, 11 April -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedia membantu kerajaan negeri Sabah memantau pematuhan ladang dan kilang sawit terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) ekoran keputusan Sabah membenarkan ladang dan kilang sawit di negeri itu meneruskan operasi. Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta komitmen daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemilik Ladang Sawit Malaysia (MEOA) akan memastikan ladang dan kilang sawit di seluruh Sabah mematuhi Panduan Pengoperasian Ladang Semasa Wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah pada Jumaat membuat keputusan untuk membenarkan ladang dan kilang sawit di enam daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan untuk beroperasi, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kenyataan berkata, ladang dan kilang sawit yang beroperasi mesti mematuhi syarat-syarat berikut: a) Tidak mempunyai kes positif Covid-19;
b) Tiada individu dalam siasatan Covid-19 (PUI Covid-19);c) Pekerja ladang dan kilang sawit tiada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 atau PUI Covid-19;d) Perlu mematuhi panduan pengoperasian ladang semasa wabak Covid-19, yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).“Bagaimanapun, jika ladang dan kilang sawit yang sedang beroperasi itu didapati mempunyai kes positif Covid-19 atau PUI Covid-19; atau kontak rapat dengan kedua-dua mereka, maka kebenaran untuk beroperasi akan ditarik balik serta-merta,” katanya.
KENALI GPS: Uggah (kiri) dan Chuat (dua kiri) menunjukkan bendera GPS kepada rakyat yang hadir pada perhimpunan itu sambil disaksikan Temenggung Richard Mulok (kanan) di Betong semalam.BETONG: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) akan mendapatkan bantuan daripada konglomerat perdagangan minyak sawit, Sime Darby untuk meningkatkan pengeluaran minyak sawit di sini.Pengerusi SALCRA yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian dalam kenyataannya semalam di Rumah Entrie Tabakang di Lempaong Anyut, Betong di sini.Uggah telah melancarkan Jelajah GPS untuk kawasan Bukit Saban bagi cabang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang turut dihadiri Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu.“Pasukan dari Sime Darby akan datang untuk menyiasat mengapa pihak berkuasa tidak dapat menghasilkan output yang diinginkan yang akan diterjemahkan kepada pulangan yang lebih tinggi dividen dan bonus bagi pemilik tanah yang mengambil bahagian. Saya tahu SALCRA sedang menghadapi masalah.“Jadi, saya berharap Sime Darby dapat membantu kami menyelesaikannya dan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pemilik tanah yang telah mengambil bahagian. Sudah tentu kita mengharapkan kerjasama semua,” katanya.SALCRA pada Januari tahun lalu juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sime Darby untuk menjalankan rangka kerja kolaboratif untuk mewujudkan kerjasama komersial sinergistik nilai rantaian minyak kelapa sawit.Kerjasama ini akan menaikkan standard industri minyak kelapa sawit Sarawak dari segi kecekapan operasi dan produktiviti melalui amalan agronomi terbaik.Justeru katanya, pemilik tanah yang yang telah menyertai projek SALCRA masih boleh membuat pilihan untuk menyertai atau sebaliknya.“Tetapi nasihat saya kepada mereka supaya tidak menjual tanah untuk mendapatkan keuntungan yang cepat,” ujarnya.Uggah yang juga timbalan presiden PBB ketika menyentuh soal politik berkata GPS hanya bekerjasama dengan kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) dan bukannya bergabung dengannya.“Parti Tindakan Demokratik (DAP) menuduh kita bergabung dengan PAS yang berada dalam kerajaan PN.“Tetapi dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebelumnya, DAP bekerjasama dengan Parti Amanah Negara yang merupakan sebahagian daripada orang-orang PAS. Jadi kenapa layanan berat sebelah kini?“GPS masih menentang segala bentuk ekstremis terhadap agama dan kaum dan hakikatnya, Sarawak tidak pernah mempunyai konflik perkauman atau agama.“Mengapakah sekarang ada yang beralih untuk mengeksploitasi sentimen perkauman atau keagamaan untuk agenda dalaman mereka? Kenapa perlu memperlagakan isu sedemikian,” tegasnya.Pihak GPS kita tidak akan menindas mana-mana agama. Malahan kita merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang mempunyai Unit Untuk Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang membantu semua agama bukan Islam.“Tahun ini misalnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memperuntukkan bajet RM50 juta kepada UNIFOR untuk membantu pembangunan fizikal pelbagai rumah ibadat di negeri ini,” katanya.Justeru, Uggah berharap semua rakyat Sarawak akan terus memelihara keharmonian kaum dan agama.Menyentuh jelajah yang diadakan itu, ia adalah sebagai persiapan Pilihan Raya Ne-geri akan datang dan rakyat di kawasan luar bandar perlu tahu bahawa GPS bukan lagi menyokong Barisan Nasional (BN) dan simbol burung kenyalang dengan huruf GPS itu akan digunakan dalam kertas undi.Beliau pada masa yang sama mengucapkan penghargaan kepada rakyat yang sentiasa menyokong GPS selama ini.
https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/10/mohon-bantuan-tingkat-pengeluaran-minyak-sawitSumber: utusanborneo.com.my
KUALA LUMPUR: Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka didagangkan lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang disokong oleh peningkatan eksport serta pemulihan sentimen terhadap komoditi itu.Ini berdasarkan jangkaan Malaysia, yang juga pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia, dapat meningkatkan jumlah eksportnya, termasuk ke China, India dan Pakistan.Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata eksport minyak sawit pada separuh kedua tahun ini dijangka meningkat 0.3 peratus kepada 10.50 juta tan berbanding 10.47 juta tan dalam tempoh sama 2019.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 30.4 peratus teknologi minyak sawit Malaysia telah dikomersialkan setakat ini dengan nilai pasaran mencecah RM3 bilion.Ini memberi manfaat kepada kemajuan industri sawit meliputi keseluruhan rantaian pengeluaran.Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata di sektor huluan, kemajuan teknologi dan penemuan saintifik adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil sawit."Ini meliputi penggunaan tanaman bermanfaat dan semburan udara penggunaan kulat bagi kawalan serangga perosak ulat bungkus dan kumbang badak serta formulasi baja bio bagi mengawal penyakit pokok sawit.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/649134/china-akan-terus-beli-minyak-sawit-malaysiaSumber: bharian.com SINGAPURA: Malaysia dijangka tidak mengalami kerugian daripada perniagaan sawit bersama China, walaupun Beijing akan meningkatkan pembelian kacang soya dari Amerika Syarikat (AS) selepas perang perdagangan.“Saya tidak fikir begitu,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dalam satu temubual Bloomberg Television bersama Haslinda Amin di Forum Ekonomi Dunia, dekat Davos, Switzerland.Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai impak terhadap eksport sawit yang kritikal kepada Malaysia.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 15
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menarik balik pilihan untuk memfailkan tindakan undang-undang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Kesatuan Eropah (EU) dan ‘Delegated Regulation’, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.“Kami melihat ‘Delegated Regulation’ merosakkan nama baik komitmen industri sawit Malaysia ke arah kelestarian mandatori kerana ia mewujudkan sekatan perdagangan tambahan dan menghalang usaha kita dalam rantaian bekalan sawit.
http://www.kosmo.com.my/negara/1-155-hektar-tanaman-kelapa-sawit-terengganu-diserang-ulat-pemakan-daun-1.827324Sumber: Kosmo | EZZUAN AHMAD | 22 Januari 2019 7:30 PM
Azman (dua dari kanan) sedang memasukkan cecair kimia pada sebatang pokok kelapa sawit yang disyaki diserang ulat pemakan daun di Felda Kerteh 5 dekat Dungun hari ini.DUNGUN - Sebanyak 1,155 hektar tanaman kelapa sawit merangkumi ladang dan kebun kecil di Terengganu didapati telah terjejas disebabkan serangan ulat pemakan daun.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/628280/25-juta-tan-tambahan-minyak-sawit-untuk-pasaran-india-chinaSumber: bharian.com.my | Oleh Suhaila Shahrul Annuar | PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN dengan Hakan Agro DMCC dan BOCE Global.MoU itu berkaitan penembusan permintaan tambahan pasaran sebanyak 2.5 juta tan minyak kelapa sawit dari Malaysia ke India dan China.Menerusi MoU berkenaan, Hakan Agro DMCC, sebuah syarikat yang menguruskan rantaian bekalan utama komoditi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mempunyai rangkaian perniagaan luas di India, memberi komitmen untuk membeli lebih sejuta tan minyak kelapa sawit untuk pasaran India.BOCE Global dari China pula sudah memohon kuota sejumlah 1.5 juta tan minyak kelapa sawit bagi pasaran China untuk tahun depan.Pada majlis itu, BOCE Malaysia/ASEAN diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan manakala Hakan Agro DMCC diwakili Pengarah Urusannya, Sudhakar Tomar dan BOCE Global diwakili Pengerusinya, Yan Dong Sheng.
KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Forum sehari mengenai 3-MCPD dan glisidil ester (GE) di Jakarta hari ini yang dianjurkan oleh Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mencadangkan satu tahap maksimum 3-MCPD pada 2,500 µg/kg atau 2.5 ppm bagi semua minyak sayuran, adalah had keselamatan boleh diterima bagi penggunaan.
KUCHING: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mendapati pencapaian mandatori pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di Sarawak masih rendah apabila 21,606 pekebun kecil persendirian dengan tanah seluas 129,783.34 hektar belum mendapat pensijilan.Timbalan Menteri, Willie Mongin dalam kenyataannya hari ini berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati peratusan pensijilan MSPO dalam kalangan pekebun kecil persendirian rendah di kelompok Q8 (Pantu, Bukit Begunan, Lingga, Simanggang), Q22 (Marudi) dan Q30 (Sebauh).
KUALA LUMPUR – Sejumlah 85.22 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman kelapa sawit di negara ini telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga 30 Julai lalu.MSPO dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Sirim Bhd. (Sirim) serta komuniti sawit negara dan telah dimandatorikan kepada seluruh rantaian industri sawit bermula 1 Januari lalu.Pegawai Komunikasi Sains MPOB, Laziana Ahmad berkata, industri minyak sawit di negara ini berorientasikan eksport dengan Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport sawit kedua terbesar di dunia, masing-masing menyumbang 26 peratus dan 34 peratus daripada jumlah keseluruhan global.
Sebanyak 88.1 peratus atau 5.1 juta hektar daripada 5.9 juta hektar ladang sawit telah peroleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat 19 November lepas, kata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).
Timbalan Menterinya, Willie Anak Mongin berkata bagi pencapaian peringkat negeri pula, Sarawak telah mencapai 100 peratus, Kelantan (95.5 peratus) Pahang (94.75 peratus) dan negeri lain dalam lingkungan 40-80 peratus.
http://www.kosmo.com.my/niaga/afjets-hasilkan-bahan-bakar-sawit-1.925797Sumber: kosmo.com | FATTAH MOHD. SAPIAI | 28 Jun 2019 3:00 AM
Ahmad Kadim menunjukkan hasil minyak sawit yang akan dibekalkan untuk menjana elektrik di Jepun ketika ditemui baru-baru ini.SHAH ALAM - Afjets Property Sdn. Bhd. (Afjets Property), berjaya menghasilkan bahan bakar daripada minyak sawit yang dikenali sebagai RBD Palm Oil Gen serta mewujudkan kerjasama untuk membekalkan dua juta tan produk berkenaan bagi penjanaan tenaga elektrik di Jepun setiap tahun.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Kadim Abdul Majid berkata, kerajaan Jepun melalui Kementerian Perdagangan, Ekonomi dan Industrinya telah bersetuju menggunakan bahan bakar tersebut melibatkan tempoh konsesi selama 20 tahun bermula 2020.Katanya, rancangan Afjets Property untuk menghasilkan bahan bakar daripada minyak sawit telah dijalankan sejak 2006 dan ia semakin giat dilaksanakan selepas Jepun mula menggantikan penggunaan tenaga nuklear kepada tenaga boleh diperbaharui dan lebih lestari.“Selepas menghantar sampel minyak sawit yang dihasilkan, ternyata mereka sangat ber¬puas hati dengan kualitinya.“Tambahan pula, Malaysia mempunyai kelebihan sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan memiliki kemampuan untuk memberikan komitmen, ditambah hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua negara,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! di ibu pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini.Mengulas mengenai kemampuan dan kapasiti syarikat untuk membekalkan produk yang diminta, Ahmad Kadim memberitahu, pihaknya telah menghantar kertas cadangan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menjadi pembekal utama minyak sawit kepada Afjets Property untuk penghasilan bahan bakar tersebut.Difahamkan Felda memiliki kira-kira 450,000 hektar tanaman kelapa sawit yang mana sehektar tanaman boleh menghasilkan 19 tan kelapa minyak sawit.“Disebabkan itu Afjets Pro¬perty memilih untuk bekerjasama dengan Felda kerana kemampuannya untuk menjadi pembekal bagi tempoh yang lama dan pada masa sama, turut memberi pendapatan kepada institusi tersebut.“Bagi peringkat permulaan dan sebaik sahaja Jepun bersedia dengan stesen jana kuasa elektrik biomas, Afjets Pro¬perty akan meminta bekalan kelapa sawit antara 1.2 juta hingga 1.5 juta tan setahun de¬ngan bayaran sebanyak RM125 juta sebulan kepada Felda,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) memohon kadar ambang cukai durian runtuh minyak sawit mentah (MSM) dinaikkan kepada antara RM2,750-RM3,000 satu tan berbanding RM2,500 ketika ini.Ketua Eksekutifnya,Datuk Nageeb Wahab, berkata ini kerana kadar semasa yang digunapakai sudah tidak sesuai kerana kos operasi yang ditanggung oleh pengusaha komoditi itu telah meningkat.
TANJUNG MALIM - Malaysia akan mengambil peluang terhadap hubungan yang semakin baik di antara negara China dan India untuk meningkatkan eksport kelapa sawit.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hubungan dua hala antara China dan India kembali dalam kedudukan yang baik selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran.Menurutnya, eksport kelapa sawit negara sebelum ini terjejas berikutan hubungan diplomatik kurang baik dengan kedua-dua negara itu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan mewujudkan pasukan perundangan yang telah dipersetujui oleh Kabinet untuk mengambil tindakan terhadap kempen anti-sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu akan diambil melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 4
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan menahan minyak sawit dan produk komoditi itu yang dihasilkan FGV Holdings Berhad, anak syarikatnya dan sebarang usaha sama dengan syarikat itu di semua pintu masuk negara itu, berkuat kuasa 30 September.
Sumber : Berita Harian, Ms 4416 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) memaklumkan bahawa Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan mempertimbangkan petisyen untuk pembatalan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) terhadap minyak sawit dan produk sawit keluarannya.Pertimbangan pembatalan WRO itu akan dibuat menerusi maklumat atau laporan yang terhasil daripada audit oleh firma audit pihak ketiga yang boleh dipercayai, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, demikian menurut FGV hasil komunikasinya dengan CBP, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 17 Dis -- Asia Tenggara perlu mengumpulkan kekuatan kepimpinan tertingginya dan menolak agenda ke arah penyelesaian yang berkaitan isu minyak sawit yang lebih global seperti pensijilan standard, sambil membantu mengurangkan diskriminasi terhadap komoditi itu di Kesatuan Eropah (EU), kata Pakar Ekonomi dan Perunding Pertanian serta Pembangunan Luar Bandar Dr Isabelle Tsakok.
https://www.sinarharian.com.my/article/63769/BERITA/Nasional/Azmin-yakin-harga-sawit-terus-meningkat-tahun-depanSumber: sinarharian.com.my | NURUL HUDA HUSAIN | | 29 Disember 2019
SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin industri kelapa sawit akan terus berkembang positif tahun depan susulan kenaikan harga sawit mentah yang mencecah sehingga RM3,003 satu tan sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan juga komited dalam melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan seperti memperkenalkan biodiesel B20 di Malaysia bagi mewujudkan permintaan pasaran yang kukuh."Alhamdulillah, harga minyak sawit mentah telah mencecah RM3,003 satu tan beberapa hari yang lalu.
PUTRAJAYA, 7 Feb -- Bahagian pasaran minyak sawit Malaysia di Pakistan dijangka berkembang daripada 22 peratus ketika ini susulan komitmen daripada Karachi untuk membeli lebih banyak minyak sawit negara, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.Selain janji daripada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan untuk membeli lebih banyak minyak sawit Malaysia, Kok berkata pengeluar di negara tersebut juga menunjukkan minat mereka terhadap minyak sawit Malaysia semasa lawatan beliau ke kilang penapis di Karachi baru-baru ini.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 6
Sumber : Berita Harian, Ms 718 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 714 Oktober 2020
PETALING JAYA, 21 Julai -- Permintaan untuk minyak sayuran akan terus meningkat seiring dengan populasi dunia yang dijangka meningkat kepada sembilan bilion pada tahun 2030 daripada 7.5 bilion ketika ini dan minyak sawit perlu mengambil peluang terhadap permintaan tersebut.Ketika industri terus menghadapi cabaran termasuk perubahan iklim dan penebangan hutan yang meningkat di beberapa kawasan paling sensitif terhadap alam sekitar dan biodiversiti, keperluan untuk ciptaan inovasi baharu untuk melindungi industri ini sangat penting.
KUALA LUMPUR: Program penggunaan Biodiesel B20 dalam sektor pengangkutan akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Jun tahun depan, dalam usaha meningkatkan permintaan minyak sawit domestik.Penggunaan Biodiesel B20, iaitu adunan 20 peratus metil ester sawit (PME) dan 80 peratus diesel petroleum, sedang dilaksanakan secara berfasa sejak Januari lalu, bermula di Langkawi serta Labuan.Menerusi pelaksanaan Biodiesel B20, ia dianggar menambah penggunaan minyak sawit sebanyak 534,000 tan setahun.
Sumber: Sinar Harian Mukasurat 11
Sumber : Berita Harian Ms 5030 September 2020
KUALA LUMPUR - China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023 Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian pada sidang akhbar bersama susulan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi di sini hari ini. "Kami amat menghargai komitmen China untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit sehingga tahun 2023.
Kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir bahawa minyak sawit boleh membunuh virus COVID-19 mengundang pelbagai reaksi umum.Mendalami kenyataan beliau, apa yang dimaksudkannya adalah bahan berasaskan minyak sawit dalam produk pencuci mampu membersihkan kotoran dan menyah kuman.Minyak sawit seperti minyak sayuran lain terdiri daripada trigliserida iaitu gabungan gliserol dan asid lemak boleh menghasilkan pelbagai bahan bukan makanan termasuk untuk industri polimer, agrokimia, minyak pelincir, kosmetik dan bahan pencuci.
KUALA LUMPUR: India kelihatannya tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia, terutamanya sekiranya situasi pandemik COVID-19 di Indonesia semakin memburuk dan negara itu mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara pada masa ini.
"Negara itu (India) dijangka meningkatkan pembelian pada bulan-bulan akan datang kerana penghantaran dilaporkan menurun," kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam laporan tinjauan suku kedua minyak sawitnya di negara-negara Asia Selatan.Bagaimanapun, keadaan sekatan pergerakan ketika ini akan menjadi faktor penentu sama ada kuantiti import yang diperlukan boleh dicapai atau terus menambah kepada keadaan kegawatan sekarang, kata majlis itu.
PONTIAN, 22 Ogos -- Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPKK) mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat perladangan dan komoditi bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata golongan muda perlu mengisi kekosongan yang ada memandangkan jumlah tanah yang diperuntukkan bagi sektor perladangan masih luas.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan keputusan menutup keseluruhan operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di negeri berkenaan.Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kenyataan oleh Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemilik Ladang Sawit Malaysia (MEOA) pada 7 April lalu bahawa penutupan operasi ladang dan kilang sawit akan memberi implikasi ke atas sosio-ekonomi masyarakat Sabah mempunyai meritnya dan wajar dipertimbangkan semula oleh Kerajaan Negeri Sabah berdasarkan kes demi kes.
KONTRAK niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh berikutan bimbang mengenai bekalan selepas beberapa ladang telah menggantung operasi mereka akibat wabak koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan.Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata, dengan bulan Mac akan berakhir minggu depan, tumpuan adalah pada kedudukan stok akhir bulan susulan pengeluaran dan eksport yang rendah manakala penggunaan domestik dijangka sekali lagi mencatatkan prestasi yang baik.“Ekuiti Asia yang kukuh, prospek pengeluaran yang rendah dan pemberian tunai di bawah pakej rangsangan Malaysia yang kedua meningkatkan sentimen perbelanjaan pengguna," katanya kepada Bernama.Pada penutup, kontrak bulan semerta April 2020 meningkat RM67 kepada RM2,487 setan metrik, Mei 2020 meningkat RM31 kepada RM2,426 setan metrik, Jun 2020 menambah RM21 kepada RM2,378 setan metrik dan Julai 2020 meningkat RM14 kepada RM2,348 setan metrik.Jumlah dagangan berkurangan kepada 46,304 lot daripada 70,780 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 262,730 kontrak daripada 287,862 kontrak sebelumnya.- Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/75986/BISNES/Covid-19-Niaga-hadapan-minyak-sawit-mentah-ditutup-tinggiSumber: sinarharian.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Kilang Penapis Minyak Sawit Malaysia meminta kerajaan negeri Sabah membenarkan pemain industri dan rantaian bekalan untuk bekerja secara serentak sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Terhad (PKP).Pengerusinya, Jamil Haron, berkata saranan itu bertujuan mengelakkan gangguan operasi untuk memanfaatkan pengguna dan ekonomi secara keseluruhan.“Tanpa bekalan minyak sawit mentah yang berterusan, kilang penapis perlu menutup operasi dan menyebabkan kerugian pendapatan, pemberhentian kerja sementara dan pelbagai masalah lain, tidak termasuk pengurangan bekalan minyak masak di pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan semalam.
KUALA LUMPUR: Peserta industri sawit yang menjalankan urus niaga dan pengalihan keluaran kelapa sawit perlu membawa bersama surat perakuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KUALA LUMPUR: Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meminta syarikat makanan Amerika Syarikat, Kraft Heinz menarik balik kempen negatifnya terhadap minyak sawit dan dan mesej diskriminasi pada produk syarikat tersebut.
CPOPC berkata syarikat itu yang merupakan anggota Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) harus menjaga sensitiviti melibatkan isu minyak sawit di negara-negara pengeluar minyak sawit, dan penilaian yang lebih seimbang mengenai kelestarian global dan persekitaran."Produk syarikat itu banyak dijual di Indonesia dan Malaysia, dan syarikat Kraft Heinz mempunyai pejabat berpangkalan di Jakarta dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sumber : Berita Harian, Ms 3501 Disember 2020
(Gambar fail) Pekerja ladang, Dellas Uhon,32, menjalankan kerja menuai hasil sawit di Ladang Kelapa Sawit Bukit Tampoi, Dengkil. - Foto: NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) pada lapan peratus bagi Januari 2021.Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kadar duti eksport lapan peratus itu ditetapkan selepas harga pasaran MSM mencecah RM3,450 setan metrik dan ke atas.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1801642Sumber: bernama.com | Tarikh kemaskini: 21/12/2019
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Pelaksanaan semula cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) mulai bulan depan dijangka tidak menjejaskan permintaan terhadap komoditi tempatan itu di Kesatuan Eropah (EU), menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata pasaran EU kurang bimbang dengan mekanisme harga dan lebih mengambil berat mengenai kualiti dan kemampanan produk, yang boleh ditawarkan oleh MSM Malaysia.
“Apa yang akan berlaku ialah, untuk pasaran yang memilih MSM - terutamanya India, yang memilihnya berbanding minyak sawit ditapis - mereka mungkin mencari harga yang terbaik di peringkat global.
KUALA LUMPUR: Langkah India menyekat import minyak sawit Malaysia menyebabkan berlaku gangguan dalam aliran dagangan minyak makan global.
Ini berikutan Malaysia berusaha mencari pasaran yang tidak menjadi perhatian Indonesia, ketika republik itu mengalihkan bekalannya ke India.Dalam masa sama, India kini mahu menggantikan minyak sawit dengan minyak makan lain.
KUANTAN - Majlis Belia Felda Wilayah (MBFW) Kuantan mendakwa kenyataan Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengenai penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluaran minyak sawit di negara ini tidak berasas dan berniat jahat.
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menyediakan Dasar Penggunaan Dedak Isirung Sawit (PKC) sebagai langkah untuk memastikan industri makanan haiwan ternakan di negara ini terus berkembang selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan import.
Dasar tersebut akan kawal selia oleh agensi dibawah KPPK iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan kajian Mardi kos penggunaan PKC berbanding rumusan konvensional mampu menjimatkan kira-kira 15.42 peratus atau bersamaan RM83.75 juta bagi sektor ruminan dan 22.53 peratus (RM182.18 juta) bagi sektor unggas pada tahun 2019.
Beliau berkata, pasaran tempatan hanya memerlukan bekalan PKC sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengeluarannya dan sehingga Jun lalu sebanyak 1,165,588 tan dianggarkan bernilai RM686.7 juta telah dikeluarkan.“Sebanyak 1,199,912 tan PKC bernilai RM667.8 juta telah dieksport antaranya ke New Zealand, Pakistan, Korea Selatan, China, Arab Saudi, Australia dan lain-lain negara.
“Justeru, dengan adanya dasar ini kelak, ia bukan sahaja dapat mengawal selia PKC dari sudut pengeluaran dan penggunaannya malah satu mekanisme berdasarkan kuota bagi tujuan eksport akan diperkenalkan bagi menjamin bekalan di pasaran tempatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2020/10/11/dasar-penggunaan-pkc-mampu-lonjak-industri-ternakan-negara-kppk/Sumber : Kosmo Online
https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/12/datang-ke-malaysia-dapatkan-gambaran-jelas-kokSumber: Utusan BorneoLIPIS: Kementerian Industri Utama bersedia menjemput dan berbincang dengan penulis laporan artikel berat sebelah yang diterbitkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap produk-produk sawit, untuk datang ke negara ini.Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata tindakan itu perlu dilakukan antara pihak WHO dan saintis serta penyelidik negara yang telah membuat kajian tersebut bagi mendapatkan hasil kajian dan gambaran yang lebih jelas.
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi MPOB yang baharu berkuatkuasa semalam.Perlantikan Datuk Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK), Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.
04 Januari 2019 3:00 AM | Sumber : Utusan Malaysia
MALAYSIA bersedia untuk mengadu kepada WTO sekiranya Kesatuan Eropah terus mengenakan diskriminasi terhadap minyak sawit. – GAMBAR HIASANHAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA 3 Jan. - Malaysia akan membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sekiranya Kesa¬tuan Eropah (EU) terus melakukan diskriminasi terhadap minyak sawit.
Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, Malaysia juga merancang bekerjasama dengan Indonesia sekiranya masalah berkenaan semakin teruk dan menjejaskan ekonomi negara.
Sumber: Utusan Malaysia Mukasurat 11
Sumber: Berita Harian Mukasurat 43
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/650921/dua-standard-baharu-sokong-biodiesel-b20Sumber: bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) membangunkan dua standard Malaysia yang baharu, iaitu bahan api diesel MS123-4 High PME - Spesifikasi - Euro 2M dan bahan api diesel MS 123-5 High PME - Spesifikasi - Euro 5 untuk menyokong program biodiesel B20 negara.B20 adalah campuran 20 peratus metil ester sawit dan 80 peratus diesel petroleum.Standard baharu itu akan memberi manfaat kepada pengeluar kenderaan, pengeluar minyak, pengedar minyak dan peruncit minyak berikutan ia akan memberikan panduan dan rujukan mengenai keperluan kepada bahan api diesel metil ester sawit yang tinggi.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis minyak sawit meramalkan prospek untuk eksport minyak sawit negara ke India terus meningkat susulan laporan pengimport di negara Asia Selatan itu minggu lalu menandatangani perjanjian untuk membeli 200,000 tan komoditi itu.
KPPK telah mengenal pasti pasaran baharu yang berpotensi dibangunkan melalui pelaburan langsung atau pelaburan secara usaha sama. Gambar fail.KUALA LUMPUR: Prestasi keseluruhan eksport produk sawit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020 mencatatkan penurunan signifikan 34.8 peratus atau 793,257 tan kepada 1,486,521 tan berbanding 2,279,778 tan bagi tempoh yang sama pada 2019.
Sinar Harian Mukasurat 38
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/02/652349/eksport-sawit-indonesia-capai-paras-tertinggi-dalam-sejarahSumber: bharian.com.myJAKARTA: Pengeluar minyak sawit terbesar dunia, Indonesia mengeksport 36.18 juta minyak sawit dan produk berkaitan, termasuk biodiesel dan oleokimia tahun lalu.Data daripada Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI) menunjukkan, eksport meningkat 4.2 peratus daripada 34.71 juta tan 2018, didorong peningkatan permintaan daripada China, Asia Barat dan pasaran Afrika, yang mana menampung pengurangan permintaan daripada beberapa negara seperti India.Pengerusi GAPKI, Joko Supriyono, berkata India, pembeli terbesar minyak makanan, mencatat penurunan terbesar dari segi destinasi penghantaran pada tahun lalu berikutan tarif import lebih tinggi terhadap Indonesia berbanding pesaingnya, Malaysia.
KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit mentah (MSM) Malaysia ke benua Afrika dijangka meningkat kepada sembilan juta tan tahun ini berbanding dengan enam juta tan pada dekad yang lalu, menurut 3XG UK Consulting Limited.Pengasas dan Ketua Pakar Strategi firma itu, Abah Ofon, berkata permintaan yang melonjak menunjukkan penggunaan minyak makan di rantau berkenaan semakin meningkat pada kadar yang pesat, untuk digunakan, antaranya, dalam makanan diproses.
Sumber : Berita Harian, Ms 449 Disember 2020
Oleh Nurul Hanis IzmirKUALA LUMPUR, 6 Feb – FGV Holdings Bhd boleh menjadi penerima manfaat jika bekalan minyak sawit ke Pakistan meningkat berikutan pernyataan minat daripada kerajaan Pakistan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, kata Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.Beliau berkata syarikat perladangan itu mempunyai operasi yang besar di Pakistan dan baru-baru ini, mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia meninjau pelaburan baharu di sana.
KUALA LUMPUR, 5 Mac -- FGV Holdings Berhad (FGV) hari ini mengumumkan kesemua 68 kilang dan 173 ladang yang meliputi 373,517 hektar di seluruh negara kini 100 peratus diperakui pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah piawaian Malaysian Standard MS 2530: 2013.
FGV Holdings Bhd telah mencapai 81 peratus kebolehkesanan ke ladang (TTP) bagi tandan buah segarnya (FFB) setakat ini dan berada di landasan untuk mencapai sasaran 100 peratus pada suku keempat 2021.Pengeluar minyak sawit utama negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif kebolehkesanan itu bertujuan untuk memastikan sumber FFB yang diperolehnya tidak dikaitkan dengan penebangan hutan, penanaman di tanah gambut dan pembakaran terbuka, sejajar dengan dasar kelestarian kumpulan dan komitmen ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Tanah Gambut dan Tiada Eksploitasi’.
Sumber : Berita Harian, Ms 4418 November 2020
FGV Holdings Bhd (FGV) mempelbagaikan perniagaannya ke ternakan tenusu dan pemprosesan susu segar dengan langganan saham baharu berjumlah 60 peratus kepentingan ekuiti dalam modal saham RedAgri Farm Sdn Bhd (RedAgri) yang diperbesarkan sebanyak RM10 juta.
FGV Holdings Bhd (FGV) meluaskan penyertaannya dalam pasaran benih kelapa sawit di India dengan menyasarkan sebanyak 1.5 juta lagi jualan benih menjelang 2021 susulan peningkatan permintaan pasaran benih sawit premium di negara itu.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, setakat ini FGV telah berjaya menjual sejuta benih kelapa sawit ke India menerusi jenama Yangambi ML161, iaitu bahan penanaman sawit nombor satu dengan 43 peratus bahagian pasaran di Malaysia.
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd merancang untuk mengurangkan sebanyak 10 peratus pekerja asingnya yang kini berjumlah 32,000 orang.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata pada masa ini tenaga kerja asing itu adalah melebihi 90 peratus daripada jumlah yang diperlukan syarikat."Bagi saya, FGV terkecuali daripada isu keperluan tenaga kerja asing yang ketara dan sedang dihadapi sekarang kerana kita telah menumpukan aspek itu sejak awal tahun ini.
KUALA LUMPUR, 8 Mei -- FGV Holdings Bhd (FGV), melalui subsidiari milik tidak langsungnya, FGV Trading Sdn Bhd (FGVT), telah membentuk sebuah syarikat usaha sama (JV) dengan Pre-Unique India Pvt Ltd (PreU) dari Hyderabad, untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pasaran produk makanan dan pertanian di India, terutamanya India Selatan.Di bawah perjanjian yang ditandatangani hari ini, mereka akan menjalankan kerja pengumpulan maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan untuk aktiviti pertanian, perladangan merangkumi hiliran yang berkaitan, mengendalikan aktiviti pertanian, perladangan, makanan dan pemprosesan bukan makanan, perdagangan serta pasaran makanan termasuk produk bukan makanan, kata FGV dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) pada 30 September lalu bahawa minyak dan produk sawit Felda Global Ventures (FGV) yang kini dikenakan Perintah Pelepasan Tahan (WRO), mengejutkan Malaysia - yang pada dasarnya menghalang kemasukannya di pelabuhan.Menurut CBP, WRO dikenakan susulan 'hasil penyelidikan selama setahun yang menunjukkan penggunaan buruh paksa, termasuk penyalahgunaan kerentanan, unsur tipu muslihat, pembatasan pergerakan, pengasingan, kekerasan fizikal dan seksual, ugutan serta ancaman, penyimpanan dokumen pengenalan diri, penahanan gaji, perhambaan hutang, keadaan kerja dan kehidupan yang ditindas serta kerja lebih masa yang keterlaluan. Siasatan juga menimbulkan kebimbangan bahawa ada potensi buruh paksa kanak-kanak yang digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV.Sebelum WRO dikenakan, CBP sudah menerima petisyen daripada gabungan badan bukan kerajaan (NGO) pada 2019 yang mengandungi beberapa tuduhan terhadap FGV. Tuduhan dibuat bersandarkan petikan beberapa sumber, termasuk satu artikel Wall Street Journal yang diterbitkan pada 26 Julai 2015.FGV mengakui beberapa tuduhan terbabit adalah fakta pada masa itu. Namun, kebanyakannya diperbaiki mulai Disember 2018 dengan satu isu utama berkaitan regulasi pekerja asing di Sabah yang sepatutnya diselesaikan pada akhir 2019.FGV secara tegas menyatakan, dalam kes Semenanjung, amalan menggunakan tenaga kerja yang disediakan kontraktor dilarang pada November 2018 dan seterusnya. Oleh itu, semua pekerja asing dalam operasi FGV di Semenanjung diperoleh secara langsung dari negara asal mereka menggunakan agensi pengambilan yang diiktiraf dan diluluskan kerajaan masing-masing.Sekarang, sebagai tindak balas kepada WRO, FGV harus menyoroti dan mengulangi tindakan pemulihan dan pembetulan yang dilakukannya selama lima tahun terakhir, iaitu sejak isu buruh paksa muncul dalam wacana umum. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada:Pertama, tiada pengambilan pelarian. Mulai tahun ini, FGV merekrut pekerja migrannya terutama dari India dan Indonesia melalui saluran dan proses yang sah di sisi undang-undang dan diluluskan pihak berkuasa Malaysia dan negara sumber.Kedua, penyimpanan pasport pekerja tidak lagi diamalkan dan diperkuat dengan pemasangan 32,250 kotak keselamatan di seluruh 68 kompleksnya. Ia sebagai pilihan bagi pekerja migran untuk menyimpan pasport mereka dengan selamat.Ketiga, penyediaan perumahan yang mencukupi. Selama tiga tahun terakhir, FGV melabur kira-kira RM350 juta untuk meningkatkan kemudahan perumahan bagi pekerjanya dengan membina kediaman baharu di ladang seluruh negara.Keempat, penyediaan faedah penjagaan kesihatan. Ia meliputi perbelanjaan tahunan untuk rawatan pesakit luar dan peruntukan tidak terhad untuk rawatan pesakit dalam.Kelima, keahlian Persatuan Buruh Adil (FLA). FGV kini melaksanakan rancangan tindakan jangka panjang dan menyeluruh yang merangkumi sejumlah inisiatif untuk memperkukuhkan lagi pelbagai aspek amalan pekerjanya seperti proses pengambilan pekerja, program latihan hak asasi manusia, keadaan kerja dan kehidupan serta mekanisme aduan antara lain. Walaupun bahagian eksport FGV ke AS hanya lima peratus, yang penting bukan kos ekonomi dan kewangan, tetapi juga kesan reputasinya di luar negara dengan kesan seterusnya terhadap FELDA sendiri dan secara amnya, pekebun kecil FELDA.Oleh itu, pertama sekali, tuduhan harus diaudit dan disahkan dengan teliti berdasarkan bukti oleh pihak ketiga – yang dilantik CBP (dengan persetujuan NGO yang berpusat di AS, sebagai kepastian, jika perlu) dan FGV.Kini, ia sangat sukar untuk mengesahkan dakwaan CBP bersama NGO yang berpusat di AS adalah mutakhir dan konklusif.Jika CBP menolak permintaan FGV untuk menyerahkan laporan dibuat NGO berpusat di AS, maka pengenaan WRO boleh dianggap tidak adil dan berat sebelah. Asas bukti keputusan mengeluarkan WRO tidak dapat ditentukan secara objektif.Apa lagi dapat dilakukan FGV untuk meredakan kebimbangan yang ditimbulkan NGO berpusat di AS dan 'menyelamatkan' reputasinya? Ini membawa kita kepada ulasan kedua. FGV harus melabur bersama dalam pembuatan dokumentari yang dapat disahkan secara bebas oleh pihak NGO mengenai keadaan pekerja asing di ladangnya. Pegawai CBP dan NGO yang berpusat di AS juga harus diundang untuk melihat sendiri kemajuan dan penambahbaikan dilakukan untuk mengatasi kekurangan dalam pemerolehan tenaga kerja dan juga penjagaan pekerja asing di ladang milik FGV.Akhir sekali, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri harus mendampingi rakan sejawat masing-masing di AS.Usaha juga harus digerakkan kedua-dua kementerian itu untuk menyelesaikan masalah yang melanda ini mengguna pakai saluran kerajaan-ke-kerajaan (G2G).Penulis adalah Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/740344/fgv-perlu-segera-perbetul-tuduhan-negatif-industri-sawitSumber : Berita Harian Online
KUALA LUMPUR, 11 April -- FGV Holdings Bhd hari ini menyertai kalangan penggiat industri lain berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta kerajaan negeri yang membenarkan operasi rantaian bekalan sawit di enam daerah, disambung semula.Kilang serta kilang penapis yang dibenarkan beroperasi dengan syarat tertentu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu terletak di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan.
Sumber : Berita Harian, Ms 4613 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 3717 Oktober 2020
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- FGV Holdings Bhd (FGV) telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan hak pekerjanya dilindungi sementara menunggu respons daripada Jabatan Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenai ‘Withhold Release Order’ atau WRO (Perintah Sekatan Pelepasan) terhadap import minyak sawit dan produk FGV.
FGV Holdings Bhd boleh menjadi penerima manfaat jika bekalan minyak sawit ke Pakistan meningkat berikutan pernyataan minat daripada kerajaan Pakistan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, kata Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 21
FGV mengumumkan pada 2019 bahawa ia akan menembusi ekonomi kitaran berasaskan sawit untuk memanfaatkan sinergi lumayan yang ditawarkan operasi minyak sawit kumpulan yang luas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) meneroka perniagaan ladang tenusu dan pemprosesan susu segar dengan membeli 60 peratus kepentingan ekuiti dalam RedAgri Farm Sdn Bhd (RedAgri) bernilai RM10 juta.Ia adalah langkah sulung pengeluar minyak sawit antara terbesar di dunia itu untuk menjadi syarikat agro makanan bersepadu.
KUALA LUMPUR: Kumpulan FGV akan meneruskan aktiviti perladangannya termasuk membabitkan sektor logistik dan sokongan perniagaan, serta akan memastikan bekalan gula di bawah unit gulanya untuk pasaran tempatan adalah mencukupi.Kumpulan itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, FGV merujuk kepada kenyataan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang membenarkan sektor komoditi dan perladangan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan."Sektor perladangan FGV akan meneruskan aktiviti perladangannya dengan membabitkan jumlah pekerja yang minimum dan akan mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pekerjanya termasuk peneroka Felda dan pekebun kecil yang menghantar buah sawit mereka ke kilang FGV."Sektor logistik dan sokongan perniagaan juga terus menyokong aktiviti sektor perladangan termasuk penghantaran minyak sawit mentah ke kemudahan kilang penapisan / pemukalan dan pengedaran barang."Begitu juga, sektor gula di bawah MSM Malaysia Holdings Bhd akan memastikan pengeluaran gula yang mencukupi di pasaran," katanya.Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, lima aktiviti berkaitan sektor perladangan dan komoditi diberikan pengecualian serta kelonggaran oleh kerajaan daripada Perintah Kawalan Pegerakan bermula dari 18 hingga 31 Mac ini.Lima aktiviti itu adalah penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil, pemprosesan buah tandan segar oleh kilang sawit; pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan, aktiviti penorehan getah bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter; dan aktiviti bagi sektor perkayuan bagi memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/03/666917/fgv-teruskan-aktiviti-perladangan-dengan-pekerja-minimumSumber: beritaharian.com.myOleh Hazwan Faisal Mohamad/
KUALA LUMPUR, 3 Julai -- FGV Holdings Bhd (FGV) berkata ia akan meneruskan agenda transformasi dengan memperkenalkan projek konsep perladangan model (MPC), khususnya di estet dan kilangnya di seluruh negara.Projek MPC adalah inisiatif sistematik baharu untuk memperkukuh, menyeragamkan dan mengekalkan kaedah terbaik dalam amalan perladangan dan pembuatan, kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.Pelaksanaan itu menetapkan standard keseluruhan prosedur baharu bagi operasi dan amalan pertanian, pemprosesan dan pembuatan, meningkatkan pematuhan kepada keselamatan pekerjaan, dasar kesihatan dan persekitaran, mengoptimumkan sumber manusia, menambah baik perumahan pekerja dan penggunaan teknologi dan ICT.
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd boleh menjadi penerima manfaat jika bekalan minyak sawit ke Pakistan meningkat berikutan pernyataan minat daripada kerajaan Pakistan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, kata Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa.
Beliau berkata, syarikat perladangan itu mempunyai operasi yang besar di Pakistan dan baru-baru ini, mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia meninjau pelaburan baharu di sana.FGV, melalui anak syarikat 65 peratus miliknya, FWQ Enterprises (Private) Ltd, menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Johor Port Bhd pada 3 Januari lalu untuk membeli bersama sehingga 25 peratus pegangan dalam Fauji Akbar Portia Marine Terminal, terminal pukal kering yang beroperasi di Pelabuhan Qasim, Pakistan.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 18
Sumber: Berita Harian Mukasurat 8
BANGI: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bercadang memperkenalkan semula geran kepada pekebun kecil tanaman kelapa sawit di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).Timbalan Menteri MPIC II, Willie Mongin, berkata geran bantuan penanaman komoditi untuk pekebun kecil dengan keluasan tanaman di bawah 2.5 hektar itu dapat memastikan pertumbuhan industri sawit negara kekal mapan.Bagaimanapun, katanya bagi pekebun kecil yang memiliki keluasan tanaman melebihi 2.5 hektar, boleh memohon pinjaman yang sudah ditawarkan kerajaan."Sebelum ini, geran sedemikian sudah disalurkan kepada pekebun kecil tetapi ditukar kepada bentuk pinjaman untuk semua pekebun kecil.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata perubahan pendirian kerajaan India untuk tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis serta kesediaan kerajaan Malaysia memastikan jurang dagangan kembali rapat telah membantu peningkatan import oleh negara berkenaan.Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan import adalah harga pasaran minyak sawit mentah yang kini berada di bawah paras pencukaian duti eksport Malaysia, katanya.
"Perkembangan hubungan diplomatik kini bertambah baik dengan kontrak belian minyak sawit bagi Jun dan Julai 2020.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan pengimport India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Beliau berkata perubahan pendirian kerajaan India untuk tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis serta kesediaan kerajaan Malaysia memastikan jurang dagangan kembali rapat telah membantu peningkatan import oleh negara berkenaan.Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan import adalah harga pasaran minyak sawit mentah yang kini berada di bawah paras pencukaian duti eksport Malaysia, katanya.“Perkembangan hubungan diplomatik kini bertambah baik dengan kontrak belian minyak sawit bagi Jun dan Julai 2020.
Peningkatan harga pasti melegakan puluhan ribu pekebun kecil, malah menguntungkan pihak industri yang terkesan ekoran jumlah eksport menyusut beberapa bulan lalu. - Gambar fail/BernamaKUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mampu mencecah jualan RM2,300-RM2,400 bagi satu tan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peningkatan itu pasti melegakan puluhan ribu pekebun kecil, malah menguntungkan pihak industri yang terkesan ekoran jumlah eksport menyusut beberapa bulan lalu.
KUALA LUMPUR: Hasrat Pakistan membeli lebih banyak minyak sawit Malaysia dijangka mempengaruhi harga minyak sawit mentah (MSM) untuk menokok pada paras baik.Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata pihaknya menjangkakan untuk tempoh separuh penggal ini, paras harga MSM akan meningkat melebihi RM2,800 daripada RM2,705 satu tan setakat semalam kesan daripada jangkaan penghasilan dan stok rendah awal tahun ini.
KUALA LUMPUR: JP Morgan menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) semasa yang lemah susulan kebimbangan kesan COVID-19 adalah bersifat sementara dan membuka peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah.Bank Pelaburan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu berkata, sekarang adalah masa sesuai untuk melabur dalam komoditi itu susulan jangkaan peningkatan permintaan sebaik saja penularan virus berkenaan reda.
HARGA minyak sawit negara ini meningkat hingga RM2,400 satu tan selain Turki dijangka menjadi negara pengimport baharu kepada komoditi itu.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, permintaan itu dipengaruhi usaha kerajaan memperkenalkan pengecualian 100 peratus duti eksport terhadap industri berasaskan minyak sawit selama enam bulan sehingga Disember ini.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah boleh mencecah sehingga RM3,200 satu tan menjelang akhir tahun ini selepas China bersetuju menambah pembelian 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023.Menurut Pedagang Minyak Sawit Icebergx Sdn Bhd, David Ng, harga komoditi itu juga akan kekal tinggi sekiranya pembelian minyak sawit oleh India terus kukuh bergerak ke tahun hadapan
KUALA LUMPUR , 27 Mei - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah paras RM2,300 hingga RM2,400 satu tan metrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menerusi kenyataan, memaklumkan peningkatan harga minyak sawit di pasaran bukan sahaja bakal melegakan puluhan ribu pekebun kecil tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Diperjelaskan kenaikan harga itu, berikutan hubungan diplomatik Malaysia-India yang semakin baik.
https://berita.rtm.gov.my/index.php/ekonomi/19556-harga-minyak-sawit-mentah-melepasi-paras-rm3-000-satu-tan-tertinggi-dalam-tempoh-3-tahunSumber: berita.rtm.gov.myKUALA LUMPUR - Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM3,000 satu tan untuk ditutup pada RM3,300 dalam dagangan semalam, paras penutup tertinggi baharu dalam tempoh tiga tahun.Lonjakan harga itu didorong kebimbangan kekangan bekalan yang menyebabkan pelabur terus membeli lebih banyak komoditi berkenaan menjelang akhir tahun.
KUALA LUMPUR: Sektor komoditi tidak begitu terjejas akibat penularan wabak coronavirus (COVID-19) apabila harga minyak sawit mentah (CPO) dilaporkan masih berada pada paras baik sekitar RM2,700 hingga RM2,800 setan.Menteri Industri Utama, Teresa Kok, bagaimanapun berkata pihaknya tetap akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memasukkanpeserta industri dalam sektor komoditi bagi dipertimbangkan dalam pakej rangsangan ekonomi.
Sumber : Berita Harian, Ms 3710 November 2020
KUALA LUMPUR: Bekalan minyak sawit yang dijangka berkurangan akan terus menyokong harga minyak sawit mentah (MSM) untuk mencecah sehingga RM2,800 satu tan bulan ini, kata penganalisis.Harga MSM telah mengukuh melebihi 19 peratus sepanjang bulan lalu kepada RM2,853 satu tan metrik."Kami menjangkakan harga MSM akan didagangkan sekitar RM2,400-RM2,800 satu tan pada Ogos berikutan situasi kekurangan stok pada masa ini dan pada purata RM2,300 satu tan untuk 2020," kata CGS-CIMB Securities.
KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) diniagakan antara RM2,400 dan RM2,800 satu tan bulan ini, dirangsang oleh permintaan eksport yang kukuh.
Bagaimanapun, kenaikan harga MSM akan dikekang oleh harga minyak mentah yang dianggarkan sekitar AS$42 setong, kata firma broker saham itu dalam satu kenyataan."Bagi biodiesel B30 untuk berdaya maju berdasarkan kepada ketersediaan pembiayaan semasa, harga MSM perlu berada secara purata pada sekitar RM2,255 satu tan dalam separuh kedua," katanya.
KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mungkin didagangkan lebih tinggi pada bulan Jun dan Julai pada harga RM2,400 satu tan metrikj jika pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia itu mengekalkan jumlah eksportnya yang lebih tinggi, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.Namun, apabila pengeluaran mencapai puncaknya dari bulan Ogos hingga Oktober, harga komoditi mungkin turun sedikit hingga RM2,200 setan metrik.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangkakan mampu mencapai sasaran harga RM3,000 satu tan sebelum akhir 2020 sebagaimana diunjurkan tahun lalu berikutan sentimen yang semakin positif, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Bercakap kepada Bernama, Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, permintaan terhadap komoditi itu juga semakin beransur pulih walaupun belum mencecah paras sebelum berlakunya penularan COVID-19.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 36
Aliran pengukuhan harga minyak sawit mentah (MSM) pada masa ini turut menimbulkan pertanyaan mampukah perkembangan positif itu bertahan sehingga suku pertama 2021 (Q121)?
Prospek atau kemungkinan itu akan bergantung kepada keputusan kerajaan untuk meneruskan pengecualian duti eksport MSM, demikian menurut Ketua Pegawai Operasi Perdagangan Global Sime Darby Oils, Sandeep Bhan.
Katanya, berdasarkan faktor inventori yang rendah serta peningkatan eksport ketika ini, komoditi berkenaan kini dipacu oleh harganya yang kukuh melebihi paras RM3,000 satu tan dan dijangka kekal sehingga akhir tahun ini.
Keratan Akhbar | Sumber : Berita Harian | Halaman : 25
KUALA LUMPUR: Harga sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini berikutan peningkatan permintaan global dan pengurangan output, hanya beberapa bulan selepas COVID-19 menjejaskan aliran kenaikan komoditi itu.Permintaan bagi minyak masakan paling banyak digunakan itu dijangka pulih apabila perintah berkurung di seluruh dunia mula dilonggarkan manakala pengguna utama, termasuk China dan India, meningkatkan pembelian untuk mengisi semula stok.
KUALA LUMPUR: Jangkaan peningkatan permintaan minyak sawit dari India serta tinjauan pengeluaran yang rendah di Indonesia dan Malaysia menyokong harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi ketika ini, kata penganalisis.Kontrak penanda aras, Oktober 2020 meningkat kepada RM2,808 dalam dagangan harian pada Selasa, paras tertinggi dalam tempoh enam bulan.Sementara itu, harga buah tandan sawit segar (FFB) harian berada pada paras RM580 satu tan semalam.
KUALA LUMPUR: Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka didagangkan lebih tinggi pada Jun dan Julai iaitu pada sehingga RM2,400 satu tan, kata penganalisis.Ia susulan jangkaan Malaysia sebagai pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia dapat meningkatkan jumlah eksportnya, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.
PENINGKATAN harga minyak sawit di pasaran bukan saja melegakan puluhan ribu pekebun kecil, tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan sejak beberapa bulan lalu.Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peningkatan harga ini adalah rentetan hubungan diplomatik Malaysia - India yang semakin baik di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih tampuk kuasa sejak Mac 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/642535/harga-sawit-naik-hasil-promosi-kerajaanSumber: bharian.com.my | Oleh Kandau Sidi |
MIRI: Usaha agresif Kerajaan Persekutuan mempromosikan penggunaan minyak sawit membuahkan hasil berikutan peningkatan permintaan negara pengimport sekali gus menaikkan harga komoditi itu.Ahli Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Senator Alan Ling, berkata promosi yang dilakukan kerajaan memberi kesan positif dan menguntungkan peladang.“Kita yakin menerusi promosi berterusan kita dapat menggalakkan lebih banyak negara pengimport membeli komoditi itu daripada negara pengeluar seperti Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sumber : Berita Harian, Ms 1721 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Harga harian minyak sawit susut hampir 10 peratus kepada paras terendah sejak Oktober susulan kejatuhan minyak mentah dan kecelaruan dalam pasaran kewangan.
Senario itu yang mencetuskan panik di kalangan pelabur yang sudah terasa bahang dengan penularan COVID-19 (coronavirus).
KUALA LUMPUR: Minat Pakistan untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia dijangka memberi sokongan permintaan terhadap sawit tempatan, namun ia dijangka tidak mencukupi mengimbangi kekurangan eksport komoditi itu ke India.Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa, berkata eksport komoditi itu dari Malaysia ke Pakistan pada Januari 2020 meningkat sebanyak 50 peratus kepada 141,500 tan berbanding jumlah purata bulanan 90,460 tan.
KUALA LUMPUR (July 15): While retail consumption in India is on the rise and is expected to inch up further in the coming festive season, it is the hotel, restaurant and café (HoReCa) sector that holds the key for palm oil demand, according to a Malaysian Palm Oil Council (MPOC) official.Country representative for India/Sri Lanka, Bhavna Shah, said crude palm oil imports last month registered a 51 percent increase but soft oils showed a jump of 87 percent.“This signifies a lack of demand from the HoReCa segment, with the focus still being on home consumption. (However,) the HoReca sector is slowly being revived with the relaxation of the COVID-19 lockdown rules,” she wrote in an article entitled “Palm Oil, Looking Beyond the Pandemic” on the MPOC website.Bhavna noted that the stocks of vegetable oils in India were at historic lows.
TROLAK, 16 Ogos- Hubungan dua hala Malaysia dengan China dan India kembali seperti sedia kala di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Demikian tegas Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, ini akan membantu Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit ke dua negara terbabit.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata, pihaknya juga telah meminta pemain industri kelapa sawit untuk memaklumkan permasalahan yang dihadapi bagi membantu meningkatkan eksport sawit ke China dan India.
TANJUNG MALIM: Hubungan dua hala Malaysia dengan China dan India kembali seperti sedia kala di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).Beliau berkata ini akan membantu Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit ke dua negara terbabit.Ini tentunya akan membantu peneroka Felda, katanya kepada pemberita selepas sesi beramah mesra dengan pemimpin masyarakat dan peneroka Felda Trolak Selatan, di sini hari ini.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 3
NEW DELHI: India mencatatkan penurunan sebanyak 19.8 peratus dalam import minyak sawit pada Januari 2020 berbanding bulan sebelumnya.Ia menyebabkan penambahan penggunaan yang lebih tinggi minyak makan yang lain.Import dari Malaysia merangkumi 125,735 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 10,484 tan RBD (minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau) dalam jumlah dagangan minyak sawit sebanyak 594,804 tan, menurut perangkaan daripada kumpulan perdagangan Solvent Extractos’ Association of India (SEA) pada kelmarin.
https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/18038-india-china-tandatangan-mou-beli-2-5-juta-tan-minyak-sawit-tahun-depanSumber: berita.rtm.gov.my
PUTRAJAYA - Pasaran minyak sawit Malaysia dijangka terus berkembang menerusi kerjasama strategik yang dijalin antara syarikat Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN dengan syarikat rantaian pembekal komoditi antarabangsa, Hakan Agro DMCC dan BOCE Global.Kerjasama itu dimeterai menerusi satu memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani ketiga-tiga pihak disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Kaunter perladangan, diterajui oleh Rimbunan Sawit adalah antara saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan bahawa India kembali membeli minyak sawit Malaysia selepas dihentikan selama empat bulan berikutan pertikaian diplomatik.Pada 11.06 pagi, saham Rimbunan Sawit meningkat setengah sen kepada 31.5 sen dengan 103.81 juta saham diniagakan, manakala TDM tidak berubah pada 27 sen dengan 100.03 juta saham bertukar tangan.Boustead Plantations menokok satu sen kepada 35.5 sen dengan 43.77 juta saham diniagakan dan FGV naik dua sen kepada RM1.05 dengan 41.74 juta saham didagangkan.
KUALA LUMPUR: India kelihatannya tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia, terutama sekiranya situasi pandemik COVID-19 di Indonesia semakin memburuk.Ia juga berkemungkinan jika negara itu mengenakan sekatan pergerakan sepenuhnya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara pada masa ini."Negara itu (India) dijangka meningkatkan pembelian pada bulan-bulan akan datang kerana penghantaran dilaporkan menurun," kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam laporan tinjauan suku kedua minyak sawitnya di negara-negara Asia Selatan.
NEW DELHI, 19 Okt -- India mengimport 392,891 tan metrik minyak sawit dari Malaysia pada September, kata sebuah kumpulan industri. Import dari Malaysia merangkumi 381,079 tan metrik minyak sawit mentah (MSM) dan 11,812 tan metrik minyak isirung sawit (CPKO).
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/02/651982/india-kekal-kadar-cukai-import-sawit-aseanSumber: bharian.com.myNEW DELHI: Kementerian Kewangan India mengeluarkan pemberitahuan bahawa cukai import ke atas minyak sawit mentah (MSM) akan ditetapkan pada 44 peratus, namun sumber perdagangan pula menunjukkan tiada perubahan dalam struktur duti sedia ada bagi kargo dari ASEAN.“Dalam pemberitahuan belanjawan (persekutuan India), duti import dinyatakan pada 44 peratus yang merujuk kepada kadar duti standard.
MUMBAI: India keluarkan lesen import untuk 1.1 juta tan minyak sawit bertapis dari Indonesia, menurut sumber kerajaan dan perdagangan.Difahamkan, langkah itu mengejutkan industri sawit kerana sebelum ini India dilaporkan menyekat sama sekali import komoditi itu.
Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan. - Gambar AFPMUMBAI: Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Lapor agensi berita Reuters, pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.Menurut laporan, minggu lalu, pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/643007/india-kurangkan-cukai-import-minyak-sawitSumber: bharian.com.my
MUMBAI: India memotong cukai import ke atas minyak sawit mentah dan ditapis dari negara ASEAN selepas mendapat permintaan daripada pembekal, menurut notis kerajaan semalam.Pengurangan itu akan membawa kepada lebih banyak import komoditi berkenaan oleh pembeli minyak boleh dimakan terbesar dunia dalam beberapa bulan ini ketika ia merapatkan perbezaan antara minyak sayur tropika dan pesaing seperti minyak soya dan minyak bunga matahari.
NEW DELHI: India, pembeli minyak sawit terbesar di dunia, berhasrat mengurangkan kebergantungan kepada import minyak makan itu kepada 45 peratus menjelang 2025 daripada 60 peratus sekarang ini.Negara itu mempunyai keperluan minyak makan tahunan berjumlah 26 juta tan, sedangkan, pengeluaran domestik hanya mencecah 10.50 juta tan, yang diproses daripada mustard, biji sesawi, kacang soya, kacang tanah dan bunga matahari.“Untuk meningkatkan kesediaan domestik dan mengurangkan kebergantungan import, Misi Kebangsaan Mengenai Minyak Makan (NMEO) dicadangkan untuk lima tahun akan datang,” kata Kementerian Perdagangan India kepada Parlimen negara itu pada Jumaat.Pelan ini bertujuan untuk melonjakkan pengeluaran biji minyak daripada 30.88 juta tan kepada 47.80 juta tan setahun pada 2025.Ia juga membabitkan peningkatan kesedaran pengguna bagi mengekalkan penggunaan per kapita pada paras semasa sebanyak 19 kilogram.“Pengeluaran minyak bijirin sedang berkembang dengan pesat. Bagaimanapun, terdapat jurang antara permintaan dan bekalan biji minyak, yang menyebabkan ia terpaksa diimport dalam jumlah yang agak besar,” kata kementerian itu.Pergantungan import akan dikurangkan daripada 60 peratus kepada 45 peratus dengan menambah pengeluaran minyak domestik tahunan kepada 18 juta tan.Menurut sumber industri, minyak sawit terutamanya dari Indonesia dan Malaysia membentuk dua pertiga daripada jumlah import minyak makan India.Pada bulan lalu, India mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit yang ditapis, ia menuntut semua pengimport untuk memohon permit, langkah itu dibuat bagi menyokong sektor penapisan domestik yang mengadu bahawa produk yang diimport adalah lebih murah.Menteri Perdagangannya, Piyush Goyal, berkata pemberitahuan itu dikenakan ke atas import dari semua negara.Sebelum ini, sesetengah laporan media mencadangkan bahawa India mahu mensasarkan import minyak sawit Malaysia sebagai bantahan terhadap kritikan Malaysia ke atas isu Kashmir dan undang-undang kewarganegaraan baharu negara itu.“Buat masa sekarang ini, tiada cadangan untuk mengenakan sekatan ke atas import mana-mana barangan dari Malaysia,” kata kementerian itu kepada Parlimen. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/02/654046/india-mahu-kurangkan-import-sawit-global-menjelang-2025Sumber: bharian.com.my
NEW DELHI, 8 Feb -- India, pembeli minyak sawit terbesar di dunia, mahu mengurangkan kebergantungan kepada import minyak makan itu kepada 45 peratus menjelang 2025 daripada 60 peratus sekarang ini.Negara itu mempunyai keperluan minyak makan tahunan berjumlah 26 juta tan, sedangkan, pengeluaran domestik hanya mencecah 10.50 juta tan, yang diekstrak daripada mustard, biji sesawi, kacang soya, kacang tanah dan bunga matahari.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/12/641065/indonesia-lancar-biodiesel-b30Sumber: bharian.com.my
JAKARTA: Indonesia melancarkan biodiesel yang mengandungi 30 peratus bahan api berasaskan sawit, campuran paling mandatori di dunia, dalam usahanya meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik.Presiden Joko Widodo berkata, biodiesel yang dipanggil "B30" akan membolehkan Indonesia mengurangkan import bahan bakar fosil sebanyak 63 trilion rupiah (RM18.65 bilion) setahun, meningkat daripada 43.8 trilion rupiah (RM13 bilion) yang disimpan pada 2019 dari bahan bakar B20 sedia ada.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/649912/indonesia-tambah-import-dari-india-demi-minyak-sawitSumber: bharian.com.myNEW DELHI: Indonesia bersetuju menambah import daging kerbau, gula dan alat ganti kenderaan dari India sebagai balasan kepada negara itu meningkatkan import minyak sawit.Reuters melaporkan bahawa sumber kerajaan berkata Indonesia mengambil kesempatan daripada tindakan India mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia berikutan tindakan kerajaan Malaysia mendakwa India amalkan dasar mendiskriminasi penduduk Islamnya.Indonesia dan Malaysia menguasai 85 peratus pasaran minyak sawit dunia manakala India adalah pembeli terbesar minyak makan itu.
KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka meningkat 2.5 peratus kepada 4.56 juta tan pada suku ketiga 2020 berbanding dengan angka pada suku kedua didorong peningkatan permintaan secara beransur-ansur dari pasaran tradisional, termasuk India, China dan Kesatuan Eropah (EU), kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Kalyana Sundram berkata India, yang sangat bergantung pada minyak makan, akan menyambung kembali pembelian minyak sawit dengan jumlah kira-kira 2.15 juta tan pada suku ketiga.Beliau berkata langkah itu dipermudahkan menerusi pengecualian duti ke atas minyak sawit mentah (MSM) oleh Malaysia baru-baru ini selain harga yang kompetitif berbanding dengan pengeluar minyak sawit lain.
KUALA LUMPUR: Industri minyak sawit dijangka pulih sepenuhnya pada suku keempat tahun ini sekiranya pandemik COVID-19 dapat dikawal dan dikekang, kata Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).CPOPC yakin peningkatan dalam pasaran mungkin akan berlaku susulan dasar monetori yang longgar dilaksanakan kebanyakan bank-bank pusat dan pakej rangsangan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Peserta industri perladangan meningkatkan usaha untuk membantu membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan meminta pekerja yang mungkin terdedah kepada virus itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan supaya menjalani kuarantin sendiri.
KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Nilai pengecualian duti eksport yang berjaya dimanfaatkan oleh industri minyak sawit negara ialah sebanyak RM325.2 juta setakat 27 Nov, 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz."Antara manfaat daripada langkah cukai ini secara langsung akan dapat membantu memudahkan para pekebun kecil untuk menjual hasil keluaran mereka kepada kilang-kilang," jelas beliau.
Industri minyak sawit dilihat dapat menyesuaikan dengan norma baharu dan model perniagaan baharu dengan cepat yang didorong senario COVID-19 selepas mencatatkan kelembapan eksport dan harga pada suku pertama 2020.Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kelonggaran sekatan pergerakan yang disebabkan COVID-19 di kebanyakan negara dan aktiviti ekonomi yang telah disambung semula akan membawa kepada lebih banyak permintaan terhadap minyak sawit.
Sumber : Berita Harian, Ms 1018 November 2020
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-minyak-sawit-kita-anggap-ini-jihad-melawan-persepsi-negatif-shamsul-iskandar-196228Sumber: Astroawani.com | Firdaus Azil, Astro Awani | Januari 17, 2019 15:13 MYTPUTRAJAYA : Kerajaan Malaysia bertegas tidak akan membiarkan negara ini terus diperbudak-budakkan oleh sesetengah negara dari Kesatuan Eropah (EU) dalam hal berkaitan industri minyak sawit negara, kata Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Beliau berkata, Malaysia tegas akan memperjuangkan komoditi itu kerana ia merupakan antara hasil utama negara, serta melibatkan ramai pekerja di negara ini.
PUTRAJAYA: Terdapat beberapa perkara yang menjadi cabaran kepada pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi menangani isu sawit di peringkat Antarabangsa.
KOTA KINABALU: Pemilik ladang kelapa sawit yang beroperasi berhampiran dengan habitat gajah di Sabah sekali lagi dinasihatkan untuk mengadakan kerjasama rapat bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL).Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kerjasama seumpamanya sangat penting dalam usaha bersama-sama mengelakkan kematian gajah akibat diracun sekaligus mengurangkan risiko kepupusan haiwan berkenaan."Saya sangat kecewa dengan kematian keenam (tahun ini) haiwan berkenaan baru-baru ini. Saya merayu kepada semua syarikat ladang kelapa sawit agar tidak bertindak menggunakan bahan kimia yang boleh mendatangkan kematian kepada haiwan berkenaan.
KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong pengeluaran yang dijangkakan rendah bagi minggu-minggu akan datang.Peniaga Minyak Sawit, David Ng memberitahu Bernama, paras sokongan ditetapkan pada RM3,350 satu tan dan rintangan pada RM3,480 satu tan.
Pertingkat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia dalam kalangan golongan itu DALAM Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC)) baru-baru ini, satu jawatankuasa khas yang dinamakan sebagai ‘Board Committee for Smallholders’ MSPO Certification’ (Jawatankuasa Lembaga bagi Pensijilan MSPO dalam kalangan Pekebun Kecil khususnya Pekebun Kecil Persendirian) telah ditubuhkan.
Inisiatif MPOCC bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Palm Oil Board (MPOB) ini adalah bagi mencari jalan dan mengemukakan cadangan agar pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia atau Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam kalangan Pekebun Kecil Persendirian dapat dipertingkatkan. Ini kerana sehingga kini, hanya 24.10 peratus Pekebun Kecil Persendirian yang telah memperolehi Sijil MSPO.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) meminta Ketua Menteri Sabah meneliti semula dan memberi kata putus terhadap penutupan operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di Sabah.Keputusan itu dijangka akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah selepas Mesyuarat Kabinet Negeri pada 8 April 2020.Kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’Dr Khairudin Aman Razali, KPPK sememangnya menyambut baik langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam membendung penularan wabak COVID-19 di Negeri Sabah terutama di kawasan-kawasan yang terlibat.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 2
Sumber: Berita Harian Mukasurat 35
PUTRAJAYA: Kejatuhan harga minyak sawit sejak minggu lalu disebabkan penularan coronavirus hanya bersifat sementara, seperti mana yang dihadapi oleh industri lain, termasuk pasaran saham.Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata impak negatif ke atas harga komoditi itu berkemungkinan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi sama seperti situasi yang dihadapi ketika SARS sebelum harga kembali melonjak selepas krisis kesihatan global itu berakhir.“Kejatuhan harga sawit disebabkan coronavirus hanya bersifat sementara, di mana semua industri termasuk pelancongan menerima kesannya.
KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Kelapa sawit akan kekal sebagai komoditi utama negara dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) tidak berhasrat untuk menggantikannya dengan tanaman buluh.Sehubungan itu, kementerian akan terus memperkasakan lagi industri sawit dengan kajian teknologi terkini selain melaksanakan langkah seperti memperluaskan pasaran di luar negara.
Sumber : Sinar Harian, Ms 79 Disember 2020
SHAH ALAM - Kerajaan memutuskan untuk menarik balik kelulusan penjualan aset tanah ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantation Berhad (THP) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada Jumaat lalu.Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi) dan Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Hal Ehwal Agama) dalam satu kenyataan bersama hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Kementerian Industri Utama sedang berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka cadangan melibatkan penggiat industri sektor komoditi dalam pakej rangsangan ekonomi yang akan dibentangkan minggu depan.Pakej tersebut yang bertujuan mengurangkan impak luaran ekonomi akibat penularan COVID-19, akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis depan.Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata walaupun beberapa sektor seperti pelancongan terjejas teruk akibat penularan itu, harga minyak sawit mentah (MSM) sebaliknya masih agak baik iaitu sekitar RM2,700 hingga RM2,800 satu tan.
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) ingin menarik perhatian berhubung laporan Bloomberg pada 7 April 2020 mengenai kenyataan Ketua Menteri Sabah semasa temubual dalam Buletin Utama TV3 pada 2 April 2020 untuk meneliti semula dan memberi kata putus terhadap penutupan operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di Sabah. Keputusan itu dijangka akan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah selepas Mesyuarat Kabinet Negeri pada 8 April 2020.
Kuala Lumpur: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara akan memfailkan tindakan undang-undang ke atas Kesatuan Eropah (EU) susulan kempen antiminyak sawit.Tindakan itu akan diambil melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian (DSM) bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ia dilaksana berdasarkan asas dan justifikasi serta selaras dengan prinsip amalan perdagangan digariskan WTO.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Sawit Anugerah Tuhan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di Parlimen hari ini.Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kempen ini bertujuan untuk menghargai sumbangan besar industri sawit kepada negara selama ini, di samping meningkatkan kesedaran terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia kepada masyarakat.
KUALA LUMPUR – Peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) mencecah kepada RM2,366.00 pada 1 Jun lalu dan RM2,389.50 (3 Jun) untuk satu metrik tan memberi manfaat kepada 492,000 pekebun kecil dan 258,657 pekebun persendirian di seluruh Malaysia.Peningkatan harga ini akan membantu pihak industri untuk terus komited bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pada tahun 2019, sumbangan komoditi sawit telah meningkat kepada 4.76 peratus dan MPOB berharap agar momentum peningkatan harga ini terus stabil dan meningkat dalam usaha meningkatkan sosio-ekonomi semua pihak yang terlibat dengan industri ini.
MUAR - Harga minyak sawit negara yang berada pada paras RM2,800 satu tan ketika ini memberi peluang kepada pihak industri dan penanam sawit memperoleh hasil penjualan buah sawit lebih tinggi.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, harga komoditi dan prestasi eksport minyak sawit mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sehingga menyumbang kepada nilai eksport sebanyak RM22.57 bilion.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/12/639772/kenaikan-harga-sawit-dijangka-berterusanSumber: bharian.com.myKUALA LUMPUR: Harga sawit, minyak boleh dimakan yang paling banyak digunakan di dunia, dilihat kembali pulih.Hanya lima bulan lalu, niaga hadapan penanda arasnya di Malaysia berada pada paras terendah dalam tempoh empat tahun kerana pelabur bimbang dengan jumlah simpanan yang tinggi, permintaan lemah daripada pembeli utamanya iaitu India dan China, selain sekatan Eropah yang mengaitkan sawit kepada kemusnahan alam sekitar.Oktober lalu, konflik perdagangan mula terjadi antara Malaysia dan India yang mempengaruhi harga dan jualan minyak sawit.
KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri memberikan kebenaran pembukaan operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di Pantai Timur Sabah dialu-alukan.Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistidjo Djati Ismodjo berkata perkembangan itu melegakan khususnya dalam kalangan pekerja yang terjejas.“Kita menyokong langkah yang dibuat kerana ladang dan kilang sawit juga adalah perkhidmatan keperluan (menghasilkan produk keperluan seperti minyak masak).
KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Malaysia menyambut baik keputusan India untuk tidak memperbaharui duti import lima peratus ke atas produk minyak sawit ditapis dari negara ini.India telah memperkenalkan duti import tersebut pada 4 September, 2019.
KUALA LUMPUR - Permintaan pengeluaran sektor agrikomoditi yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19) turut menyebabkan kejatuhan harga komoditi sawit dan getah.Sehubungan itu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin berkata, kerajaan melaksanakan beberapa langkah terkini bagi menstabilkan harga komoditi tersebut.Antaranya, memberikan pengecualian duti eksport minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO) sehingga 31 Disember tahun ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) mengenal pasti pasaran baharu sawit melalui pelaburan langsung atau pelaburan secara usaha sama bagi menyokong pasaran sedia ada yang akan terus diperkukuhkan terutama di India, China dan Kesatuan Eropah (EU).Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata antara negara yang berpotensi adalah dari rantau Asia Pasifik (Filipina,Vietnam dan Myanmar), Asia Barat (Mesir, Arab Saudi dan Jordan), Afrika (Djibouti, Ethiopia, Somalia dan Mozambique) serta Asia Tengah(Afghanistan, Uzbekistan dan Kazakhstan).
KUALA NERUS: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) komited untuk memperkasakan Kempen Jom MSPO dengan menyasarkan semua pekebun kecil sawit mendapat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).Sehingga kini sebanyak 85.06 peratus daripada keseluruhan 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia menerima pensijilan MSPO, demikian menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah meluluskan sejumlah RM10.537 juta setakat 6 Ogos, 2020, di bawah Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS).Menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata kelulusan di bawah skim yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas dengan peruntukan dana keseluruhan sebanyak RM550 juta itu melibatkan permohonan daripada 381 orang dengan keluasan tanah berjumlah 942.91 hektar.
KUALA LUMPUR, 9 April -- Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup merayu kerajaan negeri Sabah supaya membenarkan semua pusat operasi, ladang sawit dan industri yang lain untuk beroperasi semasa PKP bagi menjamin kelangsungan ekonomi negeri itu.Arthur yang juga merangkap Ahli Parlimen Pensiangan berkata, Kerajaan Persekutuan dalam Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan sejak awal PKP untuk membenarkan beberapa industri yang penting seperti pertanian, perikanan dan sektor makanan untuk terus berjalan.
https://www.sinarharian.com.my/article/6706/EDISI/Selangor-KL/Kerajaan-perlu-mekanisme-baharu-tangani-kejatuhan-harga-sawitSumber: Sinar Harian | MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | 10 Jan 2019
SABAK BERNAM - Kerajaan diminta mencari mekanisme membantu pekebun kelapa sawit yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi itu di pasaran.Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit ketika ini tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Harga buah sawit ketika ini masih berada di paras rendah iaitu sekitar RM300 hingga RM330 satu tan metrik. Jika diikutkan dalam keadaan ekonomi semasa, harga ini masih belum mencukupi untuk menampung kos kehidupan rakyat.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 27
KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan diteruskan kerajaan dengan peruntukan RM20 juta bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit negara.Semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata geran padanan bernilai RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi juga akan diperkenalkan.
KUALA LUMPUR: Kesan negatif berganda ke atas permintaan minyak sawit, susulan kesukaran dagangan dengan India dan coronavirus di China, hanyalah bersifat sementara, demikian mengikut FGV Holdings Bhd, antara pengeluar terbesar dunia.
Ini kerana bekalan komoditi berkenaan adalah rendah pada suku semasa, tetapi sebaliknya permintaan makanan dan minuman terus kukuh dalam jangka panjang, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan.India dan China adalah dua pengimport terbesar minyak sawit, iaitu minyak masakan yang terbanyak digunakan di dunia.
Sumber : Berita Harian, Ms 4412 November 2020
Sumber: Utusan Malaysia Mukasurat 5
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/kilang-minyak-sawit-berteknologi-tinggi-1.824653Sumber: Utusan Malaysia | 18 Januari 2019 3:00 AM
TANJUNG MALIM 17 Jan. - TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini melancarkan kilang pemprosesan minyak sawit berteknologi tingggi United Plantation (UP), Kilang Penapis Unifuji dan Kompleks Optimil, di Ulu Bernam, dekat sini.Turut hadir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, isterinya, Datin Seri Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif UP, Datuk Carl Bek-Nielsen.Bek-Nielsen berkata, keputusan untuk membina kilang minyak sawit baharu yang dipanggil Optimil itu dibuat pada 2015 oleh Lembaga Pengarah UP.
KUALA LUMPUR: Peringatan kepada kilang minyak sawit mengenai kepatuhan terhadap peraturan alam sekitar untuk mencegah pencemaran sungai akan dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Di bawah peraturan Perlesenan MPOB (Akta 582), kilang minyak sawit yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar syarat dan peraturan mungkin tertakluk kepada surat tunjuk sebab, kompaun sehingga RM100,000 dan penggantungan atau pembatalan lesen mereka.
KUALA LUMPUR, 15 April -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mengeluarkan peringatan kepada kilang minyak sawit mengenai kepatuhan terhadap peraturan alam sekitar untuk mencegah pencemaran sungai.Di bawah peraturan Perlesenan MPOB (Akta 582), kilang minyak sawit yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar syarat dan peraturan mungkin tertakluk kepada surat tunjuk sebab, kompaun sehingga RM100,000 dan penggantungan atau pembatalan lesen mereka.Kilang minyak sawit mesti mematuhi peraturan MPOB dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai pemprosesan sistem efluen pada setiap masa, kata Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
KUCHING: Setiap kilang dan ladang kelapa sawit di Sarawak perlu mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 7
Sumber : Berita Harian, Ms 325 NOvember 2020
KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhasrat meneruskan usaha kerajaan terdahulu dalam membangunkan industri sawit.Menurut beliau, pihaknya tidak akan menghentikan segala usaha murni kerajaan lalu dan akan menambah baik dari semasa ke semasa sekiranya perlu.Hal ini tambahnya dilakukan berdasarkan prinsip beliau yang gemar meminimakan kos dalam mengusahakan sesuatu.
PAGOH: Komitmen berterusan kerajaan membangunkan industri sawit sebagai tonggak komoditi negara melonjakkan prestasi sektor itu dengan kenaikan harga produk dan eksport sawit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata harga minyak sawit semasa yang berada pada paras RM2,800 satu tan membantu penanam sawit dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka.
KUALA LUMPUR: Syarikat yang terbabit dalam sektor komoditi kelapa sawit perlu menggunakan konstrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) serta memanfaatkan alat pasaran yang relevan untuk terus berdaya saing di peringkat global.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata minyak sawit seperti komoditi lain bergantung kepada turun naik harga dan perlu menguruskan risiko harga dengan berkesan melalui instrumen lindung nilai dan FCPO.
"Memandangkan kontrak FCPO Bursa Malaysia adalah kontrak niaga hadapan paling cair untuk penetapan harga minyak sawit mentah (MSM), lindung nilai akan memudahkan pengurusan risiko harga yang tidak menguntungkan.
"Ia juga akan memberi kelebihan kepada syarikat dari segi keuntungan dan kelestarian.
"Bursa Malaysia Derivatif FCPO, yang merupakan pasaran bagi niaga hadapan minyak sawit mentah terbesar, menyediakan syarikat dengan platform untuk lindung nilai yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak stabil ketika ini.
"Saya yakin Bursa Malaysia Derivatives akan terus berusaha melancarkan produk derivatif komoditi yang baru bagi membantu industri menguruskan risiko portfolio mereka dengan lebih baik," katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik (POC) 2020 secara maya di sini hari ini.
Mohd Khairuddin berkata, pada masa yang sama, penting bagi industri minyak sawit negara untuk terus mendukung Pensijilan Minyak Sawit Lestari (CSPO) seiring dengan permintaan dunia.
Beliau berkata, selain harga yang kompetitif, reputasi juga adalah penting dan minyak sawit Malaysia perlu memenuhi syarat ketat pasaran serta bebas risiko.
Malaysia katanya akan meneruskan usaha mempromosikan penggunaan minyak sawit di pasaran global termasuk menyediakan data dan melakukan penyelidikan kolaboratif.
"Dalam hal ini, Malaysia telah menubuhkan Institut Penyelidikan dan Teknikal Kelapa Sawit (PORTSIM) di China dan India untuk memberikan sokongan teknikal serta saintifik mempromosikan penggunaan minyak sawit.
"Pada masa yang sama, Malaysia akan terus melaksanakan pelbagai program mengenai kesesuaian dan prospek minyak sawit, melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
"Untuk melengkapkan usaha ini, kementerian akan terus mengadakan Seminar Perdagangan Minyak Sawit (POT) dalam talian untuk pasaran utama dan baru muncul bagi menyebarkan maklumat kelebihan minyak sawit," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sektor kelapa sawit terus menjadi pemacu utama dan tulang belakang sektor komoditi negara.Beliau berkata, sektor itu berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar dan adalah salah satu asas ekonomi Malaysia.
Industri itu katanya memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan pertukaran mata wang asing termasuk menjana pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup.
Pada 2019, Malaysia katanya menghasilkan lebih daripada 19.9 juta metrik tan minyak sawit mentah dari kawasan tanaman seluas 5.9 juta hektar.
Jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit pula katanya berada pada 27.9 juta metrik tan, yang menghasilkan pendapatan eksport sebanyak RM64.8 bilion.
"Walaupun berhadapan dengan COVID-19, sektor ini masih kekal teguh kerana berdasarkan data MPOB sehingga Ogos lalu, negara menghasilkan 12.72 juta metrik tan minyak sawit mentah.
"Sementara jumlah eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit mencecah 16.9 juta metrik tan, bernilai RM45.19 bilion. Angka ini hanya sedikit lebih rendah berbanding RM45.59 bilion yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/10/746879/kontrak-hadapan-minyak-sawit-terus-berdaya-saingSumber: Berita Harian
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 5 Okt -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki peningkatan prestasi minyak soya di Lembaga Dagangan Chicago.Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga MSM turut disokong oleh jangkaan penyusutan stok simpanan pada bulan-bulan akan datang.
http://www.bernama.com/bm/ekonomi/pasaran/news.php?id=1801464Sumber: bernama.com | Tarikh kemaskini: 20/12/2019 | Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Dis -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi, disokong oleh unjuran permintaan yang kukuh susulan berita mengenai program B20 biodiesel.
Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh hari ini berkata program B20 biodiesel untuk sektor pengangkutan dijangka dilancar mengikut fasa tahun depan.
"Beliau mengumumkan peruntukan RM35 juta untuk program itu yang akan meningkatkan harga MSM, yang diunjurkan mencecah RM3,000 setan,” kata Dr Sathia, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, kepada Bernama.
Sumber: Berita Harian, Ms 474 November 2020
Sumber : Berita Harian, Ms 4117 Oktober 2020
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini, didorong oleh peningkatan harga kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago(CBOT) yang merupakan pasaran penanda aras serta di Bursa Komoditi Dalian China.
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata pasaran turut didorong oleh jangkaan output lebih rendah pada minggu-minggu mendatang ini yang berkemungkinan menunjukkan pengeluaran sudah mencecah paras optimum.
PENULARAN Novel Koronavirus 2019 di China ketika ini dijangkakan hanya memberi impak sementara terhadap harga komoditi terutamanya minyak sawit mentah (MSM).Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata, impak itu juga tidak hanya membabitkan komoditi tetapi turut memberi kesan kepada harga saham.“Sudah pasti harga (komoditi) akan turun namun ini adalah fenomena bersifat sementara...bukan setakat harga komoditi tetapi harga-harga saham turut rendah," katanya selepas Seminar dan Dialog 'Reach and Remind Friends of the Industry' di Putrajaya tadi.
Sumber: Berita Harian mukasurat 39
KUALA LUMPUR, 6 Ogos -- Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi mencipta jentera serta teknologi untuk digunakan dalam sektor perladangan sawit.
Dalam sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu, menterinya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata penghasilan jentera baharu akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing dalam sektor berkenaan.“Kementerian juga sedang bergerak untuk mempromosikan penanaman sawit kepada orang asal bagi menarik minat mereka untuk bekerja di ladang dan kawasan Gerik, Perak dipilih untuk dijadikan sebagai projek perintis bagi perkara itu,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan tampil dengan penyelesaian strategik untuk membersihkan dakwaan mengenai isu buruh dalam industri sawit dan getah di negara ini, kata Timbalan Menterinya Willie Mongin.Menurutnya, Malaysia tidak membiarkan berlakunya isu berkaitan buruh paksa, sambil menambah ia adalah isu sensitif dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.
KUALA LUMPUR, 8 April -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyarankan supaya operasi ladang dan kilang sawit di enam daerah di Sabah dapat diteruskan khususnya bagi kawasan yang tidak terjejas dengan COVID-19, jauh di pedalaman dan terasing daripada kawasan yang terjejas.Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ladang dan kilang tersebut dicadangkan beroperasi dengan pematuhan sepenuhnya secara lebih ketat mengikut langkah-langkah pencegahan dan prosedur operasi standard oleh Kementerian Kesihatan.
KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan pertambahan 300,000 tan metrik eksport minyak sawit diproses menerusi Turki untuk menembusi pasaran Greece dan negara-negara Balkan.Timbalan Menteri Willie Mongin berkata, ini sekali gus menjadikan Turki sebagai hub eksport di pasaran tersebut.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang mengkaji kemungkinan untuk menstrukturkan semula Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) bagi dikhususkan kepada kumpulan sasar tertentu seperti golongan B40 dan sebagainya.
Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ini memandangkan kerajaan menyedari keperluan dan kehendak golongan pekebun kecil namun penstrukturan semula TSPKS itu tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.
KUALA LUMPUR, 30 April - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) komited meningkatkan usaha penerokaan pasaran baharu produk sawit menerusi pelbagai strategi yang bersesuaian dengan negara sasaran.KPPK telah mengenalpasti pasaran baharu yang berpotensi dibangunkan melalui pelaburan langsung atau pelaburan secara usahasama.Antaranya beberapa negara dari rantau Asia Pasifik, Timur Tengah, negara rantau Afrika serta dari Asia Tengah.
Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) hari ini menyelar laporan agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) bertarikh 18 Nov lepas yang disifatkan sebagai sengaja mahu menjejaskan imej keseluruhan industri minyak sawit.Laporan oleh agensi berita berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang memetik temu bual tidak rasmi itu bertajuk ‘Rape, abuses in oil palm fields linked to top beauty brands’ (Rogol, penderaan di ladang kelapa sawit yang dikaitkan dengan jenama kecantikan terkemuka).
KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha telah diambil untuk membuka pintu bagi mengeksport minyak sawit ke pasaran baharu seperti pedalaman China, negara Asia Tengah, negara Balkan, Eropah Timur, Kepulauan Caribbean dan negara-negara Afrika.Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkata, sebagai contoh, ketika lawatan ke Ethiopia, satu daripada syarikat milik Malaysia ditawarkan tender untuk mengeksport sebanyak 27,000 tan metrik sawit ke Ethiopia.
BERITA HARIAN MS 3628 SEPTEMBER 2020
SANDAKAN, 13 April -- Lesen sebuah kilang sawit digantung sebulan kerana menyebabkan pencemaran di sebuah sungai di Tongod, Kinabatangan minggu lepas.Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata sebuah pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah telah menjalankan siasatan di sungai itu pada 8 dan 9 April lepas setelah menerima aduan daripada Jabatan Air Sabah serta hantaran yang tular di media sosial."Pasukan penyiasat JAS Sabah telah menjalankan siasatan bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan kakitangan Jabatan Air Tongod.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/mahb-tiga-syarikat-penerbangan-dokong-kempen-sayangi-minyak-sawit-malaysia-1.827313Sumber: Utusan Malaysia | JUANI MUNIR ABU BAKAR | 22 Januari 2019 6:47 PMPUTRAJAYA 22 Jan. - Sejajar usaha negara untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat antarabangsa, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama tiga syarikat penerbangan tempatan menyokong penuh kempen 'Sayangi Minyak Sawit Malaysia'.
KUALA LUMPUR, 24 Ogos -- Kumpulan Kerja Panduan Sektor (Kumpulan Kerja) Rangka Kerja Penilaian Impak Pembiayaan dan Pelaburan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBIAF) hari ini mengeluarkan kumpulan pertama Panduan Sektor VBIAF mengenai Minyak Sawit, Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga.Kumpulan Kerja itu diterajui oleh Komuniti Pengamal (CoP) Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI), yang terdiri daripada 12 ahli Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM), menurut AIBIM dalam kenyataan di sini.
KUALA LUMPUR,. Malaysia terus berusaha untuk mewujudkan hubungan perdagangan lebih baik dengan India di samping menangani beberapa isu yang menidakkan bahagian minyak sawit negara dalam pasaran global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram.Beliau berkata 2020 setakat ini merupakan tempoh yang sukar, dengan kedudukan India susut ke tangga terendah (ke-13) dalam kalangan destinasi eksport minyak sawit utama Malaysia bagi lima bulan pertama.
BRUSSELS: Malaysia tidak lagi bercadang memfailkan tindakan undang-undang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas biofuel berasaskan sawit.
Sebaliknya, Malaysia akan cuba meyakinkan Eropah menukar layanannya terhadap komoditi itu dalam satu satu semakan semula yang dijadualkan tahun depan.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-bidas-diskriminasi-perancis-terhadap-minyak-sawit-196204Sumber: Astroawani.com | Nailah Huda, Astro Awani | Januari 17, 2019 11:26 MYT
Menurut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, pendirian itu dijelaskan dalam surat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron. - Gambar failPUTRAJAYA: Malaysia membidas keputusan negara Perancis yang mengubah status minyak sawit sebagai bekalan bahan mentah untuk biodiesel di negara itu serta menghentikan insentif cukai bagi bahan tersebut menjelang tahun 2020.
Sumber : Berita Harian, Ms 3512 Oktober 2020
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Industri sawit Malaysia terus mendapat perhatian antarabangsa apabila negeri Telangana di India menyatakan hasrat untuk memohon bantuan kepakaran negara ini dalam bentuk pemindahan teknologi berkaitan industri sawit yang merangkumi aktiviti pengurusan tanaman sawit, pemprosesan minyak sawit, dan ekosistem industri tersebut.
Perkara ini telah disampaikan melalui telesidang antara Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dengan Menteri Hal Ehwal Pertanian, Pengguna dan Sivil Telengana, Singireddy Niranjan Reddy yang diadakan semalam.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/126409Sumber: The Malaysian InsightMALAYSIA telah menyerahkan surat kepada Perancis menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan Dewan Negara Perancis untuk mengubah status minyak sawit sebagai bekalan bahan mentah untuk biodiesel di negara itu.Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata, surat daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron diserahkan kepada Duta Perancis di Kuala Lumpur pada Isnin.
PUTRAJAYA - Malaysia menyasarkan untuk menyelesaikan segera isu eksport kelapa sawit dengan India iaitu selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan mulai sekarang.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sepasukan delegasi akan dihantar ke India secepat mungkin bagi menambah baik hubungan kedua-dua negara.
Malaysia meminta supaya Kesatuan Eropah menyedari bahawa salah anggap terhadap kelestarian minyak sawit di Eropah telah memberi impak negatif yang sangat besar kepada industri tersebut di Malaysia.Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, salah faham tersebut telah menyebabkan kehidupan lebih daripada 500,000 pekebun kecil sektor peladangan sawit terjejas.
Malaysia memohon Kumpulan Kerja Bersepadu (JWG) antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) bersidang Januari tahun depan bagi mencari penyelesaian menyeluruh berhubung isu minyak sawit.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Asean EU kali ke-23 menyatakan isu minyak sawit memberi impak negatif kepada industri tersebut.
https://www.utusanborneo.com.my/2019/01/17/malaysia-rancang-perluas-minyak-sawit-ke-pasaran-baharuSumber: Utusan Borneo
PUTRAJAYA: Malaysia sedang mengambil langkah untuk meningkatkan eksport minyak sawit, termasuk membuka pasaran baharu di Turki, Iran dan Pakistan, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.Beliau berkata negara berkenaan adalah penting, terutamanya Turki yang menjadi pintu masuk ke pasaran Kesatuan Eropah.
SHAH ALAM - Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan India kelmarin untuk mengurangkan duti import minyak sawit mentah.Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu hantaran di Facebook hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar yang bersetuju mengurangkan duti import dari 37.5 peratus kepada 27.5 peratus.
KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat.Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit - minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan.
KUALA LUMPUR: Malaysia menangguhkan persidangan minyak sawit terbesar, yang biasanya menarik ribuan peserta industri dari lebih 50 negara, demikian mengikut sumber.Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik 2020 atau POC2020, yang pada asalnya dijadualkan pada 2 hingga 4 MAc ini, akan ditangguhkan ke Jun.
DUTI eksport minyak sawit mentah (MSM) Malaysia telah dikurangkan kepada sifar bagi Jun 2020 berbanding 4.5 peratus pada bulan ini.Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), cukai itu telah dikecualikan bagi sebahagian besar tahun lepas - mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2019 tetapi dikuatkuasakan semula pada kadar lima peratus pada Januari lepas.Dalam kenyataan di laman sesawang rasminya, MPOB berkata, Malaysia yang juga pengeluar dan pengeksport MSM kedua terbesar dunia telah membuat menetapkan harga rujukan minyak sawit pada RM2,122.77 satu tan untuk Jun 2020.
KUALA LUMPUR: Duti eksport minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dikurangkan kepada 4.5 peratus bagi Mei 2020, berbanding 5.0 peratus pada April 2020, demikian mengikut senarai terkini duti eksport komoditi itu.Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), berkata berdasarkan senarai terkini itu, harga rujukan bagi MSM untuk tempoh 1 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020 ialah RM2,460.89 satu tan.Ia berkata, kadar duti eksport MSM bagi Mei 2020 bermula pada paras 3.0 peratus untuk harga MSM yang berlegar antara RM2,250 hingga RM2,400 satu tan.Sementara harga MSM yang berlegar antara RM2,401 satu tan hingga RM2,550 satu tan pula, ia berkata, kadar duti eksport ialah 4.5 peratus.
PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Malaysia bersedia memberi kerjasama khusus dan terus perkukuh kerjasama antarabangsa dalam peluang pemindahan teknologi industri minyak sawit.Menurut beliau, Negeri Telangana di India menyatakan hasrat untuk memohon bantuan kepakaran negara ini dalam bentuk pemindahan teknologi berkaitan industri sawit yang merangkumi aktiviti pengurusan tanaman sawit, pemprosesan minyak sawit, dan ekosistem industri
KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Langkah India terus mengimport minyak sawit Malaysia selain mencari kepakaran untuk komoditi itu dalam bentuk pertukaran teknologi menggambarkan peningkatan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, kata Konsortium Industri India di Malaysia (CIIM).Pengerusinya, Datuk Umang Sharma berkata hubungan India dengan Malaysia semakin bertambah baik sejak pemerintahan baharu (Perikatan Nasional) dibentuk pada awal Mac.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengiringi rakan sejawatannya dari China, Wang Yi (kiri) memasuki bilik mesyuarat bagi mengadakan mesyuarat dua hala antara Menteri Luar Malaysia dan China hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersetuju mempromosikan keperluan mampan untuk produk minyak sawit yang mematuhi label Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan Green Food.Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia menghargai persetujuan China untuk menggalakkan perusahaannya meningkatkan import minyak sawit yang dihasilkan secara mampan dan produk lain berlandaskan peraturan pasaran."Dengan itu, kita sangat menghargai komitmen China untuk membeli sejumlah 1.7 juta tan minyak sawit sehingga 2023.
Kerajaan Malaysia dan Indonesia akan mewujudkan sebuah jawatankuasa kerja bagi menangani isu diskriminasi minyak sawit, khususnya dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam catatan menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata, perkara itu disuarakan melalui sidang video dengan Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles, semalam.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia yang juga pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perlu menjadi pemain aktif dalam proses penetapan piawaian mapan antarabangsa Kesatuan Eropah (EU), kata dua pegawai kanan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Datuk Dr Kalyana Sundram menerusi artikel dihasilkan bersama Pengurus Serantau (Eropah) majlis itu, Uthaya Kumar, berkata EU berhasrat menerajui usaha piawaian kemapanan antarabangsa dan kaedah pengiraan jejak alam sekitar dalam pelbagai platform dalam usaha menggalakkan peningkatan penerapan piawaian terbabit.
Sumber: Sinar Harian Mukasurat 39
KUALA LUMPUR, 21 Mei -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) membincangkan pelbagai isu berkaitan industri sawit negara dengan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam satu pertemuan di sini, semalam.Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Menteri KPPK Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah menerima kunjungan hormat oleh Pengarah Eksekutif CPOPC Tan Sri Dr Yusof Basiron yang disusuli dengan perbincangan beberapa perkara berkaitan.
KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) merayu supaya pelaksanaan Arahan Ses (Cukai Khas) 2020 oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dijadualkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021, ditangguh ke tarikh lain. Dalam satu kenyataan hari ini, MEOA berpendapat bahawa cadangan untuk cukai tambahan itu harus dibincangkan dalam dialog dengan penanam kelapa sawit.
Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) memohon agar pelbagai cukai yang dikenakan ke atas industri minyak sawit ditangguhkan atau dihapuskan, sambil menyifatkannya sebagai "tidak adil".
Cukai yang dimaksudkan itu adalah hasil kutipan cukai keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit mentah (MSM), 7.5 peratus cukai jualan di Sabah bagi penjualan MSM, dan lima peratus cukai jualan di Sarawak bagi jualan MSM serta minyak isirung sawit (CPKO).
KUALA LUMPUR: Permintaan ke atas minyak kelapa sawit dijangka kembali pulih tidak lama lagi, bersandarkan keperluannya dalam menghasilkan pelbagai produk makanan.AllianceDBS Research dalam nota penyelidikannya, berkata permintaan minyak kelapa sawit mengalami kemerosotan ketika ini adalah bersifat jangka pendek.Katanya, penurunan itu disebabkan sekatan perjalanan dan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara bagi menangani penularan COVID-19.“Kami percaya penurunan ini hanya bersifat sementara dan tidak lama lagi ia kembali normal memandangkan minyak sawit adalah produk makanan penting.
Sumber : Sinar Harian, Ms 1307 Oktober 2020
KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Minyak sawit sintetik yang kini dihasilkan oleh syarikat pemula niaga yang berpangkalan di Amerika Syarikat kekurangan dari segi keaslian dan vitamin yang terdapat dalam minyak sawit asli, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata minyak sawit versi sintetik itu tidak mengandungi Vitamin A dan E, nilai pemakanan yang kaya dalam minyak sawit asli.“Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak sawit versi sintetik itu mungkin juga bukan daripada sumber boleh baharu. Oleh itu, minyak sawit versi sintetik itu tidak boleh ditetapkan harga secara kompetitif.
KUALA LUMPUR: Minyak sawit sintetik yang kini dihasilkan oleh syarikat pemula niaga yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) kekurangan dari segi keaslian dan vitamin yang terdapat dalam minyak sawit asli, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata minyak sawit versi sintetik itu tidak mengandungi Vitamin A dan E, nilai pemakanan yang kaya dalam minyak sawit asli.
http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1808542Sumber: bernama.com / Tarikh kemaskini: 22/01/2020 KUALA LUMPUR, 22 Jan -- Kementerian Industri Utama, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Berjaya Corporation Bhd (Berjaya) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran mengenai minyak sawit di negara ini.
Pengerusi Berjaya Tan Sri Vincent Tan dalam kenyataan hari ini berkata banyak peluang dalam sektor komoditi negara yang tidak dimanfaatkan, dan menurutnya syarikat itu sedang giat mencari pelbagai rantaian bekalan di negara ini untuk disenaraikan dalam platform pengguna yang berjaya.
Dalam kenyataan yang sama, Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata ketika ini kementerian itu sedang menjalankan penyelidikan mengenai beberapa aplikasi hiliran bagi komoditi itu.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 10
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan menghantar surat rayuan kedua kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memohon supaya kelonggaran dapat diberikan kepada peladang dan pengilang untuk terus beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata surat rayuan tersebut, mewakili sektor peladangan dan pengilangan yang beroperasi di negeri itu, akan dihantar secepat mungkin sama ada hari ini atau esok."Kita faham tujuan penutupan tetapi berdasarkan pengalaman kami di Semenanjung Malaysia, tiada satu kes positif COVID-19 (dicatatkan sektor ini) sejak awal tempoh PKP kerana peladang dan pengilang mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.
KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) komited untuk meningkatkan produktiviti serta hasil industri sawit berbanding dengan membuka lebih banyak tanah bagi komoditi itu. Menurut Setiausaha Agungnya, Ravi Muthayah semasa Persidangan Minyak Sawit Mampan Antarabangsa 2020 yang dianjurkan secara maya, kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar baharu untuk penanaman minyak sawit yang lestari.
BANGI, 7 Julai-- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kini sedang merangka dasar dan strategi baharu di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang akan bermula pada 2021-2025. Timbalan Menterinya Willie Mongin berkata antara cadangan yang akan dibentangkan adalah pemberian geran kepada pekebun kecil sawit yang mengusahakan ladang dengan keluasan 2.5 hektar dan ke bawah manakala pekebun kecil dengan keluasan ladang 2.5 hektar dan ke atas akan diberi pinjaman bagi membantu mereka menambah hasil tanaman.“Amaun awal bagi geran tersebut akan dibincangkan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan akan diumumkan kelak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Webinar Seminar Pemindahan Teknologi MPOB, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) telah mengemukakan aduan rasmi dan menuntut agar Kraft Heinz berhenti menggunakan dakwaan "No Palm Oil'’ yang bertentangan dengan semangat ikrar Tanggungjawab Bersama Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO)."Kegagalan untuk menterbalikkan pelanggaran kod tingkah laku anggota RSPO ini akan mengakibatkan pemecatan Kraft dari RSPO," kata Ketua Eksekutif MPOA, Datuk Mohamad Nageeb Wahab.
KOTA KINABALU, 10 April -- Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) dan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah kerana membenarkan ladang dan kilang sawit di enam daerah meneruskan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Dalam satu kenyataan bersama, MPOA dan MEOA, memaklumkan mereka akan mematuhi syarat yang ditetapkan dan akan terus berhubung dan menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membendung penyebaran COVID-19 di Sabah.
KUALA LUMPUR, 2 Julai -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memperkenalkan tujuh teknologi baharu kepada pemain industri itu dalam Seminar Pemindahan Teknologi MPOB (Webinar TOT 2020) yang akan diadakan secara dalam talian pada 7 Julai ini.Ketua Pengarahnya, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata pengkomersialan teknologi baharu itu bertumpu kepada kedua-dua industri huluan dan hiliran.“Pada seminar ini, kami akan memperkenalkan beberapa teknologi baharu untuk diguna pakai oleh industri atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan,” katanya dalam sesi temu bual program Biz Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia, hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Techbond Greentech Sdn Bhd memeterai kerjasama pembangunan teknologi bagi penghasilan poliol berasaskan sawit untuk digunakan sebagai antara komponen dalam perekat poliuretana bagi menggantikan perekat berasaskan formaldehida.Menurut MPOB, ia menandatangani memorandum perjanjian dengan Techbond bagi pengkomersialan teknologi poliol berasaskan sawit pada Februari lepas, melibatkan dua peringkat iaitu penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan formulasi perekat poliuretana, diikuti pengkomersialan teknologi.
PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menawarkan insentif khusus kepada pekerja tempatan menyertai sektor perladangan kelapa sawit yang kini dikuasai pekerja asing.Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata pelan tindakan awal untuk diperhalusi kerajaan, dikemukakan selaras hasrat mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam komoditi berkenaan pada masa hadapan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mencipta sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus 'metisa plana', salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit.
KUALA LUMPUR, 29 Julai -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mencipta satu sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus “Metisa plana”, salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit.MPOB berkata serangan ulat bungkus sederhana boleh mengakibatkan kehilangan hasil sawit sehingga 43 peratus.“Berdasarkan data MPOB pada tahun 2016, kerugian ekonomi kepada penanam sawit akibat serangan ulat bungkus adalah sekitar RM24 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka meraih ses (cukai khas) tambahan sebanyak RM100 juta tahun depan dengan cadangan kenaikan RM5 bagi setiap tan minyak sawit mentah (MSM) dan minyak isirung sawit mentah, berkuatkuasa Januari 2021.Maybank Investment Bank Research (Maybank IB Research) berkata ses tambahan itu akan digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan penjenteraan dan automasi minyak sawit bagi memastikan kemampanan dan kelangsungan sektor berkenaan.
Penyelidikan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menghasilkan formulasi coklat cair berasaskan minyak sawit sebagai inti kuih bulan kontemporari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kuih itu.
Teknologi MPOB merumuskan formulasi inti coklat dalam kuih bulan menggunakan minyak sawit itu adalah untuk mengekalkan kecairan inti coklat di dalam kuih berkenaan.
Formulasi tersebut menghasilkan tekstur halus dan inti coklat cair yang lazat dengan bahagian luar yang rangup malah dengan teknologi itu juga dapat membantu mencegah kuih bulan daripada pecah, bocor dan berubah bentuk walaupun mempunyai inti yang cair dan lembut.
Sekumpulan penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menghasilkan formulasi marjerin dengan lemak struktur berasaskan minyak sawit yang sesuai untuk suhu refrigerasi dan tanpa refrigerasi.
Penyelidik utama Dr Sivaruby Kanagaratnam berkata, marjerin yang dihasilkan MPOB ini diformulasikan dengan lemak khusus berasaskan sawit yang berupaya membentuk jaringan kristal minyak untuk pengstrukturan produk marjerin refrigerasi dan tanpa refrigerasi, menjadikannya sangat berbeza dari segi fizikal dan kimia.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 5
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mpob-jangka-industri-minyak-kelapa-sawit-lebih-baik-tahun-ini-196229Sumber: astroawani.com | Firdaus Azil, Bernama | Januari 17, 2019 17:50 MYT
PUTRAJAYA : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangka purata harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat lebih RM2,500 satu tan pada tahun ini berbanding RM2,250 satu tan pada 2018.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata prestasi industri minyak sawit Malaysia turut dijangka bertambah baik pada tahun ini dengan pengeluaran MSM diunjurkan lebih 20 juta tan berbanding 19.5 juta tan pada 2018.
"Industri minyak sawit negara mengalami keadaan suram pada 2018 susulan penurunan pengeluaran dan harga MSM," katanya dalam ucapan pada Seminar Unjuran dan Kajian Semula Ekonomi Minyak Sawit 2019 di sini hari ini.
Sumber: Berita Harian Mukasurat 5
PLASMA yang ditubuhkan oleh MPOB menawarkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML), yang memberi peluang kepada golongan belia untuk menjadi tenaga kerja terlatih di ladang.Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata sehingga April 2020, terdapat 437,440 pekerja dalam sektor perladangan sawit di Malaysia dan daripada jumlah itu, 77 peratus atau 338,206 adalah pekerja asing.Dalam konteks ini, beliau menegaskan pembangunan modal insan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan belia tempatan amat penting untuk berkhidmat di sektor perladangan sawit."MPOB amat komited dalam menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam pengurusan ladang serta meningkatkan penggunaan jentera terutama untuk penuaian dan pengangkutan buah tandan segar (BTS) di ladang," katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Sinar Harian, Ms 2910 Disember 2020
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melalui Pusat Latihan Sawit Malaysia (Plasma) mensasarkan pengambilan 400 pelajar setahun bagi mengikuti kursus-kursus dalam industri sawit yang menyediakan kemahiran untuk belia dan mereka yang berminat.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Plasma yang ditubuhkan MPOB menawarkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) yang memberi peluang kepada golongan belia untuk menjadi tenaga kerja terlatih di ladang."Sehingga April 2020, seramai 437,440 pekerja di sektor perladangan sawit di Malaysia dan daripada jumlah itu, 77 peratus atau 338,206 merupakan pekerja asing.
MACHANG: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Malaysian Palm Oil Board – MPOB) menyasar kira-kira 492,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara mendapat sijil di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) selewat-lewatnya tahun depan.
Pengerusinya Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub berkata sijil MSPO amat penting kepada pekebun kecil sawit agar komoditi yang dihasilkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh negara maju terutamanya di Eropah.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom MSPO Negeri Kelantan Bersama Pengerusi MPOB di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, Kelantan hari ini.
KUALA LUMPUR: Seramai kira- 492,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara bakal mendapat sijil di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada hujung tahun ini.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata sijil itu amat penting kepada pekebun kecil sawit agar komoditi yang dihasilkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh negara maju terutamanya di Eropah."Setakat ini, sebanyak 62,009 pekebun kecil persendirian yang memiliki 243,666 hektar tanaman sawit dan 231,576 pekebun kecil tersusun yang mengusahakan 670,010 hektar tanaman sawit telah mendapat sijil MSPO.
KUALA LUMPUR - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan pekebun-pekebun sawit di Malaysia untuk mendapatkan pensijilan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi mencapai sasaran 100 peratus pendaftaran sehingga penghujung tahun ini.Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, inisiatif mendapatkan pensijilan MSPO itu sebenarnya akan memberi manfaat besar kepada lebih 400,000 pekebun kecil terutama 258, 657 pekebun sawit persendirian di Malaysia.
BANGI : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mensasarkan akan memperluaskan saiz pasaran sawit ke seluruh negara dan tidak hanya bergantung pada pasaran yang sedia ada.Demikian kata Menteri Perusahaan Perdagangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pada sidang media di Ibu Pejabat MPOB di sini hari ini.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 8
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kini dalam proses meninjau kesesuaian Medium Chain Triglyceride (MCT) berasaskan minyak sawit sebagai bahan antiviral untuk meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri daripada coronavirus 2019 (2019-nCoV).Ketua Pengarahnya, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata memandangkan usaha itu masih di peringkat awal, lebih banyak kajian perlu dijalankan bagi mengesahkan keberkesanan antiviral berkenaan.“Usaha ini tidak berlaku dalam tempoh semalaman tetapi potensinya ada dan kita perlu menjalankan penyelidikan berterusan bagi tujuan itu.
Sumber : Berita Harian, Ms 325 Disember 2020
Perbezaan ciri buah tandan segar klon CPS3 (atas) dengan DxP yang ditanam di Estet Sedenak milik Kulim - Foto ihsan MPOB
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersama syarikat perladangan, Kulim (Malaysia) Bhd (Kulim) berjaya menghasilkan klon pokok sawit terbaharu, dikenali sebagai Clonal Palm Series 3 (CPS3).CPS3 adalah klon sawit berkualiti yang berupaya meningkatkan produktiviti dan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi.Baka sawit CPS3 adalah antara siri bahan tanaman yang ditawarkan oleh MPOB kepada industri untuk penanaman secara komersial.
Sumber: Berita Sawit @ Berita Harian Mukasurat 9
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Techbond Greentech Sdn Bhd memeterai kerjasama pembangunan teknologi bagi penghasilan poliol berasaskan sawit.Bahan itu digunakan sebagai salah satu komponen dalam perekat poliuretana bagi menggantikan perekat berasaskan formaldehida.Kedua-dua pihak pada Februari lalu memeterai memorandum perjanjian pengkomersilan teknologi poliol berasaskan sawit.
KUALA LUMPUR, 5 Ogos -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memeterai kerjasama dengan True Trichoderma Technology Sdn Bhd untuk pengkomersialan teknologi kulat endofitik Trichoderma 159c, yang bertindak sebagai agen kawalan biologi terhadap penyakit reput pangkal batang sawit.Trichoderma 159c dikomersialkan dengan nama dagangan “TrichoShield”.Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata True Trichoderma Technology menjalin kerjasama penyelidikan dengan MPOB untuk teknologi itu bermula pada Jun 2018.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1683407Sumber: BERNAMA
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) membidas dakwaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kononnya industri kelapa sawit telah menggunakan taktik yang sama dengan industri tembakau dan alkohol bagi mempengaruhi penyelidikan ke atas kesan kesihatan terhadap produk-produk sawit.
MANCHESTER, 4 Mac -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menggesa Kesatuan Eropah (EU) agar tidak tunduk kepada kempen ‘melobi’ biasa yang sentiasa menyalahkan minyak sawit, Malaysia, Indonesia dan industri berkaitannya sebagai punca kepada aktiviti penebangan hutan.Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Kalyana Sundram berkata penyelesaian bagi penebangan hutan tidak boleh dan tidak sepatutnya ditujukan dan dipersalahkan kepada hanya satu komoditi sahaja.
KUALA LUMPUR, 23 Julai -- Pengeksport minyak sawit Malaysia perlu memanfaatkan peluang pasaran di Romania yang mengalami penyusutan pengeluaran biji bunga matahari, peningkatan penggunaan minyak dan lelemak serta kekurangan kemudahan penyimpanan, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).Romania mengeluarkan lebih 700,000 tan minyak dan lelemak setiap tahun, dengan minyak bunga matahari meliputi 65 peratus atau 500,000 tan daripada pengeluaran keseluruhan.Negara itu merupakan pengeluar biji bunga matahari terbesar di Kesatuan Eropah.
MIRI: Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) berkeyakinan penuh industri sawit mempunyai masa depan cerah selepas trend harga terus menaik.Pengerusinya Muhtar Suhaili berkata harga Minyak Sawit Mentah (CPO) terus memulih dan kini mencecah RM2,400 satu tan jika dibandingkan RM2,299 dan RM2,074 iaitu harga purata masing-masing pada April dan Mei.“Harga buah tandan sawit segar (FFB) juga meningkat dengan Gred A berharga antara RM476 hingga RM495 satu tan berbanding antara RM404 hingga RM419 pada awal Mei 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.Inisiatif kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lalu juga memberi berita gembira kepada pemain-pemain industri sawit secara keseluruhannya.
http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/05/msm-dijangka-didagangkan-antara-rm2000-rm2100/ Sumber: Malaysiagazette.com | By Bernama 5 Januari 2019
KUALA LUMPUR _ Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam dagangan berhati-hati berikutan strategi pengambilan untung minggu pada depan dengan harga diunjur sekitar RM2,000 dan RM2,100 satu tan.
KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan pekebun sawit di negara ini untuk mendapatkan pensijilan Malaysia Sustainability Palm Oil (MSPO) atau Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia yang akan memberi manfaat kepada lebih 400,000 pekebun kecil terutama 258,657 pekebun sawit persendirian.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pihaknya amat komited dalam mendapatkan 100 peratus pengiktirafan MSPO di negara ini.Jelasnya, fokus utama adalah kepada pekebun dalam usaha membantu mereka mendapatkan hasil buah tandan segar (BTS) yang bermutu tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan kadar perahan minyak (OER).
TAWAU, 22 Feb -- Mandatori bagi pengusaha tanaman sawit di tanah seluas 40 hektar dan ke atas mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) berkuat kuasa pada tahun ini, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Kim.Beliau berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menarik balik lesen pengusaha yang gagal mematuhi perkara berkenaan."MSPO adalah mandatori untuk tanaman sawit 100 ekar (40 hektar) dan ke atas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Sayangi Sawitku peringkat Sabah di Teck Guan Cocoa Village di sini, hari ini.
Sumber : Sinar Harian, Ms 116 Disember 2020
KUALA LUMPUR, 27 April -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencecah paras terendah dalam tempoh sembilan bulan hari ini berikutan pasaran terus bimbang mengenai kemerosotan harga minyak dan penurunan harga minyak saingan.Penanda aras kontrak minyak sawit untuk Julai 2020 merosot RM57 kepada RM2,018 satu tan
KUALA LUMPUR, 1 Ogos -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan antara paras RM2,650 dan RM2,750 setan metrik, kata seorang peniaga.Peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran dijangka kekal lengang berikutan kekurangan petunjuk baharu serta harga niaga hadapan MSM yang lebih tinggi yang boleh menjejaskan permintaan.
KUALA LUMPUR, 9 Mei -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran pada April dengan harga mungkin didagangkan di bawah RM2,000 satu tan.Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura Dr Sathia Varqa memberitahu Bernama peniaga menunggu data penawaran dan permintaan terkini yang akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Selasa.
KUALA LUMPUR, 26 DIs -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lengang atau ditutup rendah minggu depan dengan pengambilan untung sederhana kerana para pedagang akan bercuti untuk cuti Krismas dan Tahun Baharu, kata seorang peniaga.Peniaga Minyak Sawit Kanan Kumpulan Syarikat Interband Jim Teh berkata harganya kemungkinan akan bergerak antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan metrik.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini terutamanya didorong oleh prospek pengeluaran yang lebih rendah pada minggu-minggu akan datang.Peniaga minyak sawit David Ng berkata stok MSM yang lebih rendah terus memacu harga lebih tinggi yang mungkin bertahan dalam jangka sederhana.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini bagi tiga hari berturut-turut mencecah paras tertingginya dalam tempoh lapan setengah tahun susulan sentimen positif berikutan jangkaan pengeluaran rendah dan pengurangan simpanan stok di negara ini.
Petunjuk pasaran tiga bulan niaga hadapan MSM bagi Jan 2021 diniagakan pada RM3,346 setan metrik hari ini.
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan harga minyak kacang soya yang rendah dan penurunan harga minyak mentah."Kami mengesan paras sokongan pada RM3,350 dan paras ketahanan pada RM3,520 setan metrik,” kata peniaga minyak sawit David Ng kepada Bernama.
KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh kejatuhan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago Amerika Syarikat (AS) dan Bursa Komoditi Dalian China.Peniaga minyak sawit David Ng berkata kelemahan pasaran juga berlaku dalam segmen minyak mentah. "Kami mengesan paras sokongan pada RM2,900 satu tan dan rintangan pada RM3,050 satu tan," katanya kepada Bernama.
KUALA LUMPUR, 26 Jun -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan hasil pengeluaran dijangka meningkat bagi minggu-minggu akan datang.Peniaga minyak sawit, David Ng berkata pengeluaran lebih tinggi akan memberi tekanan kepada inventori."Kami menetapkan paras sokongan pada RM2,300 satu tan dan rintangan pada RM2,450 satu tan,” katanya kepada Bernama hari ini.
KUALA LUMPUR, 28 Dis -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan tanda-tanda aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan harga baru-baru ini.Menurut Peniaga Minyak Sawit David Ng, pengenaan cukai eksport sebanyak lapan peratus untuk MSM bagi Januari 2021 turut membendung permintaan pasaran. "Kami mengesan sokongan pada harga RM3,400 dan rintangan pada RM3,600 satu tan," katanya kepada Bernama.