BERITA SAWIT 2023

PERMINTAAN terhadap minyak sawit Malaysia djangka melonjak kepada 19.85 juta tan tahun ini berbanding 19.01 juta tan yang disaksikan semasa 2022 berikutan eksport dijangka menokok kepada 16.44 juta tan daripada 15.73 juta tan sebelum ini.Baki permintaan dijangka datang daripada domestik (2.98 juta tan) serta penggunaan bagi pengeluaran biodiesel (440,000 tan), kata Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India Sudhakar Desai.Lonjakan dalam permintaan ini kebanyakannya datang dari India termasuk peralihan permintaan minyak sawit dari Indonesia ke Malaysia disebabkan sekatan eksport negara tersebut, yang mana, ini akan membantu meningkatkan permintaan dan mengurangkan stok sedia ada di Malaysia.



KUCHING: Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Thailand berhubung usaha untuk menangkis tohmahan terhadap produk minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi ke Thailand untuk berjumpa rakan sejawat di negara itu, namun tarikh belum ditetapkan.



KUALA LUMPUR: Laporan Penyelidikan Risiko Negara dan Industri Fitch Solutions mengekalkan unjurannya bagi tempoh terdekat mengenai harga minyak sawit pada purata tahunan RM3,800 satu tan sepanjang 2023 berserta risiko kenaikan selain RM3,400 satu tan sepanjang 2024.

"Bagaimanapun, kami mengambil maklum bahawa unjuran kami bagi 2023 lebih terarah kepada kenaikan pada masa ini dengan purata harga minyak sawit itu pada RM3,977 satu tan setakat tahun ini," katanya dalam laporan itu, hari ini.


 

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ero­pah (EU) menafikan dakwaan pernah menyekat kemasukan komoditi minyak sawit Malaysia ke negara-negara anggota blok itu.

Perkara itu disahkan oleh Duta Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas ketika ditemu bual Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Sumber : Berita Harian, Ms 23
1 Mac 2023