KUALA LUMPUR: Minyak sawit sangat cekap dan produktif berbanding minyak lain bagi setiap ekar, yang menjadikannya kos efektif dan bermanfaat kepada alam sekitar, kata bekas ahli Parlimen Eropah, John Longworth.
Berkongsi ulasan beliau dalam akhbar harian Daily Express, di United Kingdom (UK) , pengerusi Independent Business Network itu menyifatkan usaha kerajaan UK yang diterajui Perdana Menteri Rishi Sunak untuk menghapuskan tarif import minyak sawit dari Malaysia dan menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebagai satu ''kejayaan".
"Malaysia, seperti negara CPTPP lain, adalah negara demokrasi dengan potensi pertumbuhan yang amat besar. Menjadi kepentingan strategik kita untuk memacu pembangunan ekonomi - bagi Malaysia, ia bermakna minyak sawit. Bagi negara-negara lain di rantau itu, ia mungkin nikel atau tekstil," jelasnya.
Longworth berkata minyak sawit merupakan antara kandungan utama dalam hampir separuh daripada barangan di pasar raya negara itu, justeru input makanan bagi perniagaan dan produk akhir bagi pengguna Britain akan menjadi lebih murah.
"Jika kempen anti-CPTPP berpendapat harga makanan yang lebih tinggi adalah idea yang baik semasa krisis kos sara hidup, mereka nampaknya tidak memahaminya dengan betul. Ia adalah satu contoh biasa hujah yang tidak didasari fakta," katanya.
"Data rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Penilaian Sumber Hutan Globalnya yang menyeluruh menunjukkan bahawa aktiviti penebangan hutan di Malaysia adalah sifar, namun kenyataan media dan hantaran Twitter mengambil pendekatan tidak memperdulikan fakta itu," katanya.
Beliau berkata kilang penapis utama minyak sawit UK di Liverpool hanya mengimport minyak sawit yang memiliki sijil diperakui dan tanpa penebangan hutan (mengikut kehendak pasaran UK).
InfoSAWIT, KUALA LUMPUR – Harga minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Berjangka Malaysia tercatat naik pada Kamis (6/5/2023), melangalami kenaikan setelah sebelumnya beberapa kali terjadi penurunan di sesi sebelumnya, akibat adanya prediksi penurunan tajam stok bulan Maret 2023.
Dilansir Reuters, patokan kontrak minyak sawit berkode FCPOc3 untuk pengiriman Juni 2023 di Bursa Malaysia Derivatives Exchange naik RM 26 per ton, atau terdapat kenaikan sekitar 0,67%, menjadi RM 3.894 (US$ 885,00) per ton di awal perdagangan.
Kondisi kenaikan harga ini dipicu stok minyak sawit di Malaysia pada akhir Maret 2023 anjlok 16,3% dari bulan sebelumnya menjadi 1,77 juta ton. Menjadi stok terendah dalam delapan bulan terakhir. Berdasarkan survei Reuters pada Rabu (5/4/2023), penurunan stok terjadi akibat ekspor melonjak menjelang bulan Ramadhan.
Lantas, diungkapkan beberapa padagang kepada Reuters, impor minyak sawit India pada Maret 2023 melonjak 28% karena adanya diskon harga minyak sawit mendorong para pelaku penyulingan menunda pembelian minyak kedelai dan minyak bunga matahari.
Sementara kontrak minyak kedelai teraktif Dalian berkode DBYcv1 naik 0,6%, sementara kontrak minyak sawit berkode DCPcv1 naik 0,4%. Harga minyak kedelai di Chicago Board of Trade BOcv1 turun 0,02%. (T2)
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel B10 kepada B15 bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pemain utama dan penanda aras bagi harga minyak sawit dunia.
Datuk Lim Pay Hen berkata, rancangan Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga minyak sawit mentah (MSM) pada Jun, boleh memberi ancaman kepada negara industri sawit tempatan terutama selepas negara jiran itu melancarkan program B35 bagi meningkatkan permintaan domestik.
Pada masa kini, katanya, Indonesia adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia dengan pengeluaran 47 juta tan pada 2022.
"Sekiranya Indonesia meneruskan rancangan ini, Malaysia akan terus ke belakang dan tidak lagi signifikan dalam industri sawit dunia.
"Solusi (untuk segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel) ini adalah bagi menyelamat industri sawit negara kerana sudah tertangguh berkali-kali. Jadi, jika serius, kerajaan perlu bergerak pantas,'' katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara di sini, hari ini.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menyasarkan pengenalan program biodiesel B30 menjelang 2025.
"Jadi, soalan saya adakah kita akan sempat dalam dua tahun saja untuk menaik taraf dan mencapai matlamat pengenalan program B30 dalam RMK12?" katanya.
Program B20 sebelum ini dijadual dilaksanakan di seluruh negara pada akhir 2022.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rancangan Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga MSM akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian industri perladangan sawit, bukan saja di Malaysia, malah di peringkat dunia. – BERNAMA
Kuala Lumpur: Perdagangan dan kerjasama dalam sektor minyak sawit antara China dan Malaysia akan dipertingkatkan terutama berkaitan penstabilan bekalan minyak sawit.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, bagi melaksanakannya, pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China Chamber of Commerce of Import and Export of Foodstuffs, Native Produce and Animal By-products (CFNA) di Beijing, China.
"MoU antara MPOB dan CFNA itu katanya adalah bagi tempoh lima tahun membabitkan Kerjasama Penstabilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit antara kedua-dua negara.
"China adalah rakan dagang utama Malaysia bagi minyak sawit dan produk berasaskan sawit selepas India.
"Nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke China pada 2022 adalah sebanyak 3.14 juta tan atau RM14.86 bilion," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Melalui MoU itu, MPOB berkata, China berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menjamin bekalan minyak sawit ke negara itu.
Ia, katanya akan membantu meningkatkan keyakinan China terhadap minyak sawit Malaysia selain menjamin kedudukan minyak sawit negara, sekali gus mendapatkan semula bahagian pasaran di China.
"Selain itu, MoU itu akan memudahkan penyertaan China dalam penerokaan teknologi mekanisasi sawit di Malaysia yang akan membantu meningkatkan produktiviti serta mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh dalam perladangan," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MPOB, Dr Zainab Idris memeterai MoU berkenaan bersama Presiden CFNA, Cao Derong.
Antara kandungan utama MoU antara MPOB dan CFNA adalah menukar dan menyebar maklumat pasaran mengenai minyak sawit; menggalakkan penstabilan rantaian bekalan minyak sawit di Malaysia dan China.
PETALING JAYA – Kenanga Research menyemak naik unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) untuk tahun 2024 kepada RM3,800 setan berbanding RM3,500 sebelum ini, disebabkan pemulihan bekalan minyak makan global yang lebih perlahan berbanding jangkaan.
Unjuran harga purata MSM untuk tahun ini bagaimanapun dikekalkan pada RM3,800 setan.
Kenanga berkata, antara faktor positif bagi sektor kelapa sawit ialah minyak sawit merupakan makanan keperluan bagi ekonomi sedang meningkat naik seperti China, India dan Indonesia; sifatnya yang mampu milik dan fleksibel; serta permintaan untuk bahan api bio (biofuel).
“Ketika Brazil dijangka mencatatkan rekod baharu dalam penuaian kacang soya, keadaan di Argentina adalah sebaliknya.
“Meskipun Brazil merupakan pengeluar tertinggi kacang soya, Argentina sebenarnya adalah lebih penting untuk perdagangan antarabangsa dan sering menduduki tempat ke-3 atau ke-4 dalam senarai pengeksport minyak makan terbesar di dunia selepas Indonesia, Malaysia dan kadangkala Rusia.
“Pasaran bekalan minyak makan bernasib baik kerana bekalan minyak sawit sepatutnya akan bertambah baik. Pada masa sama, permintaan juga dijangka pulih dan mungkin pada kadar yang lebih pantas,” katanya dalam nota kajian yang diterbitkan semalam.
Firma berkenaan menambah, dengan pemulihan permintaan yang teguh, pihaknya mengekalkan prospek permintaan-bekalan untuk minyak makan yang rapuh tahun ini, dengan kemungkinan harga MSM yang kukuh.
“Kebimbangan kami sekarang ialah imbangan yang ketat ini mungkin bakal berlanjutan ke tahun 2024, dengan kemungkinan lebihan bekalan kacang soya dari Amerika Selatan adalah lebih kecil daripada jangkaan.
“Pengeluaran minyak sawit yang diunjurkan lebih tinggi tahun ini, pada pertumbuhan tiga hingga lima peratus tahun ke tahun sepatutnya akan membantu bekalan minyak makan, walaupun pada skala terhad,” ujarnya.