BERITA GETAH 2023

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu untuk mengawal harga getah di pasaran kerana negara tidak mempunyai suara majoriti untuk menentukannya, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum dan amat prihatin dengan cabaran ketidaktentuan harga getah pada masa kini.

"Intervensi daripada pihak kerajaan untuk penentuan atau kawalan harga adalah minimum memandangkan syer pengeluaran tahunan getah asli Malaysia adalah pada anggaran tiga peratus daripada pengeluaran getah dunia.

"Maka negara tidak mampu mengawal harga getah," katanya semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai pelan kerajaan untuk menstabilkan harga getah yang telah mencengkam pekebun kecil sejak sekian lama.

Fadillah berkata, terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi harga getah asli seperti prestasi pasaran hadapan getah, harga minyak mentah, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara pengeluar dan pengimport utama getah dunia.

Walau bagaimanapun, kerajaan terus giat berusaha untuk membantu menstabilkan harga getah dengan melaksanakan pelbagai langkah, katanya.

Beliau berkata, ini termasuk jalinan kerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia mengikut kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) dalam menstabilkan harga getah melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli dalam kalangan negara pengeluar.

Selain itu, menerusi Belanjawan 2024, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 daripada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta, katanya.

Fadillah berkata kerajaan juga sedang giat melaksanakan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan pekebun melalui peningkatan produktiviti dan penambahbaikan rangkaian bekalan getah serta urus niaga getah.

"Mekanisme ini dilaksanakan dengan mengguna pakai teknologi terkini dan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri seperti koperasi, usahawan dan kilang pemprosesan," katanya.

Tiga inisiatif utama yang sedang dilaksanakan adalah projek Transformasi Industri Getah melalui pengklusteran dan aktiviti nilai tambah pekebun kecil, projek Rintis Model Baharu Insentif Pengeluaran Getah melalui peningkatan pengeluaran lateks tempatan dan pemendekan rangkaian bekalan lateks serta projek rintis penggunaan gas penggalak lateks berasaskan teknologi yang telah dibangunkan oleh Lembaga Getah Malaysia.

"Mekanisme ini dirancang untuk meningkatkan pengeluaran getah dan nilai tambah getah yang akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil," jelasnya.

-BERNAMA

 

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/12/1185081/malaysia-tak-mampu-kawal-harga-getah-di-pasaran

 

Sumber : Berita Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mampu untuk mengawal harga getah di pasaran kerana negara tidak mempunyai suara majoriti untuk menentukannya, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum dan amat prihatin dengan cabaran ketidaktentuan harga getah pada masa kini.

"Intervensi daripada pihak kerajaan untuk penentuan atau kawalan harga adalah minimum memandangkan syer pengeluaran tahunan getah asli Malaysia adalah pada anggaran tiga peratus daripada pengeluaran getah dunia.

"Maka negara tidak mampu mengawal harga getah,” katanya semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai pelan kerajaan untuk menstabilkan harga getah yang telah mencengkam pekebun kecil sejak sekian lama.

Fadillah berkata, terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi harga getah asli seperti prestasi pasaran hadapan getah, harga minyak mentah, kadar pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi negara pengeluar dan pengimport utama getah dunia.

Walau bagaimanapun kerajaan terus giat berusaha untuk membantu menstabilkan harga getah dengan melaksanakan pelbagai langkah, katanya.

Beliau berkata, ini termasuk jalinan kerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia mengikut kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) dan Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) dalam menstabilkan harga getah melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli dalam kalangan negara pengeluar.

Selain itu, menerusi Belanjawan 2024, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Paras Harga Pengaktifan (PHP) bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 daripada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta, katanya.

Fadillah berkata, kerajaan juga sedang giat melaksanakan mekanisme bagi meningkatkan pendapatan pekebun melalui peningkatan produktiviti dan penambahbaikan rangkaian bekalan getah serta urus niaga getah.

"Mekanisme ini dilaksanakan dengan mengguna pakai teknologi terkini dan meningkatkan kerjasama dengan pihak industri seperti koperasi, usahawan dan kilang pemprosesan,” katanya.

Tiga inisiatif utama yang sedang dilaksanakan adalah projek Transformasi Industri Getah melalui pengklusteran dan aktiviti nilai tambah pekebun kecil, projek Rintis Model Baharu Insentif Pengeluaran Getah melalui peningkatan pengeluaran lateks tempatan dan pemendekan rangkaian bekalan lateks serta projek rintis penggunaan gas penggalak lateks berasaskan teknologi yang telah dibangunkan oleh Lembaga Getah Malaysia.

"Mekanisme ini dirancang untuk meningkatkan pengeluaran getah dan nilai tambah getah yang akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil,” jelasnya. - Bernama.

 

https://www.sinarharian.com.my/article/637978/berita/nasional/malaysia-tidak-mampu-kawal-harga-getah---fadillah

 

Sumber : Sinar Harian

Kuala Lumpur: Keberhasilan Projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) didapati masih belum tercapai sepenuhnya kerana aktiviti R&D yang dilaksana belum dapat menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri getah Malaysia.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dikeluarkan hari ini mendapati pelaksanaan projek R&D yang lebih menekankan kepada sektor hiliran berbanding sektor huluan, dilihat tidak membantu industri getah semasa yang tidak stabil.

Di samping itu, LKAN menyebut faktor lain seperti saiz pegangan tanah, pandemik Covid-19, usia pekebun kecil, pokok getah tua, kekurangan tenaga buruh dan harga getah yang rendah turut mempengaruhi pengeluaran getah asli negara.

"Semakan audit mendapati daripada 104 projek R&D yang dilaksanakan LGM bagi tempoh 2019 hingga 2022, sebanyak 67 projek (64.4 peratus) sudah berjaya diselesaikan.

"Sebanyak 31 projek atau 29.8 peratus masih dalam tempoh penyelidikan dan tiga projek (2.9 peratus) masih dalam tempoh lanjutan masa serta tiga projek (2.9 peratus) sudah ditamatkan," katanya.

Bagi menampung keperluan industri, LKAN juga mendapati import melebihi eksport getah asli bermula pada 2019 hingga 2022.

"Semakan audit mendapati sasaran peratusan nilai eksport produk hiliran berasaskan getah tidak tercapai pada 2021 dan 2022. Peratus perbezaan sasaran berbanding sebenar pada 2021 dan 2022 adalah sebanyak -4.8 peratus dan -4.0 peratus.

"Sasaran tidak tercapai disebabkan faktor arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu wabak Covid-19, kekurangan tenaga kerja dan jualan sarung tangan getah mengalami penurunan akibat lebihan bekalan di pasaran dan permintaan yang perlahan," katanya.

Sementara itu, pemindahan teknologi dalam industri itu, kebanyakannya secara sumbangan sosial, tidak dapat memberi impak yang signifikan terhadap pemegang taruh yang terlibat dalam industri getah.

"Semakan Audit selanjutnya mendapati daripada 29 projek berkaitan sektor huluan, sebanyak 17 projek dilaksanakan pemindahan teknologi.

"Daripada jumlah tersebut, hanya enam projek (35.3 peratus) dipindah teknologi secara penggunaan dan pelesenan teknologi," katanya.

Selain itu, katanya keperluan dari sektor huluan industri getah yang kurang perhatian menyebabkan R&D yang dijalankan oleh LGM kurang memberi penekanan terhadap keperluan sebenar penggiat industri terutamanya kepada pekebun kecil.

 

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/11/1032807/lkan-rd-lgm-belum-mampu-menyumbang-kepada-pembangunan-industri-getah#google_vignette

 

Sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah dalam pasaran, menerusi kerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia berdasarkan kerangka Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching, berkata kerajaan sentiasa memahami serta mengambil maklum kegusaran rakyat berhubung isu harga getah yang rendah dan tidak menentu dalam pasaran.

Justeru pada peringkat antarabangsa, katanya, Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar getah utama dunia bawah kerangka ITRC untuk menstabilkan harga melalui pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli dalam kalangan negara pengeluar.

"Pengenalan mekanisme harga getah untuk kesinambungan kehidupan pekebun kecil, pada peringkat antarabangsa berada di peringkat cadangan bagi memberi manfaat kepada pekebun kecil.

"Usaha ini adalah untuk membenarkan harga getah asli berada dalam julat harga yang telah ditetapkan untuk mengurangkan ketidaktentuan harga getah dunia," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai langkah diambil bagi memastikan harga getah dapat ditingkatkan, sesuai dengan kenaikan kos sara hidup.

Siti Aminah turut menjelaskan harga getah dipengaruhi pelbagai faktor, antaranya penawaran dan permintaan getah dunia.

Justeru, katanya, campur tangan daripada kerajaan adalah tidak mudah serta pada tahap minimum kerana industri getah negara adalah berorientasikan eksport dan pengeluaran negara juga hanya sekitar 3.3 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia.

Beliau berkata, kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah melaksanakan projek Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) melalui Konsep Koperasi Pekebun dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan.

Katanya, usaha itu bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rangkaian bekalan dengan membabitkan pekebun getah dan rantaian industri getah.

"Projek itu dijangka menambah nilai getah, memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah.

"Hingga Ogos 2023, peserta program TARGET telah melepasi fasa inkubator dan seterusnya ke peringkat pemantauan bagi proses pembukaan pusat pengumpulan getah di lokasi bersesuaian," katanya. – BERNAMA

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1176930/malaysia-bekerjasama-dengan-negara-pengeluar-utama-dunia-stabilkan

 

Sumber : Berita Harian

Sepang: Malaysia bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata sarung tangan getah adalah antara keperluan mendesak di Semenanjung Gaza ketika ini.

"Memang kita (Malaysia) mendapat maklumat bahawa sarung getah amat diperlukan (di Gaza) dan kita masih menanti pengesahan jumlah sebenar yang diperlukan mereka," katanya kepada media selepas menyaksikan pelepasan penghantaran kedua bantuan barangan kemanusian untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan, di sini malam ini.

Fadillah berkata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Majlis Getah Malaysia sudah mengumpul 100,000 sarung tangan getah yang akan dihantar ke Semenanjung Gaza menerusi Ops Ihsan yang dikendalikan Kementerian Luar.

"Kita (KPK) sudah berhubung dengan syarikat pengeluar (sarung tangan getah) dan kalau diperlukan lagi mereka bersedia untuk menyediakan sumbangan itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari berkata Malaysia menerusi Ops Ihsan bercadang mewujudkan satu hab kemanusiaan di Kaherah yang akan diselia semua badan bukan kerajaan (NGO) bernaung di bawah Ops Ihsan.

Beliau berkata pasukan terbabit akan ke Kaherah minggu depan untuk memastikan perancangan itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Ops Ihsan adalah inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1029229/malaysia-sedia-hantar-lebih-banyak-sarung-tangan-getah-ke-gaza

 

Sumber : Harian Metro