Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini ia dikenali sebagai MPIC.