Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

1. Penggubalan Dasar  

Menggubal dasar dan strategi yang jelas mengenai industri komoditi perladangan berlandaskan kepada perkembangan dan keperluan semasa dalam tempoh masa seperti berikut:

  • 18 bulan bagi penggubalan dasar dan strategi baru; dan  
  • Enam (6) bulan bagi meminda dasar dan strategi sedia ada.  

2. Penggubalan Perundangan 

Menggubal perundangan utama dan perundangan subsidiari berkaitan industri perladangan dan komoditi berlandaskan kepada perkembangan dan keperluan semasa dalam tempoh masa seperti berikut:

i. Perundangan Utama:

  • Draf Perundangan Utama (kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Bahagian PUU melalui Bahagian di MPIC.
  • Dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh penyelesaian isu dasar dan perundangan. Jika ada isu dasar atau perundangan berbangkit tempoh  20 hari terhenti sehingga isu dasar atau perundangan selesai.
  • Kualiti : Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta ibu, Akta lain dan menepati kehendak pelanggan.

ii.Perundangan Subsidiari:

  • Draf Perundangan Subsidiari (kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Bahagian PUU melalui Bahagian di MPIC.
  • Dalam masa  14 hari bekerja bagi teks kurang 50 m/s dan 21 hari bekerja bagi teks melebihi 50 m/s. Jika ada isu dasar atau perundangan berbangkit tempoh  itu terhenti sehingga isu dasar atau perundangan selesai.
  • Draf perundangan utama/subsidiari akan dipanjangkan ke Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara setelah isu dasar selesai. 

3. Projek Pembangunan  

Memastikan program pembangunan sektor perladangan dan komoditi dirancang, dilaksana dan dipantau sewajarnya termasuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) diadakan 12 kali setahun.  

4. Sesi Konsultasi

Mengadakan sesi konsultasi dengan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) :

i. Peringkat Menteri :

  • Satu (1) mesyuarat setahun dengan exco pertanian negeri; dan
  • Satu (1) dialog sesi konsultasi setahun bagi setiap komoditi dengan industri komoditi.

ii.Peringkat Pegawai :

  • Enam (6) sesi konsultasi dengan industri; dan
  • Satu (1) dialog setahun dengan NGO.  

5. Misi Perdagangan 

Menganjurkan misi galakan pasaran dan perdagangan / lawatan kerja bagi memperkukuhkan pasaran sedia ada dan menerokai pasaran baru sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.  

6. Buku Perangkaan Komoditi  

Menerbitkan buku Perangkaan Komoditi setiap tahun dan diedarkan pada bulan April tahun berikutnya.  

7. Buku Laporan Tahunan

Menerbitkan buku Laporan Tahunan MPIC setiap tahun dan diedarkan pada bulan Jun tahun berikutnya.  

8. Penganjuran MICCOS  

Menganjurkan Malaysia International Commodity Conference and Showcase (MICCOS) setiap dua (2) tahun.  

9. Aduan Pelanggan

Memastikan semua aduan pelanggan diberi:

  • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;
  • Maklum balas awal dalam masa lima (5) hari; dan
  • Diselesaikan dalam tempoh 15 hari bagi aduan yang tidak melibatkan perkara dasar.  

10. Sesi Bertemu Pelanggan  

Mengadakan sesi bertemu pelanggan melalui program-program turun padang seperti Program Hello Komoditi sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun. 

11. Pembayaran Bil  

  • Memastikan 90% pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari; dan
  • Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam. 

12. Laman Web  

Memuat naik maklumat program terkini MPIC ke laman web dalam tempoh 24 jam.  

13. Lesen Biobahan Api  

  • Mengeluarkan akuan penerimaan bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh satu (1) hari;
  • Mengeluarkan lesen dalam tempoh tiga (3) hari selepas lesen ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Pelesenan Biobahan Api; dan
  • Memberi jawapan kepada permohonan yang tidak berjaya dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat Pihak Berkuasa Pelesenan Biobahan Api .

 

Berkuatkuasa Mulai 1 April 2015