Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

https://www.hmetro.com.my/global/2017/08/251930/kelapa-sawit-dikawal-ketat-di-indonesia

Sumber : Harian Metro

PERMINTAAN tinggi minyak kelapa sawit secara tidak langsung melonjakkan industri syarikat kawalan keselamatan di Indonesia berikutan peningkatan kes curi buah kelapa sawit.

Sejak beberapa bulan lalu, harga buah kelapa sawit melonjak 15 peratus, mendorong penjenayah mencuri buah berkenaan yang mengangkutnya sama ada menggunakan motosikal atau pikap.

Menurut syarikat penyedia pengawal keselamatan, banyak syarikat pemilik ladang menambah jumlah pengawal di ladang mereka yang sesetengahnya seluas 30,000 hektar, hampir separuh keluasan Singapura.

Setiausaha Agung Persatuan Industri Keselamatan Indonesia, Agoes Dermawan, berkata sesetengah ladang kini mempunyai sehingga 200 pengawal keselamatan.

Selain kecurian, peraturan status pemilikan tanah yang tidak jelas di Sumatera dan Kalimantan juga menyebabkan berlaku tuntutan bertindih menyebabkan ada pihak dengan selamba menduduki kawasan konsesi syarikat kelapa sawit.

Berikutan itu, syarikat mengupah pengawal keselamatan bagi mengelak ‘setinggan’ mendiami ladang.

Menurut Agoes, kira-kira 15 peratus daripada 650 ahli Persatuan Minyak Sawit Indonesia dijangka menggunakan khidmat kawalan keselamatan tahun ini, berbanding 10 peratus tahun lalu.

Presiden PT Perusahaan Perkebunan London Sumatra Indonesia, Benny Tjoeng, enggan memberitahu jumlah jumlah pengawal keselamatan diupah syarikat itu namun menurutnya, jumlah berkenaan bersesuaian dengan keluasan ladang.

Beliau berkata, kes kecurian membabitkan kelapa sawit di ladang syarikat itu ‘terkawal’ namun enggan memberi penjelasan lanjut.