Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

http://www.mynewshub.cc/terkini/royal-sgor-rancang-eksport-produk-ke-thailand/

Sumber : My News Hub

KUALA LUMPUR – Pengeluar dan peniaga piuter, Royal Selangor International Sdn Bhd, kini mengadakan rundingan dengan beberapa pihak di Thailand, untuk mengeksport barangan kecil dan produk hadiah dalam masa terdekat ke negara berkenaan.

Pengarah Eksekutif Yong Yoon Li berkata terdapat peminat barangan untuk filem blockbusters Star Wars dan rangkaian komik Disney, yang telah meminta beberapa produk untuk melengkapkan koleksi mereka.

“Hari ini, kami mengeksport ke lebih 20 negara termasuk China, United Kingdom, Amerika Utara serta Australia dan separuh daripada pendapatan kami datang dari pasaran eksport.

“Kami juga mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh dunia, termasuk gedung sendiri seperti di London, Hong Kong, Singapura, Beijing, Melbourne dan Sydney,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pensijilan Rantaian Penjagaan (CoC) kepada syarikat di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

CoC, yang berada di bawah Skim Persijilan Kayu Malaysia (MTCS), membolehkan Royal Selangor International melabel semua piuter menggunakan asas kayu bagi membuktikan pematuhan keperluan kelestarian.

MTCS merupakan skim pensijilan kayu negara untuk kelestarian yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Majlis Persijilan Kayu Malaysia untuk mengesahkan bahawa produk kayu yang dikeluarkan atau diniagakan diperoleh daripada hutan yang diuruskan secara lestari. – BERNAMA