Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

http://www.hmetro.com.my/node/215010
Sumber: Harian Metro

 
SAMSUDIN (dua dari kiri) menunjukkan produk kenaf pada pelancaran Econaf ke Korea Selatan.
     

Nur Izzati Mohamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Butterworth: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan nilai jualan untuk semua produk kenaf yang dikeluarkan mencecah sehingga RM10 juta tahun ini berbanding RM2 juta pada tahun lalu melalui inisiatif eksport ke pasaran antarabangsa.
Ketua Pengarahnya Samsudin Noor berkata, komoditi kenaf yang masih baru dalam pasaran tempatan sudah mula mendapat perhatian melalui pertemuan dengan wakil pembeli dari beberapa negara, antaranya Korea Selatan, Jepun, Australia dan China.
Beliau berkata, Korea Selatan menjadi negara pertama menyatakan persetujuan apabila membuat tempahan sebanyak 180 unit produk tilam kenaf bernilai lebih RM100,000 yang akan dieksport pada bulan ini.
“Ini kali pertama kita mengeksport produk kenaf ke pasaran antarabangsa yang sebelum ini kita hanya mengeksport produk berasaskan serat, namun kerana mahu membuktikan kenaf antara bahan mentah yang mampu meraih nilai tambah kepada ekonomi, kita merealisasikannya apabila berjaya mengeskport produk ini ke Korea Selatan.
“Untuk kali pertama, sebanyak 180 unit tilam akan dieksport pada bulan ini dan selepas itu, kita akan mengeksport lagi produk ini buat kali kedua pada bulan hadapan serta pada bulan-bulan seterusnya berdasarkan permintaan daripada negara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Eksport Tilam Kenaf (Econaf) ke Korea Selatan di Coco Industries Sdn Bhd yang dipilih menjadi syarikat pengeluar produk berasaskan kenaf untuk dieksport ke luar negara di Mak Mandin, di sini, semalam.
Samsudin berkata, pihaknya memilih syarikat itu untuk menghasilkan produk kenaf memandangkan ia mempunyai kepakaran selama 50 tahun dalam penghasilan tilam fiber dan diyakini kualiti yang akan dihasilkan lebih bermutu tinggi serta memenuhi cita rasa pelanggan tempatan mahupun antarabangsa.
Sementara itu, Samsudin berkata, selain meneroka peluang pasaran di luar negara, pihaknya turut memberi tumpuan kepada pasaran tempatan dengan berhasrat memperluaskan penggunaan produk kenaf di negara ini.
“Bulan lalu, produk tilam kenaf yang dihasilkan mula digunakan di empat hospital kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan kita merancang untuk melebarkan penggunaannya di beberapa asrama sekolah serta hotel di seluruh negara melalui kerjasama yang akan dijalin kelak.
“Produk kenaf mula mendapat permintaan memandangkan kelebihannya yang bersifat mesra alam, tahan lama sehingga 10 tahun dan baik untuk kesihatan,” katanya.