Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

http://www.sinarharian.com.my/nasional/1-600-hektar-ladang-koko-baharu-akan-dibangunkan-1.648382
Sumber: Sinar Harian

 Datu Nasrun (dua kiri) merakamkan gambar bersama Norhasni (kiri) dan Kuan Heng (kanan) selepas lawatan beliau ke Ladang Koko di daerah Raub di sini, hari ini.
RAUB - Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan 1,600 hektar akan dibangunkan di bawah program pembangunan rangkaian kluster koko negara tahun ini di seluruh megara sehingga tahun 2019.
Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, LKM akan memastikan seluas 400 hektar ladang baharu dibuka bagi memastikan industri koko terus berkembang di negara ini.
Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia kesebelas (RMK11) program pembangunan rantaian  Kluster Koko bagi Wilayah Semenanjung dibangunkan di Pahang yang dikenali Pahang Cocoa Belt.
“Sehingga awal tahun ini, Kluster koko Pahang meliputi seluas 223.46 hektar dengan peserta seramai  234 orang yang membabitkan petani daerah Raub, Jerantut dan Lipis.
“Dalam tempoh itu juga sejumlah 200 hektar dianjurkan lagi untuk dibangunkan kawasan baharu di Pahang dengan sasaran 50 hektar setahun dengan peruntukan RM8,645 sehektar.
“LKM akan meneruskan bantuan penyelenggaraan bernilai RM2,000 sehektar selepas tahun pertama sehingga tahun 2019," katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra dengan Penanam Koko Daerah Raub di Sungai Ruan di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah LKM Datin Norhasni Udin.
Dalam pada itu Datu Nasrun berkata, pihaknya memperuntukan sebanyak RM12 juta bagi kerja- kerja membina dan menaiktaraf jalan-jalan ladang di seluruh negara tahun ini.
Menurutnya, peruntukan tesebut tanpa mengira ladang-ladang sama ada di tanah rancangan Felda, agensi kerajaan seperti Felcra, asalkan ia melibatkan tanaman koko.
“Rangkaian jalan yang baik menjadi pemangkin kepada para petani membawa hasil koko ke pusat pemprosesan dan pasaran lebih cekap dan selamat.
“Tahun lepas Lembaga Koko Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM30 juta bagi membina dan menaik taraf jalan ladang diseluruh negara,” katanya
Ditanya mengenai produk koko pula Norhasni berkata, koko negara telah berjaya mengeksport biji koko dan produk hiliran berasaskan koko seperti coklat dan lain lain bernilai RM5.7 bilion tahun lepas.
“Saya yakin tanaman koko dapat diperluas dan dimajukan pada masa hadapan kerana produk berasaskan koko dan industri koko sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam dan luar negara,” katanya
Tambahnya, produk koko negara mendapat permintaan tinggi dari kalangan negara-negara ASEAN, Oceana,Ukraine, China malah 20 peratus daripada di eksport ke negara Eropah Timur.
Beliau memberi jaminan pihaknya bersedia menimbang untuk memberi bantuan baja kepada penanam koko yang menunjukan prestasi pengeluaran yang konsisten dan terbaik.

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian Mukasurat 10

http://www.hmetro.com.my/node/215010
Sumber: Harian Metro

 
SAMSUDIN (dua dari kiri) menunjukkan produk kenaf pada pelancaran Econaf ke Korea Selatan.
     

Nur Izzati Mohamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Butterworth: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan nilai jualan untuk semua produk kenaf yang dikeluarkan mencecah sehingga RM10 juta tahun ini berbanding RM2 juta pada tahun lalu melalui inisiatif eksport ke pasaran antarabangsa.
Ketua Pengarahnya Samsudin Noor berkata, komoditi kenaf yang masih baru dalam pasaran tempatan sudah mula mendapat perhatian melalui pertemuan dengan wakil pembeli dari beberapa negara, antaranya Korea Selatan, Jepun, Australia dan China.
Beliau berkata, Korea Selatan menjadi negara pertama menyatakan persetujuan apabila membuat tempahan sebanyak 180 unit produk tilam kenaf bernilai lebih RM100,000 yang akan dieksport pada bulan ini.
“Ini kali pertama kita mengeksport produk kenaf ke pasaran antarabangsa yang sebelum ini kita hanya mengeksport produk berasaskan serat, namun kerana mahu membuktikan kenaf antara bahan mentah yang mampu meraih nilai tambah kepada ekonomi, kita merealisasikannya apabila berjaya mengeskport produk ini ke Korea Selatan.
“Untuk kali pertama, sebanyak 180 unit tilam akan dieksport pada bulan ini dan selepas itu, kita akan mengeksport lagi produk ini buat kali kedua pada bulan hadapan serta pada bulan-bulan seterusnya berdasarkan permintaan daripada negara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Eksport Tilam Kenaf (Econaf) ke Korea Selatan di Coco Industries Sdn Bhd yang dipilih menjadi syarikat pengeluar produk berasaskan kenaf untuk dieksport ke luar negara di Mak Mandin, di sini, semalam.
Samsudin berkata, pihaknya memilih syarikat itu untuk menghasilkan produk kenaf memandangkan ia mempunyai kepakaran selama 50 tahun dalam penghasilan tilam fiber dan diyakini kualiti yang akan dihasilkan lebih bermutu tinggi serta memenuhi cita rasa pelanggan tempatan mahupun antarabangsa.
Sementara itu, Samsudin berkata, selain meneroka peluang pasaran di luar negara, pihaknya turut memberi tumpuan kepada pasaran tempatan dengan berhasrat memperluaskan penggunaan produk kenaf di negara ini.
“Bulan lalu, produk tilam kenaf yang dihasilkan mula digunakan di empat hospital kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan kita merancang untuk melebarkan penggunaannya di beberapa asrama sekolah serta hotel di seluruh negara melalui kerjasama yang akan dijalin kelak.
“Produk kenaf mula mendapat permintaan memandangkan kelebihannya yang bersifat mesra alam, tahan lama sehingga 10 tahun dan baik untuk kesihatan,” katanya.