Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN KEBANGSAAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL MALAYSIA KE MPIC

Putrajaya, 7 Julai 2016 – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Kebangsaan (NASH) yang diketuai oleh Presiden NASH, Y.Bhg. Dato’ Hj Aliasak Hj Ambia. Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri MPIC dan Y.Bhg. Datuk M. Nagarajan, Ketua Setiausaha.

Sesi kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk berbincang mengenai perkara-perkara melibatkan pekebun kecil komoditi, di samping memantapkan jalinan hubungan dua hala sedia ada antara Kementerian dan NASH. Beberapa cadangan dan sesi percambahan idea telah dibangkitkan dalam sesi perbincangan bersama YB. Menteri. Wakil dari pihak NASH juga turut dihadiri oleh Tuan Hj Zulkifli Mohd Nazim, Timbalan Presiden,Tuan Hj Adzmi Hassan yang juga merupakan Setiausaha Agung serta Tuan Hj Mohd Nor Omar (Ahli Majlis Tertinggi).